Showing posts with label berita semasa. Show all posts
Showing posts with label berita semasa. Show all posts

Friday, October 25, 2013

Bajet 2014 - Ketahui Hak Anda ! !

najib

Assalamualaikum wbt..

Harini seperti yang anda semua tahu PM kita telah pun membentangkan Bajet 2014..dan banyak pendapat yang aku dengar tentang bajet ni dari dari yang positif sampailah yang negatif sehabis-habisnya..

dan untuk memudahkan anda, kat sini aku terjumpa satu info yang merumuskan beberapa perkara penting dalam bajet 2014 kali ini.

rumusan

antara perkara yang banyak disebut-sebut ialah pengenalan cukai GST dan kenaikan harga gula betul tak ?? tapi aku rasa sebelum kita komen bukan-bukan kat facebook tanpa ilmu didada dan akhirnya memalukan diri sendiri..lebih baik kita baca dulu betul-betul mengenai bajet 2014 ni..dan lepas tu kalau nak sembang tak puas hati ke apa terpulanglah..sebab at least kita faham apa yang kita tak puas hati betul tak ??

info detail


so kalau rajen teliti la betul-betul bajet 2014 ni..ada baik dan buruknya bajet kali ini..dan mana tahu kot ada dimana-mana dalam bajet kali ini yang menjadi hak kita tapi kita tak apply pun sebab kita tak rajin membaca..so janganlah kita tergolong dalam golongan yang rugi okey :)

so apa pendapat korang pasal bajet 2014 ni ?? jangan komen tanpa ilmu..nanti diri sendiri yang malu :P

Wednesday, October 23, 2013

Taufan Francisco melanda jepun

2013

Assalamualaikum wbt.

Yeayyy..taufan datang lagiii =.=" aku rasa dah kali berapa dah aku asyik bercerita pasal taufan dalam bulan ni kan?? dan kali ini agak teruk sikit kot..sebab macam anda boleh lihat dalam gambar di atas, laluan taufan (belah kiri) tu memang betul-betul melalui jepun..

kalau sebelum ni taufan-taufan yang datang cuma lalu tepi je..tu pun angin dah macam apa kan ?? untuk pengetahuan anda, taufan kali ni dinamakan taufan Francisco..atau orang jepun panggil taifu no 27..

" no 27 ??"

aah..ni bermakna taufan Francisco ni taufan ke 27 yang terbentuk untuk tahun ni..banyak tak ?? dan macam korang boleh lihat lagi, kali ni macam ada dua taufan yang datang serentak..iaitu taufan no 28 ( taufan Lekima )..tapi Lekima ni tak lalu jepun sangat pun..cuma lalu tepi je..tapi konfem terasa jugak nanti tempias angin tu..

2013

ni pula jadual untuk taufan kali ini..tempat aku berada dalam row ketiga dari atas..line biru ialah hujan lebat..dan line kuning ialah angin kencang..so bermula harini dah ada start dah hujan sikit-sikit..dan sabtu nanti angin ribut pulak..memang tak kemana la minggu ni..tergendala entri melancong lagi =.=

so kalau sesiapa rasa nak melancong ke jepun musim luruh ni..aku nasihatkan fikir dua atau tiga atau empat kali dulu..nanti book flight tiket mahal-mahal..tapi tak kemana sebab taufan sana sini..

untung Malaysia kurang bencana alam kan ?? hehe :)


Monday, September 23, 2013

Menteri cadang naikkan harga gula

harga gula
Datuk Dr S Subramaniam

SEGAMAT - Kerajaan hari ini disaran mengurangkan subsidi harga gula secara berperingkat sebagai langkah menggalakkan rakyat mengurangkan penggunaan bahan itu dalam makanan dan minuman sekaligus mengurangkan penghidap diabetes.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata: "Setakat ini bilangan penghidap diabetes di negara ini telah meningkat kepada 2.6 juta orang atau 15 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.  

"Ini semua berlaku kerana rakyat kita tidak mengawal penggunaan gula dalam makanan dan minuman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen kesedaran diabetes dan gaya hidup sihat Parlimen Segamat di Dewan Orang Ramai Pekan Buloh Kasap di sini.  

Menurutnya penyakit kencing manis (diabetes) menjadi masalah besar kepada negara kerana mereka yang menghidap penyakit itu akan berisiko mengidap penyakit lain seperti masalah penglihatan dan penyakit buah pinggang.

Setakat ini katanya, dilaporkan terdapat seramai 16,000 orang pesakit buah pinggang dalam senarai menunggu untuk mendapatkan pemindahan organ itu daripada penderma yang purata hanya terdapat seramai 40 hingga 50 orang setahun.

Beliau turut mencadangkan agar pekedai makanan dan minuman tidak mencampurkan gula dalam minuman yang dipesan pelanggan sebaliknya meletakkan gula dalam bekas berasingan supaya pelanggan boleh membuat pilihan sama ada menggunakan gula atau sebaliknya dalam minuman. - Bernama

sumber : sinarharian.com


-----------------------------------------------------------------biskutcelup-----------------------------------------------------------------

kalau harga rokok naik sebab nak kurangkan bilangan perokok tu aku masih sokong..sebab rokok bukan keperluan asas bagi semua orang..tapi gula ni satu keperluan asas kot..

ke nak try ganti gula dengan garam?? 

boleh la try rasa kek masin lepas ni kan =.="

bagi aku untuk atasi masalah diabetes ni bukanlah dengan menaikkan harga gula..sebab gula ni orang bukan diabetes pun masih guna jugak kan??so kerajaan perlu fikir satu langkah yang hanya akan tertumpu kepada golongan sasaran je..

lagipun apabila harga gula naik, harga makanan yang lain pasti akan turut naik..betul tak??

"jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga"

macam-macam la senario zaman sekarang kan..apa pendapat korg pasal isu ni ye??

--CHATBOX--




Tuesday, September 17, 2013

Taufan Man Yi meLanda Jepun

banjir
sumber google


Assalamualaikum wbt..kalau korg tengok berita semalam mesti korg ada terdengar isu taufan man yi yang melanda jepun kan??

blog

terima kasih ye kat kak aiza sebab perihatin dengan keselamatan kami kat sini..untung ada kawan-kawan yang selalu ambil berat kan walau kita hanya kenal di dunia maya :)

instagram

untuk pengetahuan korg, memang semalam ada taufan kuat yang terjah tempat aku ni..dan kalau korg tengok weather forecast untuk kawasan aku, memang angin sangat kuat semalam (tengok bilangan arrow)..dan perkataan sebelah ikon warna hijau tu bermaksud 台風(taifu) iaitu taufan..

dan semalam memang agak kecoh je dengan pengumuman oleh pihak bandar dengan amaran hujan lebat akan melanda tempat aku..sebab tu satu hari terpaksa lepak rumah je..

orang hilang

dan bila aku bukak tv malam tadi, perghh !! ingatkan taufan kali ni biasa-biasa je macam yang selalu datang..tapi rupanya taufan kali ni agak ganas..sebab hampir 200 rumah dinaiki air dan kalau korg tengok kat gambar di atas, ada 2 orang disyaki hilang dibawa air deras..( based on berita semalam la)

kalau korg baca di berita malaysia pulak, lebih 300 000 orang diarah pindah dan kelajuan taufan ni selaju 162 km..so memang patut la tingkap aku bergegar macam nak pecah je kena tiup angin =.="

tetapi Alhamdulillah kawasan tempat tinggal aku agak berbukit so memang air tak kan dapat naik..dan setakat ni takda lagi aku dengar orang kita ada apa-apa masalah..

siapa cakap jepun semua best, ada je benda tak best sebenarnya..huhuhu :D

p/s: ada yang bertanya keadaan hari ini macam mana..so aku jawab dengan gambar kat bawah ye :)

17/09/2013