Assalamualaikum wbt..sejak beberapa hari ni entry dalam blog ni asyik dalam mood serius je kan kalau korg perasan..jadi hari ni aku nak kita kembali kepada mood santai seperti biasa dan pertama sekali jom kita tengok gambar di atas ni..
buat pengetahuan korg, sekeping duit 10 000 yen tu bernilai lebih kurang RM350..
WOW!! banyak tuu?!!
dan aku sendiri tak pasti sama ada korg percaya atau tidak, duit sebanyak ini boleh aku dapat kalau aku buat
part-time selama sebulan suntuk je..ye part-time..bukan bekerja tetap :)
dan korg juga jangan terkejut kalau aku cakap, korg boleh beli kereta macam ni dengan hanya menggunakan duit part-time beberapa bulan je..serius aku tak tipu
**ini bukan kereta aku :)
"kau datang jepun ni nak belajar ke nak cari duit hahh?? "
mungkin ada antara korg yang berfikiran macam ni sekarang kan?? hehehe..sabar..sabar.. sebelum korg membuat spekulasi yang bukan-bukan terhadap aku, mari aku ceritakan dahulu serba sedikit pasal kisah part-time di jepun secara detail.
untuk makluman korg, di jepun part-time diiktiraf sebagai sejenis
kerja yang serius dan ada masyarakat jepun sendiri yang hidup dengan hanya mengharapkan duit part-time ni sahaja.
golongan masyarakat begini dipanggil sebagai
Freeter dan mereka kebiasaanya memang tidak mempunyai pekerjaan tetap
[1].. tetapi sebab apa golongan ni masih mampu untuk hidup di jepun ??
kalau korg lihat jadual di atas, korg boleh dapati kadar gaji minima per jam untuk kerja part-time di jepun
[2] dan bagi kawasan aku iaitu shiga (滋賀) ialah sebanyak 651 yen per jam..tapi ni baru gaji minima tau..
kebiasaannya gaji yang boleh aku dapat adalah dalam range 700yen ke 1000yen bagi setiap jam atau mungkin lebih..dan untuk senangkan korg convert anggap je 100yen bersamaan RM3.50.
untuk menyenangkan lagi korg mengira, kita ambik la average dari nilai tersebut dan anggap la aku boleh buat 30 ringgit sejam, dan aku kerja selama 8 jam sehari..dan korg darabkan dengan 30 hari..
jeng jeng jeng..
total kalau aku kerja part-time selama sebulan (setiap hari) aku dah boleh dapat RM7200 sebenarnya..
ni tidak termasuk elaun kerja overtime dan elaun kerja malam lagi..
tapi sebenarnya tidaklah semudah itu bagi kerajaan jepun untuk benarkan warganegara asing untuk dapatkan duit negara dorg..sebenarnya ada je peraturan yang perlu diikut bagi orang luar yang belajar sambil bekerja di sini..
kalau aku suruh korg tengok jadual
[3] kat atas pun mesti korg takkan paham kan..hehe..so mari aku terjemahkan je la lagi senang :)
"bagi pelajar university (orang asing ) yang ingin bekerja, hanya boleh bekerja 28jam sahaja dalam semingu..tetapi bagi cuti musim panas atau musim bunga dibenarkan bekerja selama 8 jam sehari."
so kalau hari biasa, memang mustahil untuk aku dapat duit sebanyak yang kita kira di atas tadi..tapi kalau aku bekerja sepanjang cuti musim bunga atau musim panas..RM7200 tu adalah perkara yang tidak mustahil untuk aku gapai sebenarnya..
aku akui dengan bekerja part-time di sini, aku akan dapat mengenal budaya dan masyarakat jepun dengan lebih dekat dan banyak kebaikan yang boleh aku peroleh seperti kebolehan berbahasa jepun aku akan meningkat dan sebagainya..di samping duit yang agak lumayan..
tapi persoalannya sekarang..rajinkah aku??
jawapannya sudah tentulah tidak!! hahaha..sejujurnya aku lebih suka meluangkan masa cuti aku berjalan-jalan di negara orang mencari pengalaman baru..duit mungkin boleh dicari di mana-mana tetapi pengalaman berharga tidak akan dapat diganti selamanya :)
p/s: mesti ada antara korg berminat nak tahu bagaimana gaji macam ni boleh beli kereta sehebat tu?nantikan entry mengenai harga kereta di jepun dalam entry akan datang..jeng jeng jeng :)