kulit babi
Assalamualaikum wbt..entry kali ini agak kasar sikit bunyinya iaitu bagaimanakah caranya untuk kita mengenalpasti kulit babi dari produk-produk yang dibeli.
sebab aku tahu maybe ada je antara korg yang sensitivity terhadap perkataan babi ni terlebih tinggi, so kita namakan binatang ni sebagai B je la ye untuk mudahkan korg membaca.
kalau di malaysia, mungkin produk-produk yang berasaskan kulit B ni sudah ditapis awal-awal sebelum dipasarkan atau mungkin dipasarkan di ruangan yang berasingan di kedai-kedai..tapi kalau di luar negara seperti jepun, benda ni dipasarkan sekali dengan produk yang lain sebab B bukanlah something yang dorg risaukan langsung sebab tiada obligation untuk dorg supaya tidak menggunakan barang-barang dari B ni.
so ilmu pasal benda ni memang kita perlu refresh dari semasa ke semasa sebab kita akan gune ilmu ni sampai ke tua kan :)
bagi yang tinggal di negara bukan islam, amat perlu untuk kita tahu macam mana untuk kita bezakan kulit B ni dari kulit-kulit yang lain supaya kita tak menyesal di kemudian hari..sebab aku tak pasti kita boleh pulangkan atau tak barang tu dengan alasan ada kulit B, sebab dorg bukan kisah pun pasal benda ni..so akhirnya korg akan buang je barang tu dan duit korg pun akan melayang sekali..
macam yang korg boleh lihat kat atas ni, kulit B biasanya mempunyai 3 titik bagi setiap lubang..dan perkara ni aku rasa ramai je dah tahu..tapi apa yang aku rasa ramai kurang tahu ialah bukan semua produk yang ada 3 titik ni adalah dari kulit B.
Ehh?! bukan 3 titik je dah konfem kulit B ke??
sebenarnya ada je man-made leather atau pun sintetik yang ada 3 titik ni juga..bagi benda-benda macam ni, 3 titik tu ditambah supaya produk tu lebih menyerupai kulit yang asli.
so sebenarnya ada beberapa lagi ciri-ciri yang boleh menguatkan lagi pandangan korg pasal kulit B ni iaitu
- 3 titik / lubang itu adalah menyerong
- 3 titik / lubang tu berulang-ulang , tembus ke dalam dan tak seragam
kalau lengkap kesemua ciri-ciri di atas barulah konfem benda tu dari kulit B. tapi kalau korg kurang yakin, korg boleh je call terus customer service untuk tanya lebih detail pasal produk tu..sebab zaman sekarang kan dah canggih..banyak je benda yang boleh dicipta dari mesin tapi nampak seakan-akan asli..
tapi kalau korg malas nak konfemkan, senang cerita tak payah je beli..tutup cerita terus :)
sebelum entry ditutup, korg pernah ke terbeli barang-barang dari kulit B ni??
jom share sikit pengalaman korg nak :)
untuk maklumat lanjut boleh rujuk di sini : FACEBOOK SAHABAT HALAL JAKIM
macam2 kan..kena hati2 lah
ReplyDeletetu la kan mama..kalau tak cek betul2 susah nanti >.<
Deletebahaya zaman sekarang ni, nak beli brg kena teliti dulu. nice sharing :)
ReplyDeleteterima kasih ye sha :D
Deletenice sharing bro...kena hati2 terutaa bila beli barangan2 kulit...kakak aku dah pernah terbeli beg kulit babi...mmg umphhh...haha! trus dia bai free sja dkt kawan2 dia yg non muslim..haha! >.<
ReplyDeletenasib baik dy bg kawan..kalau buang je mesti syg kan >.<
Deletetak reti sangat nak kenal pasti pasal produk daripada B ni..tambah+ mcm kasut ke..kalau da tengok n namapak f2f baru senang nak kenal..huhu sy ni slow sikit hahaha
ReplyDeleteproduk2 cmni kalau xtengok dpn mata memang sush sikit nak detect kan :D
DeletePakai kasut murah2 jer.. Kalau nak mahal pun beli crocs, dah kompem2 getah.. Heheh.. Tp sampai skang still tak reti nak tengok walaupun dah tahu pasal 3 titik ni.. Huhu..
ReplyDeleteZON PERMAISURI CHOMEL
kalau crocs komfem2 dah selamat kan :P
Deletepernah tercuba kasut kulit babi ni kat cotton on. dia tak letak tanda or sign pun. tiba2 ada instinct nk tgk tapak dlm dia. hm.. =_='
ReplyDeletenasib baik sempat check..kalau x melayang duit >.<
DeleteThanks for this info. Leh jaidk panduan ketika membeli nanti.
ReplyDeleteur welcome bro :)
DeleteNice sharing.. Risau jugak beli barangan kulit ni yer.. Pakai yang PVC sudah lah..
ReplyDeletebetul2..pvc konfem selamat je kan :P
Deletetakutnya.. nice sharing dear, kena lebih alert lepas ni..
ReplyDeleteur welcome mama :)
Deletethanks sharing akmal , apa pon perlu hati2
ReplyDeleteur welcome bro :)
Deletesaya pakai selipar jepun je :/
ReplyDeletecara ni paling selamat :P
Deletetq share bnda ni,,, takot kdg2 nak beli brangan kulit ... -_-
ReplyDeletesenang2 bli getah cam croc je kan :P
Deletetak penah beli tapi skali tengok yang ori tergantung erkkk...
ReplyDelete>.<
Deletenice sharing =) bru thu sbenarnya..risau juga dgn brangan kulit skarang ni, tu bru kulit..belum masuk bulu dia lg kn
ReplyDeletebetul tu..bulu dia lagi satu hal pulak kan
Deletenaseb baik bukan peminat kulit...heheheh....
ReplyDeletekalau pminat brg kulit susah ni kan >.<
Deletexprnh beli n xprnh tgk pun..insyaAllah akan dipraktikkan benda ni =)
ReplyDeletesemoga kita sama2 dpt belajar kan :)
Deleteish..susah jugak ya..
ReplyDeletekalau nak beli produk leather kena cek baik2 ni.
good info akmal. :)
terima kasih ayu :D
Deletetak pernah lagi terbeli kasut dari kulit B...kalau dah nampak macam suspicious tu terus tak beli daaa....
ReplyDeletecara ni selamat kan..baik beli benda yang kita memang yakin je :)
DeletePart-part halal haram ni memang susah nak jaga kalau kita kat luar negara coz memang confirm-confirm dia orang memang tak bother pun nak ambiltau.so at the end of the day terpulang pada tuan empunya diri..that's why student malaysia selalu buat jokes..kalau rasa was-was tapi nak jugak, kena baca bismillah 3x, selawat 3x dan minta ampun dengan Tuhan..then proceedlah apa-apa yang nak dibuat/makan ke..tapi itu jokeslah..tak taulah kot ada yang berani nak cuba..
ReplyDeletekalau ada yang berani buat memang hati kering betul dah tu :P
DeleteBagus perkongsian ini. Sekurang-kurangnya kita tahu juga cara nak kenalpasti. Kalau boleh elakkan beli barang dekat kedai yang was-was halal haramnya.
ReplyDeletebetul tu cikgu..kalau was2 baik jangan beli terus kan :)
Deletemak saya pernah beli handbeg ada tiga bintik tuu . . Masa kat kedai tak nampak balik rumah mak check balik baru nampak . . Lepas hari tu, setiap kali beli barangan kulit mesti mak check . . btw, nice entry . . Mungkin ramai yang tak tahu :)
ReplyDeletesemoga perkongsian ni bermanfaat kepada semua ye :)
DeleteAs salam..saya ada beli barangan kulit..kat situ saya tengok material PU leather..tapi ada tanda bintik tiga tu..bila saya guna kanta..bintik tiga tu tak tembus..adakah ia nya kulit palsu..boleh ke saya gunakan nya terus..tq
ReplyDelete