Thursday, August 22, 2013

cerita ryokou : 神戸港

kobe,port,tower

perlabuhan kobe


Assalamualaikum wbt..

旅行(ryo-kou) bermaksud melancong dalam bahasa jepun dan kali ni jom aku bawak korang jalan-jalan di salah satu tempat menarik yang ada di kansai ni.

sebelum aku perkenalkan tempat tu, mesti korang tertanya-tanya apa bendanya kansai ni kan??kansai ni salah satu region di jepun hasil gabungan beberapa prefecture yang ada..nak senang paham korg boleh tengok kawasan yang bewarna hijau pekat dalam gambar di bawah ye

sumber cik wiki
so tempat kali ni dinamakan 神戸港 (kou-be-kou) iaitu kobe harbor atau lebih dikenali sebagai port of kobe. korg boleh pergi ke tempat ni dari kyoto dengan menaiki tren dengan tambang sebanyak 1050 yen dan perjalanan mengambil masa lebih kurang dalam 55 minit..

di kobe ni sebenarnya ada banyak tarikan selain kobe harbour, tapi kali ni aku fokuskan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh korg buat di sini ye..

sedikit sejarah pasal tempat ni , kobe harbour ni dulu adalah antara port tersibuk di dunia, ya dunia !! bukan di jepun tau..tapi setelah berlakunya satu gempa bumi yang sangat besar yang dinamakan Great Hanshin Earthquake pada 1995 yang meranapkan tempat ni, sekarang port ni sudah tidak semegah dulu dan cuma menjadi port ke-empat tersibuk di jepun je..

tutup cerita pasal sejarah, so kita kembali kepada aktiviti-aktiviti best yg boleh korg buat di sini..perkara pertama yang korg boleh buat ialah shopping di harborland..iaitu satu tempat membeli belah di tepi laut..tapi aku tak syorkan sangat korg membeli belah kalau korg melancong di sini kecuali korg ni memang loaded sangat sebab barang-barang kat sini memang mahal di mata rakyat kita..

harbourland
harbourland

harbourland
harbourland

selepas korg puas window shopping, aktiviti seterusnya ialah korg boleh melawat meriken park yang cuma bersebelahan harbourland ni je..di sini terdapat beberapa tarikan yang menarik seperti kobe tower, kobe maritime museum dan sebuah kawasan memperingati gempa bumi yang aku mention sebentar tadi.

menara,kobe
kobe tower

memorial,kobe
Great Hanshin Earthquake memorial
kalau korg tengok memorial tu, memang dia sengaja biarkan satu kawasan tu seadanya lepas tempat ni musnah..so korg boleh paham la kan betapa kuatnya gempa tu sampai jalan pun boleh hancur sampai macam tu >.<

aktiviti terakhir yang aku syorkan untuk korg try ialah korg boleh naik cruise yang akan bawak korg pusing-pusing sekitar harbour ni..tiket cruise tu 1000 yen ( kot? ) dan cruise tu mengambil masa dalam 45 minit..kat bawah ni ada sikit gambar masa aku sempat try cruise tu dulu :)

cruise,kobe
dalam kapal

cruise,kobe
harbour view

sebelum entry ditutup, aku teringin nak tahu tempat-tempat pelancongan di malaysia yang ada kaitan dengan perlabuhan..so sesiapa yang pernah pergi tempat camni bolehlah korg share di bawah ye =)











49 comments:

  1. Bestnyaaa dapat bercuti kat sana! :D Em, akmaL nak tanya, dulu sebelum study sana, kat Malaysia buat preparations kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy buat preparation kat unisel..maybe yang orang salu dengar preprations yg di UM rasanya :)

      Delete
    2. Ha'ah saya student UM, bulan 9 ni baru nak masuk 3rd year. Hehe. Kat kolej saya memang ade budak persediaan ke Jepun #RPKJ :)Ingat akmaL dari situ jgk.

      Delete
    3. hehe..yg di UM tu under JPA biasanya..kalau under MARA mcm sy dulu di unisel..skrg di branang :)

      Delete
  2. wah, cantik kawasan ni.
    teringin juga nak ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jemput la datang sini..sy boleh jd tour guide :P

      Delete
  3. salam mal....
    akak nak kirim fm from jepun boleh ke mal...?hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam kak..

      akak boleh rujuk sini ye :

      http://biskutcelup.blogspot.jp/p/assalamualaikum-wbt.html

      nk tnye ape2 bole pm fb sy ye :)

      Delete
  4. waaa.. semuanya menarik.. teringinnya nak gi sanaa...

    ReplyDelete
  5. kalu de rezeki nak gak p sana someday, maybe. hihi.
    akmal be my tour guide. hoho :)

    ReplyDelete
  6. Patut hire awak jadi tourist guide bila ada rezeki ke sana :)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum...design Kobe Tower macam Menara Taming Sari kat Melaka...Boleh tak akmal cite sikit pasal Kobe Tower?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumasalam^^

      kobe tower ni just sbg observation tower je rasenye..bentuk dy yg menarik tu yg buat ramai pelancong suke :)

      Delete
  8. perghh...menarik2 semua tempat yang bro ceritakan ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro...nak tanya..kalau kat jepun..weather dia mcm mna? still sama mcm kat Malaysia k...

      Delete
    2. kat sini 4 musim..bro boleh rujuk entry sy ni ye :)

      http://biskutcelup.blogspot.jp/2013/08/four-seasons.html

      Delete
  9. Semua gambar ni ambil sendiri ke? Cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..sume ambil sendiri kecuali gambar memorial tu..yg memorial tu dr cik goo :P

      Delete
  10. boleh la jdi pemandu arah nk kesana nnti..
    nk sgt pegi kobe .

    pegi visit akmal kt sna la.bole g jln sne ..hahaha :P

    ReplyDelete
  11. Wah! Dah sampai Jepun dah dia.. Seronoknya dapat tengok tempat orang.. Sis belum berpeluang lagi melancong ke luar negara ni. Dalam Malaysia pun belum habis pusing.. Huhu..
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya sy dalam Malaysia pon baru pusing sikit je tempt :P

      Delete
  12. Menarik la, Akmal.Saya ni 'kaki jalan' jugalah, dah lama tak ke overseas, hampir 3 tahun dah...tapi saya cuba makanan jepun macam sushi memang tak boleh telan lah....
    Anyway, kalau ada peluang ke Jepun, saya teringin ke Nagasaki dan Hiroshima melihat kesan tinggalan sejarah pengguguran bom atom, maklumlah, saya ni peminat sejarah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy sendiri pon masih belum berpeluang pergi ke situ..iA suatu hari sy akan try pergi sana jgk :)

      Delete
  13. org jepun ni xpatah smangat walaupun brlakunye gmpar bumi kan..
    dari sudut pembersihan n pmbangunan diorg cepat.xtgk blakng, trus maju ke hadapan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dengan pendapat anda..mereka jrg memandang ke belakang dalam ape-ape perkara kan..kita pon patut contohi sikap ni :)

      Delete
  14. ku hanya mampu melihat jepun dari jauh..hehe, zaza suka tgk harbourland tu... =) memikat

    ReplyDelete
    Replies
    1. harborland ni lawa kan..permandangan dy pon cantik sangat :)

      Delete
    2. yes..kalau ada la penempatan mcm ni di malaysia..mmg nak stay situ..hihi

      Delete
  15. Tengok suasana di Jepun waktu malam teringat sorang artis comay Yui..^__^

    ReplyDelete
  16. sat2..beta nak tanya...kau ni belajar kaa melancong? hee :3 untuglaa kau..syukur...eihh nostalgik betul tempat2 dlm gambar ni..kalaulah beta dapat ke sana..sudah pasti beta berposing sakan...muahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya patik melancong sambil belajar..oops??cam terbalik je kan..hahaha :P

      Delete
  17. rindu kansai.dulu study kat okayama..
    anyak kenangan kat jepun yg x boleh dilupakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecik je dunia ni kan..boleh pulak terjumpa senpai dalam dunia blog ni..akk jgn malu-malu nk tegur ye kalau ada ape2 kesilapan kt info sy tulis ni..yoroshiku ^^

      Delete
  18. wowww menarik =) mmg dh lama nk jenjalan ke jepun..tp belum ada ksmptan lg..suke tgok awek2 kt sna he3..diorg kt sna fham bi x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. dorg faham je tp serius kite better lagi kot :P

      Delete
  19. wowww syokkkknya pergi merantau ke negara orang . .
    Bila tah ada rezeki nak pergi sana . .
    teringin sgt . .
    sbb ayh ckp cuaca kat oversea ni lain sgt ngan Malaysia . .
    wlpn cuaca pnas dye tetp rse nyaman sjukk cm tuu
    kagum cara hidup dye org sbb dye org byk motivasi diri
    lg 1 dia org ni suka kekalkan bangunan lama atau sesuatu yg boleh memperingati . .
    bagus sebenrnya dia org kekalkan "Great Hanshin Earthquake memorial" tuu sbb boleh laa generasi baru tauu kn . .
    no wonder laa Jepun bina tembok besar sbb dia org dh pernah alami gempa besar . .
    agak-agak ad ke org nak bagi tiket free pergi sana ?? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..sape la tu nak bagi tiket free kan..kalau ada sy pon nak jugak :P

      Delete
  20. kalo malaysia cruise kt penang gi krabi kot... well takutla nk g jepun tp kalo takut tak merasa la kennn ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..betul3x..at least dapat pengalaman sekali seumur hidup pon jadilah kan :)

      Delete
  21. hai,datang membalas kunjungan awk..^^ bestnya dapat merantau ke negara org kan.. huhu

    ReplyDelete
  22. Part shopping ni memang beratkan akmal..almaklum Japanese yen memang tiggi compared to RM..so kalau pergi sana nampak gayanya makan angin ajelah..

    ReplyDelete