Sunday, September 22, 2013

bersantai di rose cafe

kyoto

Assalamualaikum wbt..

hujung minggu tanpa sebarang aktiviti mesti terasa kosong je kan??so kali ni aku sempat menyinggah ke kedai yang agak menarik di kyoto ni.

"halal ke kedai ni..??"

semestinya tu persoalan pertama yang bermain di fikiran korg kan??hehe..sebenarnya aku pernah kongsikan mengenai kedai ni di entry japanese restaurant : rose cafe satu masa dahulu..so segala persoalan korg akan terjawab kalau korg rajin bace entry tu balik ye.

kyoto

menu kali ini yang aku order ialah Rose Cafe Plate Set yang berharga 900 yen..seperti yang korg boleh lihat dalam gambar di atas, set ni terdiri daripada chicken kebab yang dicincang halus bersama dengan grilled beef..dan ia disertai dengan nasi bersama sayur dan juga sup tomato (tiada dalam gambar).

*100yen bersamaan RM 3.50

dan markah untuk menu ni aku boleh bagi macam kat bawah ye..
  • taste : 4/5 rating
  • price : 4/5 rating
mungkin ada orang akan cakap setakat satu pinggan macam ni je dah dekat 30 ringgit..murah apanya macam tu??sila faham ye taraf hidup jepun bagaimana..kalau dapat makanan yang bawah 1000 yen tu dah dikira murah kot kat sini..tapi yang paling menarik pasal tempat ni ialah ia 100% dijamin halal..bukan senang tau nak jumpa kedai halal kat jepun ni..

so apa pendapat korg pasal menu ni? berminat atau biasa-biasa je?

bagi aku yang tinggal di negara bukan islam kedai halal macam ni memang semestinya salah satu pilihan terbaik di sini :)







1 comment:

  1. living in Japan....that is consider cheap! look delicious!!!

    ReplyDelete