Assalamualaikum wbt.
Yeayyy..taufan datang lagiii =.=" aku rasa dah kali berapa dah aku asyik bercerita pasal taufan dalam bulan ni kan?? dan kali ini agak teruk sikit kot..sebab macam anda boleh lihat dalam gambar di atas, laluan taufan (belah kiri) tu memang betul-betul melalui jepun..
kalau sebelum ni taufan-taufan yang datang cuma lalu tepi je..tu pun angin dah macam apa kan ?? untuk pengetahuan anda, taufan kali ni dinamakan taufan Francisco..atau orang jepun panggil taifu no 27..
" no 27 ??"
aah..ni bermakna taufan Francisco ni taufan ke 27 yang terbentuk untuk tahun ni..banyak tak ?? dan macam korang boleh lihat lagi, kali ni macam ada dua taufan yang datang serentak..iaitu taufan no 28 ( taufan Lekima )..tapi Lekima ni tak lalu jepun sangat pun..cuma lalu tepi je..tapi konfem terasa jugak nanti tempias angin tu..
ni pula jadual untuk taufan kali ini..tempat aku berada dalam row ketiga dari atas..line biru ialah hujan lebat..dan line kuning ialah angin kencang..so bermula harini dah ada start dah hujan sikit-sikit..dan sabtu nanti angin ribut pulak..memang tak kemana la minggu ni..tergendala entri melancong lagi =.=
so kalau sesiapa rasa nak melancong ke jepun musim luruh ni..aku nasihatkan fikir dua atau tiga atau empat kali dulu..nanti book flight tiket mahal-mahal..tapi tak kemana sebab taufan sana sini..
untung Malaysia kurang bencana alam kan ?? hehe :)






