Showing posts with label sushi di jepun. Show all posts
Showing posts with label sushi di jepun. Show all posts

Wednesday, September 11, 2013

Bullet train di kedai sushi

kaiou sushi


Assalamualaikum wbt..baru-baru ini ada kedai sushi baru yang dibuka berdekatan dengan tempat tinggal aku. so entry kali ni aku nak bercerita pasal pengalaman aku menjamu selera kat kedai sushi ni ye ^_^

bagi korg yang masih tak familiar dengan cerita sushi di jepun, aku amat sarankan korg supaya membaca entry Jepun dan Sushi terlebih dahulu sebelum korg baca entry kali ni dengan lebih lanjut..baru korg tak tertanya-tanya pasal halal semua tu nanti kan..

kedai sushi kali ini dinamakan かいおう(kai-ou)sushi yang bermaksud raja laut dari pemerhatian aku la..dan kalau korg tengok kat gambar di atas ada tertulis 回転寿司(kaiten-sushi)..

"ape benda tu kaiten sushi tu?"

ha!!nampak sangat korg tak baca lagi entry Jepun dan Sushi tu..so apa tunggu lagi? rajin-rajinkan diri untuk menambah ilmu pengetahuan korg tu ye :)

berbalik kepada cerita kedai ni, harga sushi kat kedai ni tidaklah semurah sushiro yang pernah aku perkenalkan dahulu.sushi kat kedai ni terbahagi kepada 2 harga iaitu 100yen dan 150 yen (tak termasuk 5% gov tax)..

**buat peringatan korg 100yen bersamaan RM3.50

apa yang menarik di kedai ni ialah bahan-bahan sushi yang dijual dipotong sendiri oleh chef yang ada dan korg sendiri boleh tengok chef tersebut memotong ikan dan sebagainya sambil korg menjamu selera..so memang konfem la rasa sushi kat sini memang fresh dari ladang(?) kan??heee

kaiou sushi
*sumber google

tu baru kejutan pertama, lepas kitorg duduk je kitorg sekali lagi terpegun melihat cara nak order sushi pun agak menarik..dah tak main dah panggil waiter ataupun tekan-tekan screen antik ni, kat sini semua order pakai tab je..korg slide je apa korang rasa best dan terus boleh order ke meja korg..

order menu

tak cukup dengan tab tu, bila makanan yang korg order tu sampai pun korg akan terpegun sekali lagi..sebab apa? biasanya sushi yang korg order akan dihantar melalui laluan macam kat bawah ni..

menu

tapi bagi kedai ni, ada sedikit kejutan dengan cara penghantaran menu yang korg order..nak tahu bagaimana? rajinkan diri klik video dibawah..aku pasti korg tak kan menyesal :)


seperti yang dijangkan, menu-menu di sini memang terbaik + fresh dan harganya sangat murah jika dibandingkan dengan kualiti sushi yang dihidangkan..sedar tak sedar banyak sushi yang aku terlahap kat situ =.="

menu kaiou sushi

dan hasil dari 4 orang makan kami berjaya mengumpul pinggan seperti di bawah..

kaiou sushi

ni kira sedikit je sebenarnya..ada kawan aku yang boleh melahap 20 pinggan untuk dia sorg je..tapi bagi aku 10 pinggan pun dah cukup dah..nanti kalau melahap banyak-banyak dompet aku pulak yang kebulur nanti kan..huhu

so apa pendapat korg tentang kedai ni? kalau ada kat Malaysia korg nak pergi nak? ke korg still prefer kedai macam sushi king je ? jom kita bincangkan di ruangan komen ye.

p/s: kalau korg tak tengok video tu memang korg tak faham la kaitan tajuk dan artikel ni =P



POLL TERBARU DAH SIAP ^_^





Sunday, August 18, 2013

Jepun dan Sushi

sushi,jepun,sushi sedap,halal,

sushi di jepun


Assalamualaikum wbt..

Sushi dan Jepun memang dua perkara yang memang tak kan dapat dipisahkan..kalau korg dengar je perkataan jepun, konfem sushi bende pertama yang terbayang kat fikiran korg kan..hehe

entry kali ni aku nak perkenalkan kat korg antara tempat yang sangat murah best kalau korg nak makan sushi kat jepun..tempat ni memang biasa student-student macam aku melepak dan jangan risau pasal kehalalan sebab InshaAllah kitorg memang dah konfemkan dulu sebelum kitorg terjah tempat ni..

スシロー (shu-shi-ro) ni memang tak asing lagi bagi penggemar sushi terutamanya di kalangan student dan orang jepun yang dari golongan sederhana sebab harganya yang sangat berpatutan iaitu 100yen untuk satu set/pinggan..

kalau korg nak tahu, sushi ni biasanya dihidangkan dalam 2 cara iaitu kaiten zushi ( sushi yang berpusing-pusing) macam korg tengok dekat sushi king tu..dan satu lagi ialah sushi yang perlu korg order dan akan dihantar ke meja korg..
kaiten,sushi,sushiro,
**kaiten zushi
kaiten sushi biasanya lebih murah dari sushi yang perlu korg order dan harga sushi kalau korg salah pilih tempat boleh mencecah 2000yen ke 3000yen per set/pinggan..so hati-hati bila nak pilih tempat ye sebab risau bila perut kenyang wallet pulak kelaparan nanti kan..hahaha

kalau korg tengok kat gambar di atas tu, pinggan tu berwana kuning kan??

sebenarnya warna pinggan pon ada maksudnya tau..kalau warna kuning bermakna sushi tu ada wasabi dan kalau putih tiada wasabi..rasa wasabi ni aku tak tau nak explain macam mana,.dia tak pedas macam sos cili kita tu tapi lebih kepada berangin dan satu perasaan yang pelik??haha  

wasabi,pedas,pelik,sushi
wasabi
tapi jangan risau sebab korg boleh je mintak わさび抜き(wasabi-nuki) iaitu korg mintak dibuangkan wasabi dari sushi yang korg nak.

tapi hati-hati masa memilih sushi jugak ye..seriusly jangan ambik sushi yang ada tulis 豚(bu-ta) dan ハム (ham)..buta tu bukannya buta mata (blind) tu ye..ni buta yang bermaksud cik khinzir tu..so hati-hati dengan perkataan ni okey..

sushi jepun kalau nak dibandingkan dengan sushi malaysia, memang macam langit dengan bumi kot..texture dan rasa sushi kat sini memang superb dan aku memang recommend korg try benda ni kalau korg datang sini ye..kat bawah ni ada sikit-sikit jenis sushi feveret aku yang korg boleh try :)

sushi,sushiro,ebi,basil,udang,prawn
ebi basil

sushi,sushiro,salmon,basil,cheese
salmon cheese

sushi,sushiro,ebi,cheese,udang,prawn
ebi cheese

sushi,sushiro,salmon,basil,halal
salmon basil
sebelum aku tamatkan entry ni, teringin nak tau pengalaman korg makan sushi kat malaysia..kot-kot ada kedai selain sushi king yang korg pernah try ke..jom kongsi kat bawah ye ^^