Thursday, October 3, 2013

Terhangat dari jepun

cik maira

Assalamualaikum..entri hari ini khas atas permintaan cik maira dan disebabkan ramai yang mintak aku update pasal drama jepun ni, so aku bercadang untuk buat satu ruangan baru kat sidebar di sebelah kanan ni khas untuk drama-drama jepun dan juga anime.

untuk pengetahuan anda, drama di jepun sebenarnya disiarkan bermusim tau..so akan ada 4 jenis drama sepanjang tahun selaras dengan 4 musim yang ada di jepun iaitu spring, summer, fall dan winter.

dan sekarang ni sebenarnya baru je habis drama untuk musim panas dan bulan 10 ni bermulalah drama untuk musim luruh pula..

dan disebabkan aku sendiri adalah kaki drama jepun dan member baik (japenese) aku pula jenis otaku, so aku rasa update mengenai drama-drama dan juga anime yang tengah femes di jepun ni aku dapat dengan agak cepat..

tapi mungkin taste orang jepun agak berbeza kot dengan taste orang kita..so aku tak boleh janji drama yang aku rekomen nanti masuk dengan citarasa anda semua ye..

dan aku juga tahu gelombang drama jepun mungkin tak sehebat drama korea di negara kita..so nak tengok atau tak tu terpulanglah ye..aku tak paksa..aku cuma menyampaikan apa yang tengah hot kat sini je..dan mungkin ada jugak beberapa drama lama yang aku rasa best :)

 so untuk permulaan aku rekomen 2 drama jepun ni ye : 

yamapi


season 1

season 2 bakal ditayangkan minggu hadapan.

untuk list anime nanti aku susun dekat entri lain..so bagi sesiapa yang ada masa lapang jemputlah tonton ye.

dan bagi sesiapa yang ada cadangan atau request boleh kongsi kat bawah ..aku akan jawab selagi termampu :)




2 comments:

  1. nak request jugak bole? hehe..cerita la sikit tentang jenis jenis bunga yg ada kat jepun kalau bole dengan gambar sekali :)

    ReplyDelete
  2. Dah hampir setahun Akmal tak update. Rindu nak baca blog ni. Sesekali terjah jugak.. Nanti share lah pasal anime! hehe

    ReplyDelete