Sunday, August 11, 2013

Jepun dan Sampah


sampah di jepun


ごみ( go-mi) ataupun sampah ni bukanlah something yang kita rase satu isu yang berat dalam kalangan orang Malaysia. aku bukan nak cakap orang Malaysia ni jenis xkisah pasal sampah, cuma kalau kita lihat di Malaysia, sampah boleh kita buang di mana2 dan pada bila2 masa.

So, cara kita deal dengan sampah di Malaysia boleh dikatakan agak ringan jika kita bandingkan dengan Jepun dan kita sering merungut kenapa Malaysia masih kotor dari dulu hingga kini dan maybe sampai bila2..lol

Di jepun, kalau kita berjalan di bandar2 besar mahupun pekan2 kecil, amat susah untuk kita jumpa walaupun sedikit sampah walaupun botol plastic sekalipun. Maybe ada je tempat yang kotor tapi sepanjang aku hidup dekat sini, seriously aku xpenah jumpa tempat macam tu.

bagi aku la, sifat orang jepun yang utamakan kebersihan ni memang telah dipupuk sejak dorg kecil lagi dan ni boleh kita lihat dari macam mana dorg deal dengan cara pembuangan sampah dorg sendiri.

di jepun, sampah hanya boleh dibuang pada hari2 tertentu mengikut jenis sampah tu sendiri.sebagai contoh, plastic hari isnin dan khamis, combustible waste hanya boleh dibuang hari rabu dan jumaat dan sebagainya.

ada juga jenis sampah yang boleh dibuang hanya 2 atau 3 hari dalam sebulan dan setiap jenis sampah ni ada plastik sampah mereka yang tersendiri. dan bagi sampah seperti botol plastik , gelas dan tin, korg perlu basuh dulu benda2 tu before korang buang.

ape akan jadi kalau korg xikot peraturan ni??

masa sampah tu dibuang, korg perlu tulis no rumah korg dekat plastik sampah masing2.So kalau orang yang deal dengan sampah tu dapat tangkap korg main tibai je buang sampah, dia sendiri akan hantar balik sampah tu dekat rumah korg untuk korg asing2 kan balik.

so daripada malu kena marah, baik kita ikut je peraturan kan..hahaha

ni contoh jadual pembuangan sampah di jepun


p/s : aku tahu je kat Malaysia pon ade recycle semua nih, but kalau kita tengok betol2 berapa sangat je yang betul2 buat benda tu kan ^^






6 comments:

  1. bestkan kalau dari awal dah ada peraturan macam ni kat malaysia..

    yang mudah macam hari sabtu tanpa beg plastik tu pun masih ada yang xbuat ini kan pula sampah yang nak ikut peraturan segala macam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan..tapi xpe..kita mulakan sikit2..iA makin lama makin baik ^^

      Delete
  2. Replies
    1. aah..tapi mula-mula nak ikot tu susah jgk sebab dah terbiasa dengan stail malaysia..haha

      Delete
  3. isu ni memang saya suka.sebelum ni saya duduk di Melaka.melaka dikatakan negeri terbersih di malaysia nikan.lepas tu pindah plak dekat klang.Yaa Allah..saya sampai mengutarakan pendapat tentang jadual pengutipan sampah di kawasan rumah saya tinggal sekarang semasa majlis perbandaran klang mengadakan perjumpaan bersama pelanggan.bagi pendapat saya kesederan mengenai kebersihan atau pemeliharaan alam sekitar perlu dibenih semasa kecil.dan yang paling utama sekarang adalah cara kerja yang sistematik perlu dilaksanakan oleh majlis perbandaran.sebagai contoh..majlis perbandaran perlu memberi jadual hari pengutipan sampah.bukan pe.kengkadang letak sampah depam rumah,,lori sampah tak datang anjing plak yang mengais.complain punye complain..takde jugakkkkkk.tu yang geram tu dengan cara kerja.(sory la panjang plak comment saya kat sini).hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..isu ni nampak ringan tapi kalau kita sendiri yg rasa baru rase berat sgt sebenarnya isu ni..dulu rumh sy kat malaysia same cmni jgk..letak smpah kat lua pastu anjing dok bagi sepah..geram je tgk >.<

      Delete