Wednesday, September 18, 2013

Basikal dan Minyak

 audi

Assalamualaikum wbt..bagi yang yang tertanya-tanya mengenai keadaan di sini setelah dilanda taufan..Alhamdulillah tempat aku ok je dan takde apa-apa yang perlu dirisaukan..entry kali ini aku nak bercerita mengenai basikal di jepun..

" ada apa je dengan basikal ?"

bagi masyarakat kita, basikal ni memang satu benda yang menjadi kenderaan kita masa zaman budak-budak dulu je..jarang kita dengar orang kita naik basikal untuk pergi ke kerja mahupun ke university..kecualilah ada program yang menggalakkan penggunaan basikal seperti "go green" dan sebagainya.

tetapi bagi di jepun, korg akan terkejut melihat orang jepun menggunakan basikal hampir di mana-mana..kecuali di pusat bandar sebab kat situ main transport mereka ialah tren..dan pengguna basikal ni tidak terhad kepada budak-budak sahaja sebab semua golongan akan guna basikal ni dari budak-budak sampailah ke pak cik tua yang kayuh pelan giler2 =.="

ritsumeikan

so korg boleh lihat ramai orang yang menggunakan basikal untuk ke tempat kerja, universiti dan juga sekolah..dan perkara ni tanpa perlu disuruh atau digalakkan dengan program-program seperti di negara kita.

untuk menunjukkan betapa pentingnya basikal ni kat korg, ketika korg membeli sesuatu basikal..perkara pertama yang korg akan kena buat ialah mendaftar basikal tu atas nama korg sendiri..senang cerita macam buat lesen la untuk basikal korg..dan lepas tu korg kena mengambil insuran basikal untuk memastikan keselamatan basikal korg tu..

kat sini kadang-kadang ada je roadblock untuk basikal dan masa tulah dia akan check basikal tu memang korg punya atau tak..

"apa jadi kalau naik basikal orang lain?"

kebiasaannya kalau korg naik basikal kawan , boleh je korg cakap kat pak cik polis tu perkara sebenar dan kalau dia rajin nanti dia akan call kawan korg tu untuk kepastian..

tapi kalau kantoi korg naik basikal orang lain ( baca curi ) , memang ke balai la jawabnya..dan kat bawah ni antara peraturan ketika menaiki basikal dan jumlah denda kalau korg melanggar peraturan ni :

  • dilarang membawa orang di belakang ( denda 20 000 yen )
  • dilarang memegang payung , handphone dan sebagainya ( penjara 3 bulan atau denda 50 000 yen)
100yen bersamaan RM3.50

tapi sebenarnya perkara-perkara kat atas tu selalu je korg boleh nampak orang jepun buat walaupun dilarang..tapi undang-undang tu akan digunapakai kalau berlakunya kemalangan..

japan

dan antara perkara yang awesome kat sini ialah wujudnya underground parking semata-semata untuk basikal kot..tapi benda ni aku tak pernah jumpa lagi la depan mata sebab aku tinggal bukan di pusat bandar..

kalau berminat nak tengok boleh klik link youtube ni ye :)

so apa pendapat korg pasal basikal? adakah ini pilihan yang lebih baik setelah harga minyak yang semakin menjadi-jadi? jom kita bincangkan :)

bak kata seseorang yang 'bijak' pandai , " kalau harga minyak naik janganlah beli kereta" 

so jom beli basikal ramai-ramai..hahahaha :D 







No comments: