Assalamualaikum..
entri kali ini aku ingin ajak anda berfikir sejenak..apakah tujuan sebenar kita belajar ye ??
" lillahi taala.. "
" untuk mak bapak.. "
siapa yang jawab macam kat atas ni tak aci la..sebab tu memang jawapan yang memang tak boleh kita pertikaikan langsung..jenoh la kalau dalam exam nanti korang asyik jawab macam tu je..konfem cikgu pun pening nak bagi betul atau salah kan..so jawapan macam tu kita simpan dulu ye..
aku rasa rata-rata akan jawab sebab exam..betul tak ?? ke aku sorang je rasa macam tu ??hehe
dan hasil dari niat yang terpesong ni..aku rasa ramai je antara kita yang kalau disoal semula perkara yang pernah kita belajar dahulu tu sekarang..pasti ramai (termasuk aku) yang hanya mampu tersenyum simpul je..sebab semua perkara tu terus hilang sejurus lepas kita jawab exam..
tapi ni terkecuali la bagi perkara-perkara amali ye..sebab amali biasanya tahan lama sikit..
so pernah tak anda terfikir macam ni..
" aku belajar sebab aku NAK belajar.."
kalau ada niat macam ni, inshaAllah ilmu tu akan bertahan lama di dalam diri kita..dan aku ada beberapa kawan yang memang perangai macam ni..dan aku dapat lihat sendiri result dorang memang meletup dari orang yang belajar semata-mata kerana peperiksaan..
>>>----------------------------------------------<<<
dan sebenarnya ceritanya macam ni, semester ni aku ada ambil beberapa subjek tapi tak daftar pun..so bila tak daftar bermakna tiadalah exam kan..cuma datang semata-mata nak belajar..
kejappp!! aku bukan nak membangga diri ke apa tau..aku just nak berkongsi je dengan anda semua..sebenarnya kalau belajar tanpa ada tekanan risau pasal exam dan result inshaAllah kita akan rasa lebih semangat nak belajar..
sebab utama ialah korang tak perlu risau pun pasal kena hafal benda-benda tu untuk exam..so korang boleh belajar dengan santai je kan :)
tapi ada satu syarat : PASTIKAN CREDIT HOUR UNTUK GRAD DAH CUKUP
jangan gatal-gatal tak nak daftar pulak kalau tak cukup benda ni..karang tak pasal-pasal tak dapat grad :O
so ada sebarang pandangan atau cadangan pasal perkara ni ?? kalau ada boleh anda kongsikan di bawah ye :)
hahah. memang tau. kadang-kadang yg buat kita belajar sebab nak jawab exam tu jenis subjek yg hard core tuh. pergghhh pastu 4 credit hour. mmg gigil pale lutut lah. =)
ReplyDeletesinggah menabung 8share & churp+ haha :D
ReplyDeletesetiap amalan adalah dengan niat. niat ikhlas sahaja yang diterima Allah
ReplyDeletetapi kalau kita niat kerana ALLAH, insyaALLAH.. dpermudahkan kan..
ReplyDelete