Monday, October 7, 2013

Romantic train di arashiyama

arashiyama
sumber google

Assalamualaikum wbt..

Rasanya dah lama kan aku tak buat entri pasal perlancongan macam dulu-dulu ?? semenjak mula semester haritu rasanya masa untuk aku jalan-jalan dah semakin terbatas..dan sekarang cuma tinggal hujung minggu je la untuk aku melancong ni..

tempat menarik kali ini yang ingin aku kongsikan ialah 嵐山 (arashiyama) yang terletak di kyoto..seperti yang pernah aku cerita di entry cerita ryokou : Arashiyama dahulu, tempat ni sebenarnya ada banyak tarikan yang menarik dan salah satunya pernah aku ceritakan di entri tersebut..

so kali ini aku ingin bercerita mengenai romantic train ataupun lebih dikenali dengan Sagano Torokko yang ada di arashiyama ni..train ni akan membawa anda menyusuri "Hozugawa river " yang terletak di antara kameoka dan arashima..dan perjalanan sejauh 7 kilometer ni mengambil masa lebih kurang 25 minit.

walaupun namanya romantic train, tak semestinya kena bawa couple or kekasih je datang sini tau..datang dengan family atau kawan-kawan pun boleh je..niat awal-awal tu yang penting !!

kos untuk perjalanan sehala ialah 600 yen dan kalau nak ambil pergi balik pun boleh..tapi kalau nak betul-betul satu set yang lengkap, lepas anda menaiki train ni dari arashiyama ke kameoka, anda boleh mengambil boat ride dari kamoeka kembali ke arashiyama..
**100 yen bersamaan RM3.50

tapi aku sendiri masih tak pernah lagi try boat ride tu..nanti bila-bila aku dah try inshaAllah akan aku buatkan entri untuk anda semua ye :)

macam biasa kat sini aku sertakan sedikit gambar-gambar yang sempat aku ambil sepanjang trip ini :

arashiyama

arashiyama

arashiyama

arashiyama

arashiyama

arashiyama

so apa pendapat anda semua tentang tempat ini ye??..jom kongsi kat bawah tau :)







55 comments:

  1. pssttt....iman bygkan dlm train 2 mesti tema klasik kan?ala2 mcm titanic ada x?jgn lupa update..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..dalam train tu klasik ala2 train lama gitu :P

      Delete
  2. Replies
    1. best kan dapat jalan2 tenangkan fikiran ..hehe:D

      Delete
  3. okay, duduk dalam train tu mcm best...scenery dia yg mahal tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sally..scenery dia tu yang mahal..hehe :P

      Delete
  4. Replies
    1. haha..nanti2 ada rezeki datang la sini bro :D

      Delete
  5. weeee.. cantik gila2 .. memang sejuk mata memandang lah ^_6

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak lieya..dan dapat release stress jugak :P

      Delete
  6. melalui terowong tu....penuh kehijauan......

    ReplyDelete
  7. Memang cantik sekali viewnya...sesuai sekali utk pasangan bercinta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau g dengan kawan2 pun menarik jugak..huhu :D

      Delete
  8. www.cahayacinta.com

    salam..jauh merantau rasanya mesti rindu kampung halaman.jepun salah satu tempat yang cantik di dunia.jemputlah ke blog saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerinduan tu pasti ada..cuma simpan jauh di dalam hati je :D

      Delete
  9. Hi :)

    Best nya kalau dapat naik romantic train tu :) mestu banyak pemandangan cantik kan?

    ReplyDelete
  10. sejuk je mata masa naik keretapi tu tau :D

    ReplyDelete
  11. waaa... bestnya, tempat pun menarik.. terujanya, kalaulah mama sampai ke sana, mama suruh akmal jadi juru..... juru apa ekk?? hihi, lupe.. boleh mal?.. mimpi je kot mama..

    ReplyDelete
  12. One word ; AWESOME!
    Tengok train tu pun dah rasa tertarik, kalau bahagian dalamnya tak tahu laa macam mana, mesti lagi menarik kan?
    InsyaAllah, ada kesempatan boleh laa melancong ke sana satu hari nanti :)
    Yang seronoknya kita belajar kat oversea ni kita boleh belajar lebih tentang negara lain, betul tak? Culture dorang, heritage, tempat2 menarik dan sebagainya. Pastu yang positive boleh apply in real life kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepat sekali tu affy..kalau setakat belajar dalam kelas tu dekat mana2 pun boleh..sebenarnya belajar pasal culture, heritage etc semua ni yang saya rasa main point kerajaan hantar student ke luar negara..supaya kita boleh ambil mana yang baik dan gunakannya untuk majukan negara kita :D

      Delete
  13. nampak klasik train tu akmal.. view kat situ pun nampak cantik dan segar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. view dalam train pun lawa tau kak..cuma tak boleh nak upload sebab melibatkan orang lain :D

      Delete
  14. Hahaha bila baca romantik train ni hanya dua dalam fikiran ida.. 1). utk couple dan 2). bergerak perlahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergerak perlahan tu betul..untuk couple tu rasanya ikut masing2 kot kan..huhu :D

      Delete
  15. termenung melihat keindahan dan kecantikan arashiyama... rasa nak pindah duduk situ.. heheheeh ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tinggal sini mesti best dapat hirup udara segar hari2 kan ;)

      Delete
  16. Replies
    1. tempat ni sesuai sangat untuk cikgu cari idea untuk penulisan cikgu kan :)

      Delete
  17. salam...bestnye akmal....ee....gerammm =.=

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala release stress jalan2 kan sue..hee :)

      Delete
    2. hehe akmal..yang komen akmal guna nie g+ ek..sue pown xpaham...
      sue pakai apa...blogger punya ek

      Delete
    3. ni guna blogger..kalau g+ boleh dapat notification bila saya reply msj sue :D

      Delete
  18. menariknya tempat ni...mesti seronok kalau dapat datang..

    ReplyDelete
  19. seronoknyer...kalau lah dapat pergi...

    ReplyDelete
  20. bestnya... gambar last tu mesti air dia sejukkkkkk giler

    ReplyDelete
    Replies
    1. kot..lagi2 sekarang dah mula nak sejuk kan :P

      Delete
  21. cantiknya. wonderful. tenang. bestnya. hana lg teruk. tak pernah naik train. haha

    ReplyDelete
  22. cantik la biskut celup..beznye klo dpt pg nih
    nak mandi kat air terjun tu
    yumida baru tahu rupanya 100 yen tu sm dgn rm3.50
    nak shopping kat jepun la...
    train tu mmg nampak klasik
    bullet train ade kan kat jepun? mcm agak pemes nama tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kak yumida..laju giler..tapi harga pun mahal giler la..hee :D

      Delete
  23. train dia walaupun nampak lama tetap cantik :) teringin nak naik hehe

    ReplyDelete
  24. salam akmal. stay kat kyoto ke? plannye kami 5 org sekawan nk g kyoto dlm 11 april. pening juge tgh buat itinerary ni.

    ReplyDelete