Showing posts with label arashiyama. Show all posts
Showing posts with label arashiyama. Show all posts

Monday, October 7, 2013

Romantic train di arashiyama

arashiyama
sumber google

Assalamualaikum wbt..

Rasanya dah lama kan aku tak buat entri pasal perlancongan macam dulu-dulu ?? semenjak mula semester haritu rasanya masa untuk aku jalan-jalan dah semakin terbatas..dan sekarang cuma tinggal hujung minggu je la untuk aku melancong ni..

tempat menarik kali ini yang ingin aku kongsikan ialah 嵐山 (arashiyama) yang terletak di kyoto..seperti yang pernah aku cerita di entry cerita ryokou : Arashiyama dahulu, tempat ni sebenarnya ada banyak tarikan yang menarik dan salah satunya pernah aku ceritakan di entri tersebut..

so kali ini aku ingin bercerita mengenai romantic train ataupun lebih dikenali dengan Sagano Torokko yang ada di arashiyama ni..train ni akan membawa anda menyusuri "Hozugawa river " yang terletak di antara kameoka dan arashima..dan perjalanan sejauh 7 kilometer ni mengambil masa lebih kurang 25 minit.

walaupun namanya romantic train, tak semestinya kena bawa couple or kekasih je datang sini tau..datang dengan family atau kawan-kawan pun boleh je..niat awal-awal tu yang penting !!

kos untuk perjalanan sehala ialah 600 yen dan kalau nak ambil pergi balik pun boleh..tapi kalau nak betul-betul satu set yang lengkap, lepas anda menaiki train ni dari arashiyama ke kameoka, anda boleh mengambil boat ride dari kamoeka kembali ke arashiyama..
**100 yen bersamaan RM3.50

tapi aku sendiri masih tak pernah lagi try boat ride tu..nanti bila-bila aku dah try inshaAllah akan aku buatkan entri untuk anda semua ye :)

macam biasa kat sini aku sertakan sedikit gambar-gambar yang sempat aku ambil sepanjang trip ini :

arashiyama

arashiyama

arashiyama

arashiyama

arashiyama

arashiyama

so apa pendapat anda semua tentang tempat ini ye??..jom kongsi kat bawah tau :)







Sunday, August 25, 2013

cerita ryokou :嵐山

buluh,tempat pelancongan

arashiyama



Assalamualaikum wbt..

旅行 (ryo-kou) bermaksud melancong dalam bahasa jepun dan entry kali ini aku nak memperkenalkan kepada korg salah satu tempat pelancongan yang ada di sini.

嵐山(arashi-yama) ni merupakan salah satu tempat yang femes kalau korg berpeluang untuk datang ke sekitar kyoto, dan terdapat banyak cara untuk korg sampai ke sini iaitu melalui JR line ataupun Hankyu line..tapi aku lebih syorkan korg naik JR line je sebab mudah dan tak perlu nak bertukar-tukar tren untuk sampai ke sini nanti.

so dari perjalanan dari kyoto dengan menaiki JR (Japan railways) lebih kurang dalam 15 minit dengan tambang sebanyak 230 yen dan korg perlu turun di Saga Arashiyama (嵯峨嵐山)station..maybe station ni agak jauh sikit dari tempat yang korg nak tuju tapi dari sini senang untuk korg explore kawasan ni..

kenapa aku cakap senang untuk explore??

sebab di arashiyama ni terdapat banyk tarikan dan bukan hanya tertumpu kepada satu main tarikan je..so korg boleh buat banyak benda masa korg datang ke sini nanti..tapi entry kali ni aku hanya perkenalkan satu je dulu ye tarikan yang ada..riso panjg sangat kalau cerita semua

buluh,tempat perlancongan,

bamboo groves seperti yang korg tengok kat atas ni adalah antara tarikan yang femes di sini..kalau korg tengok betul-betul, buluh tu agak berbeza sikit dengan yang ada di tempat kita bak kata mereka yang pernah aku bawak datang sini dulu la..tapi aku tengok sama je

mungkin korg akan cakap ape yg femesnya ??buluh je kot?

buluh,tempat pelancongan

so korg boleh nilai sendiri banyak mana orang yang datang just nak tengok buluh je kot..dan korg boleh teka la kan kenapa dua gambar buluh kat atas tu kosong je takde orang..ya tepat sekali !! gambar tu aku ambil dari google..hahah :) 

btw, arashiyama ni femes pada musim bunga dan luruh kebiasaannya..dan aku sendiri pun pergi tempat ni masa musim luruh tahun lepas..so jom cuci mata sikit tengok suasana musim luruh di sini


tempat perlancongantempat perlancongan,arashiyama

tempat perlancongan,arashiyama

tempat perlancongan,arashiyama


daun merah dalam gambar ketiga tu daun momiji tau macam yang pernah aku cerita dalam entry 4 musim di jepun..

sebelum menutup tirai(?) entry korg cuba try tengok betul-betul buluh tu..ada beza ke dengan buluh Malaysia??kot-kot mata korg lagi tajam dari aku ke kan :)