Showing posts with label ALS. Show all posts
Showing posts with label ALS. Show all posts

Tuesday, October 15, 2013

ALS ( Amyotrophic Lateral Sclerosis)

ALS

Assalamualaikum wbt.

kalau anda tengok tajuk hari ini mesti ada yang rasa " ape kebendanye ni ?? "..sebenarnya hari ini aku nak bercerita sedikit mengenai penyakit ALS ni dari lecture yang aku dengar semalam..so kalau ada apa-apa yang salah anda jangan malu-malu nak betulkan tau..sebab lecture tu dalam japanese..so tak semestinya semua yang prof tu cakap aku paham kan..hehe

ALS ni senang cerita boleh dikatakan lumpuh la..dalam bahasa yang lebih senang ialah anda tak mampu nak gerakkan tubuh badan dengan kehendak sendiri..penyakit ni boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan punca kepada ALS ni masih lagi kabur..

penyakit ni biasanya mula terjadi masa umur kita mencecah 50-an dan ada juga kes yang berlaku lebih awal tau..dan berita buruk pasal ALS ni ialah ia masih tiada penawar sampailah sekarang..

kebiasaannya ALS ni akan menyerang sedikit demi sedikit..bermula dari kaki anda mula tak berfungsi..lepas tu badan..tak boleh bercakap..dan sampailah ke stage terakhir iaitu anda dah tak mampu untuk bernafas..dan pada masa tu memang ke kubur dah la jawabnya..

apa yang menarik pasal lecture ni, kita didedahkan dengan satu pemikiran baru..yang memang betul-betul terjadi zaman sekarang..dengan teknologi zaman sekarang yang semakin canggih, banyak je alatan yang telah dicipta untuk membolehkan pesakit ni bernafas seperti dengan menggunakan jantung artificial dan sebagainya..

tapi apa yang mengejutkan, ramai juga yang menolak untuk menggunakan alatan ni tau..dan mereka lebih rela meninggalkan dunia ini..rata-rata daripada mereka memberikan alasan tidak mahu menyusahkan keluarga masing-masing..sebab kalau guna alatan ni, pengawasan 24 jam amat diperlukan..

kalau anda masih kabur pasal ALS ni, aku sarankan untuk anda tengok cerita 1 litre of tears.."cerita apa tu ??" ni cerita pasal seorang penghidap ALS ( heroin kat atas )..serius sedih kot..kalau tak nangis memang tipu la weii..hehe

so apa ye pendapat anda pasal topik ni ?? cuba bayangkan anda ditempat mereka..apa tindakan anda ye??

jom kongsikan di bawah tau :)