Tuesday, October 1, 2013

Antara dua darjat

degree
Assalamualaikum wbt..

kalau yang selalu mengikuti perkembangan blog ni, mungkin ada dikalangan anda yang perasan aku bercadang untuk sambung master sejurus selepas aku tamat degree bulan 3 nanti..

dan di universiti aku, bagi sesiapa yang dah dapat tempat untuk master bagi sesi tahun seterusnya..mereka dibenarkan untuk mengambil subjek master (先通り-sakidori) dalam semester terakhir sebelum mereka grad ijazah nanti..supaya masa master nanti kita boleh tumpu lebih pada research sebab kelas yang perlu diambil dah berkurangan..

dan nak dijadikan cerita harini kali pertama aku ambil subjek master ni sebenarnya..dan perghh !! memang jurang antara subjek master dan degree sangat jauh berbeza..terpinga-pinga aku sepanjang kelas tu..

mungkin disebabkan subjek yang aku ambil tu berkaitan copyright infringment,  so memang tak ada la kira-kira macam subjek engineering yang selalu aku ambil..

dan disebabkan ni subjek master, perkataan-perkataan jepun yang digunakan pun hampir kebanyakannya bukan term engineering..so maybe sebab ni kot aku jadi blur je sepanjang kelas tu..

tak sangka jaoh rupanya beza master dan degree ni..kena belajar lebih lagi ni nampaknya..wish me luck ye ^-^





No comments: