Showing posts with label biwako. Show all posts
Showing posts with label biwako. Show all posts

Monday, October 14, 2013

tasik terbesar di jepun

shiga

Assalamualaikum wbt.

Sebelum aku mula bercerita, aku nak tanya satu soalan pengetahuan am sikit boleh ?? apakah tasik air tawar terbesar di Malaysia??ha..jawab cepat jawab..hehe

jawapannya ialah tasik Bera yang ada di pahang tu..dan mengikut cik wiki, tasik bera ni seluas 61.5 km persegi..besar giler kan ??

tapi kali ini aku bukanlah nak promote cuti-cuti malaysia ke pahang ke ape tau..sebenarnya kali ni aku nak cerita pasal tasik air tawar terbesar di jepun..yang cuma 15 minit je kalau naik basikal dari rumah aku =.="

shiga

tasik ni dinamakan biwako atau orang putih panggil " biwa lake "..jangan korang panggil biwako lake pulak ye..sebab "ko" tu dah bermaksud tasik dah..

tasik ni seluas 670.4 km persegi tau..so kalau dibandingkan dengan tasik bera tadi, boleh dikatakan biwako ni 10 kali ganda besar la kot..
  
dan banyak aktiviti yang boleh anda buat kalau pergi kat tasik ni macam memancing, lake biwa cruise dan anda juga boleh mandi kat tasik ni sebijik macam mandi dekat laut tau..cuma air dia tak masin je la..

shiga

dan jangan tak percaya pulak gambar kat atas ni ialah biwako..walaupun nampak macam laut..dan ikut pengalaman aku mandi kat sini, air dia agak jernih la jugak..tapi masih tak selawa laut yang original la macam kat SINI kan??

so apa pendapat anda semua tentang tasik ni??percaya tak yang ni bukan laut??jom kongsi kat bawah ye :)