Sunday, August 25, 2013

cerita ryokou :嵐山

buluh,tempat pelancongan

arashiyama



Assalamualaikum wbt..

旅行 (ryo-kou) bermaksud melancong dalam bahasa jepun dan entry kali ini aku nak memperkenalkan kepada korg salah satu tempat pelancongan yang ada di sini.

嵐山(arashi-yama) ni merupakan salah satu tempat yang femes kalau korg berpeluang untuk datang ke sekitar kyoto, dan terdapat banyak cara untuk korg sampai ke sini iaitu melalui JR line ataupun Hankyu line..tapi aku lebih syorkan korg naik JR line je sebab mudah dan tak perlu nak bertukar-tukar tren untuk sampai ke sini nanti.

so dari perjalanan dari kyoto dengan menaiki JR (Japan railways) lebih kurang dalam 15 minit dengan tambang sebanyak 230 yen dan korg perlu turun di Saga Arashiyama (嵯峨嵐山)station..maybe station ni agak jauh sikit dari tempat yang korg nak tuju tapi dari sini senang untuk korg explore kawasan ni..

kenapa aku cakap senang untuk explore??

sebab di arashiyama ni terdapat banyk tarikan dan bukan hanya tertumpu kepada satu main tarikan je..so korg boleh buat banyak benda masa korg datang ke sini nanti..tapi entry kali ni aku hanya perkenalkan satu je dulu ye tarikan yang ada..riso panjg sangat kalau cerita semua

buluh,tempat perlancongan,

bamboo groves seperti yang korg tengok kat atas ni adalah antara tarikan yang femes di sini..kalau korg tengok betul-betul, buluh tu agak berbeza sikit dengan yang ada di tempat kita bak kata mereka yang pernah aku bawak datang sini dulu la..tapi aku tengok sama je

mungkin korg akan cakap ape yg femesnya ??buluh je kot?

buluh,tempat pelancongan

so korg boleh nilai sendiri banyak mana orang yang datang just nak tengok buluh je kot..dan korg boleh teka la kan kenapa dua gambar buluh kat atas tu kosong je takde orang..ya tepat sekali !! gambar tu aku ambil dari google..hahah :) 

btw, arashiyama ni femes pada musim bunga dan luruh kebiasaannya..dan aku sendiri pun pergi tempat ni masa musim luruh tahun lepas..so jom cuci mata sikit tengok suasana musim luruh di sini


tempat perlancongantempat perlancongan,arashiyama

tempat perlancongan,arashiyama

tempat perlancongan,arashiyama


daun merah dalam gambar ketiga tu daun momiji tau macam yang pernah aku cerita dalam entry 4 musim di jepun..

sebelum menutup tirai(?) entry korg cuba try tengok betul-betul buluh tu..ada beza ke dengan buluh Malaysia??kot-kot mata korg lagi tajam dari aku ke kan :)







54 comments:

  1. buluh tu bersih..xde miang...hehe

    ReplyDelete
  2. ni nak kena buat photoshop ni, ambik gambar pastu letak bckground tempat ni..caption.. di korea..hahah... cantik sgt tmpt ni...korea mmg tmpt yg cantik.. kena berazam kmpul wang nih dari skg.. =)hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa di korea?marah pakcik jepun nanti tgk gambar tu..haha :P

      Delete
    2. aiyoooo..macam mana ter korea pulak..hikhik ^_^

      Delete
  3. cantik tul... akak sukalah tgk gambar gambar ni... bilalah nak buat plan ke jepun pulak? banyak pemandangan menarik boleh diteroka nampaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..dtg nti bgtau la..kot2 sy leh jd tour guide ke :P

      Delete
  4. Replies
    1. terima kasih ye syahidah sudi singgah lagi :)

      Delete
  5. banyak jugak cari info buluh di jepun...sebab final year project buat pasal buluh..hehe

    ReplyDelete
  6. cantik betul pathway buluh2 tu!

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. sy sendiri pon tgh cari sponser blik ke malaysia ni hana :P

      Delete
  8. assalamualaikum

    rasanya lain sikit buluh tu ,wah cantiknye tempat tu , best ambil gambar nie, nak tanya kalau makanan sefera macam mee maggi tu kat sana ada yang halal tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya ada je..tp kene cek dulu kot ingredient dia ada x brg2 terlarang mcm yg sy cerita kat entry ni :)

      http://biskutcelup.blogspot.jp/2013/08/makanan-halal-di-jepun.html

      Delete
  9. cantek cantek cantek ... teringin nak g jepun gakkk sob3

    ReplyDelete
  10. saya tau. buluh dia satu2. tak serumpun KOT. HAHA. sebab biasa tengok citer cina kungfu2 tu buluh dia tumbuh satu2 & jarak. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tajam penglihatan ida..sy sendiri pon xpasan sgt..hehe :P

      Delete
    2. haha. AkmaL macam mana tau nama saya? ahaa :D

      Delete
    3. pernah ternampak di ruangan komen :P

      Delete
  11. assalamualaikum

    rasanya ada beza jenis buluh tersebut, cantiknye keadaan di sana , kalau ambil gambar memang cantik tapi bukan di tempat buluh tu :) nak tanya makanan segera di sana ada tak yang hahal ? macam mee segera , ramen ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya ada je..tp kene cek dulu kot ingredient dia ada x brg2 terlarang mcm yg sy cerita kat entry ni :)

      http://biskutcelup.blogspot.jp/2013/08/makanan-halal-di-jepun.html

      Delete
  12. buluh kat sane lebih teratur susunan dye nak banding ngan buluh sineh berumpun...kot lah...hhehehe..

    ReplyDelete
  13. pathway bulu tu nampak cantikk.. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi singgah kemari..dtg la lagi ye..heee :P

      Delete
  14. salam, tq sebab sudi follow blog saya.

    jom tgok entry untuk bro

    http://www.mawardiyunus.com/2013/08/follower-mingguan-12-review-blog.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. thx singgah sini bro :)

      nti sy terjah kembali ye

      Delete
  15. Cantiknya pemandangan di kawasan buluh-buluh tu..

    ReplyDelete
  16. cantik betol..wlwpn buluh je..lain dr yg lain..mnlh nk nmpk kt Mlaysia..udara kt sna nyaman x?? ada perbezaan dgn Malaysia?? sna msti cntik2 je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. udara kat sini segar je berbanding malaysia..maybe sbb kawasan sy tinggal ni agak pedalaman sikit kot :)

      Delete
  17. cantik walaupun sekadar buluh hehe

    ReplyDelete
  18. subhanAllah... cantekkk. semoga ada peluang nak melancong ke Jepun. heheh. dalam 4 musim tu, waktu mana better untuk melancong?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy prefer antara musim luruh atau musim bunga :)

      Delete
  19. akak suka tengok pokok buluh tu.. nampak cantik tersusun.. mesti redup je bila berada di situ.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3x..kawasan situ memang redup je..sesuai kalau nak jalan santai2 :)

      Delete
  20. waahhh makin fall in love dgn negara 4 musim ni..cantek musim bunga ^_^

    ReplyDelete
  21. Jepun sememangnya terkenal dengan buluh kan.

    ReplyDelete
  22. kalau la ada kat Malaysia macam ni ...

    ReplyDelete
  23. asal feeling aku ni nak sgt buat drama dekata tempat2 ni...adakah ini naluri biasa bagi seorang yg suka berdrama + queen? heee :3

    ReplyDelete
  24. lahaii lawanya tempat ni . .
    macam lukisan pun ada . .

    ReplyDelete
  25. Waaa.. hebat ni.. lawa sesangat pokok2 tu..
    Rasa nak pakai baju samurai .. pegang pedang samurai nak amik gambar kat tgh2 laluan pokok buluh tu hehehe.. :D

    ReplyDelete
  26. salam.. saya dan keluarga akan ke sane bulan april 2014 nanti.. so nnt kat sana teringin nak gi sini dan juge USJ.. tapi tak tahu cmne nak guna train.. macam tak faham je bila tgk blog2 yg cite pengalaman diorang naik train.. huhuhu..

    ReplyDelete