Showing posts with label perkongsian hati. Show all posts
Showing posts with label perkongsian hati. Show all posts

Thursday, October 17, 2013

Hidup ini bukan mudah

jepun
sumber google



Assalamualaikum..

entri kali ni aku bercakap dari pandangan budak engineering tau..so kalau ada apa-apa yang bercanggah jangan malu-malu nak kongsi kat bawah nanti ye.

macam yang pernah aku cerita kat SINI, program aku cuma terdapat 2 jurusan je untuk dipilih masa mula-mula nak apply dulu..antara mekanical atau electrical engineering..so macam yang anda boleh lihat, pilihan aku ialah yang pertama tu..

dan sebagai budak meki (mechanical engineering), kebanyakan akan menjawab sebab utama mereka ambil kos ni ialah kerana mereka tak berminat langsung dengan elektrikal..tapi aku pernah ambil satu lecture elektrikal (subjek wajib -.-) dan prof tu selalu tekankan kat kami..bahawa kita tak akan berjaya sebagai engineer kalau kita hanya faham satu cabang ilmu je..

sebab tiada satu benda pun kat dunia ni yang dicipta hanya dengan satu cabang ilmu je..sebagai contoh yang paling senang..kereta la..kereta sekarang ni pun dah pakai bermacam-macam teknologi macam hybrid, ABS dan sebagainya....dan kalau nak harap satu bidang ilmu je..memang tak bergerak la kereta tu nanti..
honda
Honda FIT hybrid terbaru ( 36.4km/litre)

dan sebenarnya tadi aku habis satu lecture pasal finance..habis segala benda pasal interest bank la..loan la..padahal aku rasa takde kaitan pun dengan bidang aku..tapi ni satu kenyataan yang memang perlu kita hadam..

sebab tak kira apa yang kita pilih mula-mula dahulu..sebenarnya di hujung perjalanan kita nanti kita akan nampak bahawa segalanya berkaitan antara satu sama lain..dan perjalanan ini yang akan menghasilkan invention yang mungkin boleh mengubah dunia..siapa tahu kan ??hehe

kalau anda yang ambil jurusan lain tu macam mana ye?? teringin nak tahu :)

p/s: kalau dapat la kereta macam kat atas tu..memang jimat la duit minyak setiap bulan :P


Tuesday, October 15, 2013

ALS ( Amyotrophic Lateral Sclerosis)

ALS

Assalamualaikum wbt.

kalau anda tengok tajuk hari ini mesti ada yang rasa " ape kebendanye ni ?? "..sebenarnya hari ini aku nak bercerita sedikit mengenai penyakit ALS ni dari lecture yang aku dengar semalam..so kalau ada apa-apa yang salah anda jangan malu-malu nak betulkan tau..sebab lecture tu dalam japanese..so tak semestinya semua yang prof tu cakap aku paham kan..hehe

ALS ni senang cerita boleh dikatakan lumpuh la..dalam bahasa yang lebih senang ialah anda tak mampu nak gerakkan tubuh badan dengan kehendak sendiri..penyakit ni boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan punca kepada ALS ni masih lagi kabur..

penyakit ni biasanya mula terjadi masa umur kita mencecah 50-an dan ada juga kes yang berlaku lebih awal tau..dan berita buruk pasal ALS ni ialah ia masih tiada penawar sampailah sekarang..

kebiasaannya ALS ni akan menyerang sedikit demi sedikit..bermula dari kaki anda mula tak berfungsi..lepas tu badan..tak boleh bercakap..dan sampailah ke stage terakhir iaitu anda dah tak mampu untuk bernafas..dan pada masa tu memang ke kubur dah la jawabnya..

apa yang menarik pasal lecture ni, kita didedahkan dengan satu pemikiran baru..yang memang betul-betul terjadi zaman sekarang..dengan teknologi zaman sekarang yang semakin canggih, banyak je alatan yang telah dicipta untuk membolehkan pesakit ni bernafas seperti dengan menggunakan jantung artificial dan sebagainya..

tapi apa yang mengejutkan, ramai juga yang menolak untuk menggunakan alatan ni tau..dan mereka lebih rela meninggalkan dunia ini..rata-rata daripada mereka memberikan alasan tidak mahu menyusahkan keluarga masing-masing..sebab kalau guna alatan ni, pengawasan 24 jam amat diperlukan..

kalau anda masih kabur pasal ALS ni, aku sarankan untuk anda tengok cerita 1 litre of tears.."cerita apa tu ??" ni cerita pasal seorang penghidap ALS ( heroin kat atas )..serius sedih kot..kalau tak nangis memang tipu la weii..hehe

so apa ye pendapat anda pasal topik ni ?? cuba bayangkan anda ditempat mereka..apa tindakan anda ye??

jom kongsikan di bawah tau :)

Saturday, October 5, 2013

merajuk atau curang ??

merajuk
sumber google
Assalamualaikum..siapa suka merajuk ?? angkat tangan sikit..hehe..dan siapa pula dekat sini yang suka curang?? meh aku bagi tangan kat orang macam ni..hee

kalau kita baca di internet, ramai yang mengatakan income dari BE atau CPUV nuffnang ni amat masyuk kalau trafik kita tinggi..tapi aku masih tak tahu setinggi mana yang diperlukan untuk masuk ke dalam kategori masyuk tu..mungkin 1000 UV sehari??

dan nak dijadikan cerita, hari ini telah masuk income dari salah satu BE yang dah hampir sebulan setengah menari-nari dekat blog aku ni..dan agak pelik juga dengan income BE tu sebab aku rasa income CPC lagi banyak jumlahnya jika dibandingkan dalam satu tempoh yang sama..

so dengan perasaan tawar hati dekat cik nuff ni aku mula la mencari isteri baru..yang mungkin boleh memberi lebih servis dari cik nuff kita ni..dan akhirnya setelah ditilik-tilik aku memilih untuk turut bersama 8share dan churpchurp..

agensi pengiklanan ni satu klik dapat 20 sen..dan bagi sesiapa yang rasa iklan blog dia lebih menjana pendapatan dari CPC berbanding CPUV.. mungkin ini adalah jawapan yang anda cari-cari selama ini..kot??

so kesimpulannya aku letak ketiga-tiga agensi pengiklanan kat blog ni..adil la seorang dapat satu ruang kan??

so apa pendapat anda semua mengenai perkara ni?? yang mana lebih bagus ye?? pendapat blogger veteran amat diperlukan :)
nota kaki : Alhamdulillah setelah hampir 2 bulan sejak aku kembali aktif, income nuffnang aku dah berjaya masuk ke jumlah yang dah boleh ditunaikan..terima kasih ye kepada semua yang menyokong biskutcelup selama ini..sayang korang ketat-ketat tau :)





Friday, October 4, 2013

ikhlaskah aku ??

niat
Assalamualaikum..

entri kali ini aku ingin ajak anda berfikir sejenak..apakah tujuan sebenar kita belajar ye ??

" lillahi taala.. "

" untuk mak bapak.. "

siapa yang jawab macam kat atas ni tak aci la..sebab tu memang jawapan yang memang tak boleh kita pertikaikan langsung..jenoh la kalau dalam exam nanti korang asyik jawab macam tu je..konfem cikgu pun pening nak bagi betul atau salah kan..so jawapan macam tu kita simpan dulu ye..

aku rasa rata-rata akan jawab sebab exam..betul tak ?? ke aku sorang je rasa macam tu ??hehe

dan hasil dari niat yang terpesong ni..aku rasa ramai je antara kita yang kalau disoal semula perkara yang pernah kita belajar dahulu tu sekarang..pasti ramai (termasuk aku) yang hanya mampu tersenyum simpul je..sebab semua perkara tu terus hilang sejurus lepas kita jawab exam..

tapi ni terkecuali la bagi perkara-perkara amali ye..sebab amali biasanya tahan lama sikit..

so pernah tak anda terfikir macam ni..

" aku belajar sebab aku NAK belajar.."

kalau ada niat macam ni, inshaAllah ilmu tu akan bertahan lama di dalam diri kita..dan aku ada beberapa kawan yang memang perangai macam ni..dan aku dapat lihat sendiri result dorang memang meletup dari orang yang belajar semata-mata kerana peperiksaan..

>>>----------------------------------------------<<<

dan sebenarnya ceritanya macam ni, semester ni aku ada ambil beberapa subjek tapi tak daftar pun..so bila tak daftar bermakna tiadalah exam kan..cuma datang semata-mata nak belajar..

kejappp!! aku bukan nak membangga diri ke apa tau..aku just nak berkongsi je dengan anda semua..sebenarnya kalau belajar tanpa ada tekanan risau pasal exam dan result inshaAllah kita akan rasa lebih semangat nak belajar..

sebab utama ialah korang tak perlu risau pun pasal kena hafal benda-benda tu untuk exam..so korang boleh belajar dengan santai je kan :)

tapi ada satu syarat : PASTIKAN CREDIT HOUR UNTUK GRAD DAH CUKUP

jangan gatal-gatal tak nak daftar pulak kalau tak cukup benda ni..karang tak pasal-pasal tak dapat grad :O

so ada sebarang pandangan atau cadangan pasal perkara ni ?? kalau ada boleh anda kongsikan di bawah ye :)