light up di jepun
Assalamualaikum wbt..
旅行(ryo-kou) bermaksud melancong dalam bahasa jepun dan entry kali ni aku nk perkenalkan dekat korg salah satu event yang best yang ada kat sini..
tempat kali ni yang aku nak promote dekat korg ialah 草津(ku-sa-tsu) iaitu satu pekan kecil di dalam shiga prefecture..tempat ni sebenarnya pekan yang aku tinggal dan frankly said aku suke tinggal kat sini sebab pekan ni aman damai jauh dari kesibukan kota raya macam kat tokyo tu..
tempat ni hanya 20 minit je dari kyoto station dengan menaiki tren, dan sebenarnya takde pon tarikan menarik sangat yang ada di sini..hahaha
tapi pekan yang tenang jangan disangka tiada buaya tarikan langsung, sebenarnya ada je satu event yang aku rasa agak best untuk dikongsi dengan korg semua iaitu 街あかり(machi-akari)..
街(ma-chi) bermaksud bandar dan あかり yang bermaksud light up so kesimpulannya event ni dorg light up kan satu pekan kusatsu ni dengan lampu-lampu yang seriusly lawa sangat-sangat..
event ni diadakan masa musim luruh dan tujuan event ni just nak promote pekan kusatsu ni kepada orang luar..tahun ni dijadualkan pada 8 dan 9 november so konfem aku akan terjah lagi event ni macam tahun lepas..hehe
basically what they do masa event ni dorg nyalakan tanglung-tanglung di tepi jalan di sekitar bandar ni dan yang paling best sekali ialah dorg susun tanglung-tanglung ni kat dalam sungai yang kering kontang..so korg boleh nampak cahaya yang membentuk bentuk sungai yang seriusly view dia sangat superb
so macam biasa, kat sini ada gambar-gambar event ni semasa aku pergi tahun lepas..selamat menjamu mata =)
p/s : kalau korg free, tolong click iklan poll pasal blog ni ye..aku just nak tahu korg punya pendapat tentang blog ni..yoroshikune^^