Showing posts with label iklan. Show all posts
Showing posts with label iklan. Show all posts

Wednesday, November 13, 2013

Tarikh Rasmi Keputusan PMR 2013 Diumumkan Keluar

PMR 2013

Tarikh Rasmi Keputusan PMR 2013

Tarikh rasmi keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2013 bakal diumumkan dalam masa yang terdekat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Mengikut kronologi tarikh pengumuman keputusan PMR bagi tahun-tahun yang lalu seperti di bawah :
  • Keputusan PMR 2010 : 23 Disember 2010
  • Keputusan PMR 2011 : 22 Disember 2011 
  • Keputusan PMR 2012 : 19 Disember 2012
dijangkakan keputusan PMR bagi tahun ini akan diumumkan pada 19 Disember 2013. Semoga adik-adik yang mengambil peperiksaan ini akan mendapat keputusan yang cemerlang dan gemilang.


Friday, November 1, 2013

Tarikh Rasmi Keputusan UPSR 2013 Diumumkan


Tarikh Rasmi Keputusan UPSR 2013

Tarikh rasmi keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2013 bakal diumumkan dalam masa yang terdekat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Mengikut kronologi tarikh pengumuman keputusan UPSR bagi tahun-tahun yang lalu seperti di bawah :
  • Keputusan UPSR 2010 : 11 November 2010
  • Keputusan UPSR 2011 : 17 November 2011 
  • Keputusan UPSR 2012 : 19 November 2012
dijangkakan keputusan UPSR bagi tahun ini akan diumumkan pada minggu ke 3 bulan November. Semoga adik-adik yang mengambil peperiksaan ini akan mendapat keputusan yang cemerlang dan gemilang.

*update : tarikh rasmi keputusan UPSR 2013 adalah pada 14 November 2013

Wednesday, October 23, 2013

Semakan Keputusan Biasiswa Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2013

2013

Semakan Keputusan Biasiswa Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2013

Adalah dimaklumkan bahawa keputusan permohonan penajaan JPA di bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) bagi tahun 2013 dijangka hanya akan diumumkan pada 15 November 2013.

Semakan boleh dibuat di : http://esilav2.jpa.gov.my/

Friday, October 18, 2013

kisah 4 angka

4



Assalamualaikum..

Ada apa ya dengan angka 4 ?? Bagi sesiapa yang tak perasan ada tab "My Shop" kat atas tu, sebenarnya aku ada buat bisness kecil-kecilan sambil belajar kat jepun ni..lepaslah sekadar nak tambah duit poket sikit kat sini.

dan nak dijadikan cerita, semalam setelah hampir sebulan lebih aku memulakan bisness ni..page Facebook bagi kedai aku ni berjaya mencapai 4 angka like..terima kasih ye kepada semua yang menyokong "Kedai Biskut Original" selama ini..

Tunjukkan sokongan anda di sini : Kedai Biskut Original

ada apa je dengan jumlah like ?? mungkin ada yang rasa jumlah like tidak memberikan apa-apa faedah pun..tapi bagi aku , jumlah like yang banyak secara tidak langsung boleh menunjukkan kepada customer kita bahawa kita menjalankan bisness dengan jujur dan inshaAllah boleh dipercayai..

so lepas ni aku akan cuba target 5 angka pulak..tapi tak tahu bila boleh cecah angka tu..doakan kejayaan aku ye ;)


Sunday, October 13, 2013

PERMOHONAN KE KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

permohonan online

PERMOHONAN KE KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

kepada adik-adik yang baru sahaja habis menduduki PMR 2013, jangan lepaskan peluang anda ye :)

syarat-syarat permohonan :
  • Warganegara
  • Tingkatan Tiga Tahun 2013
  • Sihat dan Sesuai Fizikal
  • Bebas daripada Penyakit Kronik
tarikh tutup permohonan : 25 disember 2013

untuk maklumat lanjut boleh rujuk di sini : http://apps.moe.gov.my/esptv/kvsptv_2013/

Thursday, September 19, 2013

cubaan 123

CUBAAN

kalau korg nampak ada benda pelik2 kat blog aku sila abaikan ye ^_^




Friday, September 6, 2013

Speak your minds by nuffnang and friends


jom ramai-ramai isi survey terbaru dari nuffnang bersama-sama advertiser yang lain..ada rezeki boleh dapat RM 1.00 bagi 1000 penyertaan terawal..

jom isi sebelum terlambat..seringgit pun rezeki jugak kan :) 

Wednesday, August 28, 2013

Permohonan Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam Di Bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2013

PIDN,biasiswa PIDN,JPA

kepada pelajar-pelajar yang layak dan berminat memohon biasiswa PIDN .

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan biasiswa jabatan perkhidmatan awam di bawah program ijazah dalam negara (PIDN) bagi mengikuti pengajian peringkat diploma dan ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam negara bagi sesi 2013/2014 dijangka akan dibuka pada bulan september 2013.

untuk maklumat lanjut boleh rujuk di sini : http://esilav2.jpa.gov.my/

**iklan sikit ye bagi sesiapa yang terlibat :)


Tuesday, August 27, 2013

PERMOHONAN SECARA ONLINE KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN SATU DAN TINGKATAN EMPAT DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)

permohonan ke sekolah berasrama penuh 2014

PERMOHONAN SECARA ONLINE KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN SATU DAN TINGKATAN EMPAT DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)

entry kali ni simple je dan takde kaitan dengan jepun pun ye..aku cuma nak bagi tahu yang permohonan kemasukan ke SBP dah nak dibuka bagi sesi kemasukan 2014

mungkin ada korg akan cakap, tak kisahlah sekolah ape pun yang penting dapat belajar..

fine, aku hormat pendapat korg tu..tapi sebagai seorang yang pernah bersekolah di sekolah biasa dan juga SBP, meh aku listkan sedikit kebaikan kalau berpeluang masuk ke SBP ni berbanding sekolah biasa

  • suasana untuk belajar tu lebih intense sebab persaingan sangat hebat
  • kualiti guru yang lebih hebat ( lebih berpengalaman )
  • banyak program-program untuk meningkatkan skill menjawab peperiksaan
  • jadual korg dah tersusun rapi..tinggal nak ikut je
  • bagi yg ingin ke oversea, nama SBP tu inshaAllah ada merit lebih bila korg memohon nak fly nanti

so, bagi sesiapa yang ada adik atau sedara yang ada minat nak masuk SBP, jangan lupa untuk try mohon bermula 1 september ni..inshaAllah kalau ada rezeki dapat la kan :)

untuk maklumat lanjut boleh rujuk di :

www.­moe.­gov.­my