Sunday, November 17, 2013

kiyomizudera (清水寺) illumination

sakura
sumber : google

Assalamualaikum wbt...

sekejap je rasanya masa berjalan kan ?? tak sedar pun rupa-rupanya dah hampir separuh musim luruh berlalu meninggalkan kita..dan seperti biasa, musim luruh ni tak sah tau kalau kita tak pergi tengok kouyou (紅葉) atau dalam bahasa yang lebih senang pergi menikmati keindahan musim luruh ni..

tempat kali ni yang sempat aku lawati dinamakan kiyomizudera (清水寺) yang terletak di kyoto. tempat ni merupakan temple Buddhist yang juga merupakan salah satu tempat perlancongan yang wajib terjah kalau melancong area kyoto ni.

anda cuma perlu menaiki bas no 100 ataupun 206 dari kyoto station dan perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 15 minit..dengan tambang sebanyak 220 yen ( bas kyoto memang semua 220 yen je untuk kemana-mana ).

tempat ni dibuka dari 9 pagi sampai 4 petang pada hari-hari biasa dan akan ada special night opening sekali pada setiap musim selama lebih kurang 2 minggu lebih atau bergantung juga kepada musim ..night opening ni pula dibuka dari 6:30 petang sampai 9:30 malam je dan tiket masuk adalah berbeza dari harga biasa.

so kat sini ada sikit-sikit gambar yang sempat aku snap semasa aku terjah tempat ni hari tu ye (>'.')>

illumination

illumination

illumination

illumination

illumination

macam biasa, apa ye pendapat anda semua pasal tempat ni ?? personally aku lebih suka pergi waktu malam sebab view lagi lawa :)