Tuesday, August 13, 2013

cerita ryokou: 奈良

nara park


旅行(ryo-kou) bermaksud melancong dalam bahasa jepun dan kali ni aku nak perkenalkan dekat korg salah satu tempat pelancongan yang best yang ada di sini.

奈良 (na-ra) merupakan salah satu prefecture di jepun ( lebih kurang macam negeri kot di Malaysia) dan tempat ini cuma sejam perjalanan dari stesen kyoto dengan menaiki train.

kalau korg nak tahu, tempat ini amat popular di kalangan pelancong2 asing kerana tarikan utamanya ialah rusa yang dilepaskan berkeliaran di sekitar kawasan ini sebijik macam kambing-kambing yang berkeliaran kat kampung kita.

kat tempat ni juga terdapat beberapa tarikan yang lain seperti beberapa shrine dan temple2 besar tapi aku sendiri pun tak berapa arif pasal cerita2 berkaitan tempat2 tu..so kalau nak tahu pasal shrine korg boleh la cari sendiri ye^^

berbalik kepada cerita rusa ni, rusa-rusa ni memang sengaja dilepaskan berkeliaran di sekitar kawasan ini dan korg dibenarkan untuk memberi makanan kepada rusa-rusa ni kalau korg berani la..hehe

biasanya pelancong-pelancong akan membeli センベ (sen-be) iaitu sejenis biskut beras yang dijual di sekitar tempat ni dalam lingkungan harga 150円 ( betulkan jika tersilap ye) untuk diberi kepada rusa-rusa yang memang akan kejar korg bila dorg nampak korg beli benda ni.

so macam biasa, kat sini ada beberapa gambar masa aku melawat tempat ni dulu..btw masa aku datang tu kebetulan tengah-tengah musim sakura so permandangan memang superb..enjoy =)









3 comments:

  1. eh2 sama la dengan rusa malaysia. hehe seronoknya rusa tu kan tenang ja di sana dikelilingi pokok berbunga2.. :P

    ReplyDelete
  2. ala..jeles betul lah tgk gambar2 ni..hai bila nak gi jepun tgk sakura..idaman.. =)

    ReplyDelete
  3. sy tak tertarik dengan rusa sy tertarik dengan background dia tu..hihi

    ReplyDelete