Showing posts with label kawasan pelancongan. Show all posts
Showing posts with label kawasan pelancongan. Show all posts

Sunday, November 17, 2013

kiyomizudera (清水寺) illumination

sakura
sumber : google

Assalamualaikum wbt...

sekejap je rasanya masa berjalan kan ?? tak sedar pun rupa-rupanya dah hampir separuh musim luruh berlalu meninggalkan kita..dan seperti biasa, musim luruh ni tak sah tau kalau kita tak pergi tengok kouyou (紅葉) atau dalam bahasa yang lebih senang pergi menikmati keindahan musim luruh ni..

tempat kali ni yang sempat aku lawati dinamakan kiyomizudera (清水寺) yang terletak di kyoto. tempat ni merupakan temple Buddhist yang juga merupakan salah satu tempat perlancongan yang wajib terjah kalau melancong area kyoto ni.

anda cuma perlu menaiki bas no 100 ataupun 206 dari kyoto station dan perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 15 minit..dengan tambang sebanyak 220 yen ( bas kyoto memang semua 220 yen je untuk kemana-mana ).

tempat ni dibuka dari 9 pagi sampai 4 petang pada hari-hari biasa dan akan ada special night opening sekali pada setiap musim selama lebih kurang 2 minggu lebih atau bergantung juga kepada musim ..night opening ni pula dibuka dari 6:30 petang sampai 9:30 malam je dan tiket masuk adalah berbeza dari harga biasa.

so kat sini ada sikit-sikit gambar yang sempat aku snap semasa aku terjah tempat ni hari tu ye (>'.')>

illumination

illumination

illumination

illumination

illumination

macam biasa, apa ye pendapat anda semua pasal tempat ni ?? personally aku lebih suka pergi waktu malam sebab view lagi lawa :)




Monday, October 14, 2013

tasik terbesar di jepun

shiga

Assalamualaikum wbt.

Sebelum aku mula bercerita, aku nak tanya satu soalan pengetahuan am sikit boleh ?? apakah tasik air tawar terbesar di Malaysia??ha..jawab cepat jawab..hehe

jawapannya ialah tasik Bera yang ada di pahang tu..dan mengikut cik wiki, tasik bera ni seluas 61.5 km persegi..besar giler kan ??

tapi kali ini aku bukanlah nak promote cuti-cuti malaysia ke pahang ke ape tau..sebenarnya kali ni aku nak cerita pasal tasik air tawar terbesar di jepun..yang cuma 15 minit je kalau naik basikal dari rumah aku =.="

shiga

tasik ni dinamakan biwako atau orang putih panggil " biwa lake "..jangan korang panggil biwako lake pulak ye..sebab "ko" tu dah bermaksud tasik dah..

tasik ni seluas 670.4 km persegi tau..so kalau dibandingkan dengan tasik bera tadi, boleh dikatakan biwako ni 10 kali ganda besar la kot..
  
dan banyak aktiviti yang boleh anda buat kalau pergi kat tasik ni macam memancing, lake biwa cruise dan anda juga boleh mandi kat tasik ni sebijik macam mandi dekat laut tau..cuma air dia tak masin je la..

shiga

dan jangan tak percaya pulak gambar kat atas ni ialah biwako..walaupun nampak macam laut..dan ikut pengalaman aku mandi kat sini, air dia agak jernih la jugak..tapi masih tak selawa laut yang original la macam kat SINI kan??

so apa pendapat anda semua tentang tasik ni??percaya tak yang ni bukan laut??jom kongsi kat bawah ye :)

Monday, October 7, 2013

Romantic train di arashiyama

arashiyama
sumber google

Assalamualaikum wbt..

Rasanya dah lama kan aku tak buat entri pasal perlancongan macam dulu-dulu ?? semenjak mula semester haritu rasanya masa untuk aku jalan-jalan dah semakin terbatas..dan sekarang cuma tinggal hujung minggu je la untuk aku melancong ni..

tempat menarik kali ini yang ingin aku kongsikan ialah 嵐山 (arashiyama) yang terletak di kyoto..seperti yang pernah aku cerita di entry cerita ryokou : Arashiyama dahulu, tempat ni sebenarnya ada banyak tarikan yang menarik dan salah satunya pernah aku ceritakan di entri tersebut..

so kali ini aku ingin bercerita mengenai romantic train ataupun lebih dikenali dengan Sagano Torokko yang ada di arashiyama ni..train ni akan membawa anda menyusuri "Hozugawa river " yang terletak di antara kameoka dan arashima..dan perjalanan sejauh 7 kilometer ni mengambil masa lebih kurang 25 minit.

walaupun namanya romantic train, tak semestinya kena bawa couple or kekasih je datang sini tau..datang dengan family atau kawan-kawan pun boleh je..niat awal-awal tu yang penting !!

kos untuk perjalanan sehala ialah 600 yen dan kalau nak ambil pergi balik pun boleh..tapi kalau nak betul-betul satu set yang lengkap, lepas anda menaiki train ni dari arashiyama ke kameoka, anda boleh mengambil boat ride dari kamoeka kembali ke arashiyama..
**100 yen bersamaan RM3.50

tapi aku sendiri masih tak pernah lagi try boat ride tu..nanti bila-bila aku dah try inshaAllah akan aku buatkan entri untuk anda semua ye :)

macam biasa kat sini aku sertakan sedikit gambar-gambar yang sempat aku ambil sepanjang trip ini :

arashiyama

arashiyama

arashiyama

arashiyama

arashiyama

arashiyama

so apa pendapat anda semua tentang tempat ini ye??..jom kongsi kat bawah tau :)







Monday, September 30, 2013

Tokyo Trick Art Museum

Assalamualaikum wbt..

Siapa kat sini pernah pergi museum ?? biasanya tanggapan kita terhadap museum mestilah barang-barang lama dan tinggalan sejarah je kan??dan kadang-kadang ramai yang kurang berminat nak pergi ke museum ni sebab bosan katanya..

tapi hari ini jom aku bawa anda semua melihat salah satu museum yang best yang ada di tokyo..yup tokyo tau !! bukan kansai macam yang biasa aku cerita ye..

trick art museum ni terletak di odaiba dan ia berada di tingkat 4 dalam decks tokyo beach complex..entrance fee untuk masuk ke dalam tempat ni berharga 900 yen je..so tak la mahal sangat rasanya.
**100 yen bersamaan RM3.50

" kenapa ia dinamakan trick art museum eh ?? "

untuk pengetahuan anda semua, setiap benda dalam museum ni direka untuk menipu mata anda..dan menipu dalam erti kata yang baik la..bukan tipu yang berdosa tu pulak tau =.=

so senang cerita macam silap mata la..cuma keberkesanan silap mata tu bergantung kepada cameraman kita sendiri..kalau salah angle masa ambil gambar memang akan jadi silap mata yang tersilap la nanti :)



jawsninja

crocodile

kitty

sampai di sini dahulu cerita untuk hari ini ye..apa pendapat anda pasal tempat ni ??

nampak real tak?? ke cameraman masih perlukan latihan intensif ??

jom kongsikan di bawah ye ^_^



Monday, September 16, 2013

musim panas dan laut

suishouhama
sumber google

Assalamualaikum wbt..entry kali ini masih lagi berkisahkan tempat-tempat perlancongan dan kali ini aku ingin membawa korg melihat salah satu pantai yang femes di kansai.

tempat kali ni dinamakan 水晶浜(suishouhama) dan ia terletak di 福井県(fukuiken). ia merupakan salah satu tempat yang memang agak femes terutamanya ketika musim panas..

"kenapa musim panas je?"

kalau korg pernah terbaca entry empat musim di jepun , aktiviti yang femes ketika musim panas ni ialah mandi laut..so kalau korg tak buat aktiviti ni, kira macam tak lengkap la cuti musim panas korg tu nanti kan.hee

pantai ni sebenarnya dibuka dari July hingga Ogos je..so kalau korg pergi masa tu konfem suasana tempat ni akan jadi macam dalam gambar kat atas..penuh tuu !! dah la nak mandi pun macam sesak je..permandangan pun konfem agak 'kurang enak' nanti kan..

so kami membuat keputusan untuk pergi lepas pantai ni ditutup..dan akhirnya setelah 3 minggu plan tu tertangguh sebab keadaan cuaca yang tak mengizinkan, akhirnya minggu lepas dapat la aku pergi ke tempat ni.

suishouhama

dan hasilnya korg boleh lihat dalam gambar di atas..kosong je tempat ni..nak mandi pun seronok..kalau korg lihat keadaan air tu, perghh!! lawa giler2 kot..bak kata orang putih, crystal clear blue sea gitu haa..

suishouhama

cuma satu je la risiko mandi bila pantai ni dah tutup..obor-obor !! sebab utama pantai ditutup ialah masa ni obor-obor dah mula naik(?) ke pantai ni..so kalau kena sengat tanggung sendiri la ye..dan memang aku rasa macam ada something sengat aku masa mandi tu..tapi nak mandi punya pasal..buat tak tau je la kan..hahaha

dan gambar last ni aku letak gambar aku ye satu..tak suka boleh scroll laju-laju :)

suishouhama

so apa pendapat korg tentang pantai ni? ada gaya cam tioman or redang tak?ke tempat kita lagi lawa?aku tak pernah pergi tempat-tempat exclusive macam tu so memang aku tak tau..jom kongsikan sama-sama ye :)





Saturday, September 14, 2013

stesen kereta api 15 tingkat

kyoto tower


Assalamualaikum..entry kali ini kita akan kembali kepada topik ryokou (perlancongan) dan kali ini aku ingin bawak korg berjalan-jalan di sekitar kyoto stesen.

kalau korg perasan, kyoto stesen ni selalu aku sebut berulang kali di dalam entry-entry ryokou yang lepas..sebab apa?? ini kerana dari kyoto stesen ni memang mudah untuk korg access ke mana-mana tempat perlancongan yang berada di dalam kansai.

"kansai tu ape ye? " - sila rujuk entry perlabuhan kobe :)

dan untuk pengetahuan korg juga, dari kyoto stesen ni korg boleh naik bullet train untuk pergi ke tokyo..so kalau korg tahu je kyoto stesen ni memang korg akan senang untuk pergi ke mana-mana rasanya nanti..

"macam mana rupa bullet train tu ?" - sila rujuk entry bullet train di kedai sushi :)

sedikit maklumat pasal kyoto stesen ni, bangunan ni setinggi 15 tingkat dan ia siap dibina pada tahun 1997..so kira masih tidak terlampau tua lagi la kan..dan bagi pendapat aku, kyoto stesen ni juga adalah salah satu tempat yang wajib korg pergi kalau ingin melancong kat kansai ni nanti..

"ada apa je stesen kereta api?"

korg jangan pandang rendah ye tarikan tempat ni..walaupun namanya stesen kereta api, di dalam bangunan ni terdapat bermacam-macam perkara yang korg boleh buat seperti :


shopping mall
shopping ( Isetan,Porta underground shopping mall,The Cube shopping mall)

skway
skyway (sumber google)

pasal shopping mall aku rasa tak perlu kot untuk aku cerita panjang..mahal & branded..dua perkataan tu je dah cukup untuk buat korg paham kan..hehe

untuk naik ke skyway ni pulak, korg boleh pilih sama ada untuk naik lift, escalator ataupun tangga untuk sampai ke tingkat atas bangunan ni..

tangga tinggi

dan korg boleh lihat sendiri setinggi mana tangga yang perlu korg naik untuk sampai ke atas bangunan ni..dan kebiasaannya aku suka naik escalator yang ada kat tepi tangga tu je..hee

sebenarnya dekat atas bangunan ni juga terdapat observation deck yang membolehkan korg melihat seluruh bandar kyoto..seriusly lawa la jugak kalau korg datang waktu malam untuk tengok permandangan bandar kyoto dari atas.

kyoto malam kyoto malam

dari skyway tu pula, korg boleh melihat permandangan kyoto tower ( gambar paling atas ) dari ketinggian 45 meter dari centre hall..tapi kalau korg jenis gayat aku tak berapa rekomenkan sangat la untuk korg naik benda ni ye.

skyway
skyway(sumber google)

perkara paling penting kat sini ialah semua yang aku sebutkan di atas tadi free of charge !! dan of course kecuali shopping la kan..kalau shopping pun free memang dah lama tempat ni jadi rumah kedua aku =.=" 

so di Malaysia ada tak stesen kereta api yang superb macam ni? kalau ada aku teringin jugak nak melawat satu hari nanti..sama-sama kita kongsikan ye :)



BISKUT PERCUMA ----->>>






Thursday, September 12, 2013

istana di jepun

hikone castle


Assalamualaikum wbt..entry ryokou (perlancongan ) kali ini aku ingin membawa korg berjalan-jalan melihat senibina dan rekaan menarik istana di jepun yang aku rasa tiada di malaysia..

tempat kali ini dinamakan 彦根城( hikonejou) yang bermaksud hikone castle. untuk ke tempat ni korg boleh menaiki tren dari kyoto stesen dengan tambang sebanyak 1110 yen dan perjalanan mengambil masa selama 50 minit ..dan dari stesen hikone, korg perlu berjalan kaki lebih kurang 15 minit untuk ssmpai ke istana ni.

**untuk pengetahuan korg 100yen bersamaan RM3.50

gambar dahulu kala

sedikit sejarah mengenai tempat ini, istana ni dibina pada tahun 1622 dan sekarang ia merupakan antara 12 istana di jepun yang masih tidak diubah binaannya dan juga merupakan antara 4 istana yang diiktiraf sebagai national treasure di jepun.

kalau korg lihat pada gambar lukisan di atas, istana ni dikelilingi oleh laluan air(?) yang menjadi benteng pertahanan orang dahulu kala..

laluan air

untuk masuk ke tempat ni, korg perlu membayar entrance fee sebanyak 500 yen dan untuk pengetahuan korg lagi, istana ni dibina di atas bukit..so memang penat untuk korg mendaki walaupun sebenarnya takdelah tinggi mana bukit tu pun.

binaan dalamhikone castle

macam yang korg boleh lihat dalam gambar di atas, binaan istana ni agak unik dan memang lain dengan istana kita kot (?)..ke sama eh??aku tak tahu sangat binaan istana kita ni sebab tak pernah lak nak melawat istana sendiri..haha :)

genkyuen

berhampiran istana ni terdapat satu taman yang dinamakan 玄宮園(genkyuen) dan permandangan kat sini memang superb lagi-lagi kalau korg datang pada musim bunga atau musim luruh..

so apa pendapat korg tentang tempat ni?menarik atau tertarik atau ditarik?jom kongsikan di bawah ye :)



POLL TERBARU DAH SIAP ^_^


Sunday, September 8, 2013

nanba osaka

shopping
*sumber google

Assalamualaikum wbt..entry ryokou kali ni kita kita kembali semula ke jepun setelah penat seharian kita melancong di bukit tinggi semalam kan..so kali ni aku akan bawak korg berjalan-jalan di salah satu tempat yang terkenal di osaka.

tempat kali ni dinamakan なんば(nan-ba). bagi yang pernah tengok drama hanakimi mesti korg tengah terbayang muka nanba senpai kan sekarang??

pelakon
*sumber google

sebenarnya nanba ni salah satu tempat shopping di osaka dan tempat ni memang femes di kalangan kaki shopping ni..cara untuk korg datang ke sini agak banyak sebab ada beberapa subway stesen berdekatan tempat ni..dan masa aku datang hari tu kitorg ambik subway dari osaka stesen hingga ke nankai nanba stesen..dan dari situ berjalan kaki ke tempat shopping ni.

tren stesen

kalau korg datang sini untuk shopping, korg bawaklah duit seguni ye sebab walaupun tempat ni dikategorikan antara tempat yang murah sebab banyak kedai-kedai yang tak berapa nak mahal, tapi korg masih kena ingat tak mahal bagi orang jepun tak sama dengan tak mahal bagi orang kita ye :)

di nanba ni, korg boleh lihat kedai-kedai berderet je tersusun dalam satu pathway..nak terang ia bersusun macam mana ni aku macam kurang hebat..risau nanti korg pening, so lebih baik korg tengok je gambar kat bawah ni.

shopping
*sumber google

tarikan yang mesti korang tengok kalau korg datang ke nanba ni ialah glico man..glico man ni memang dah jadi trademark nanba ni sejak ia dibina pada tahun 1935..so setiap tourist yang datang sini memang tak kan lepaskan peluang untuk bergambar berlatar belakangkan glico man ni..

glico man

sebenarnya aku datang sini haritu memang betul-betul lepas aku pergi ke universal studios japan..alang-alang dah sampai osaka lebih baik terus pergi je tempat ni kan. so kalau korg tengok baju aku sama je dengan baju kat usj tu jangan la pulak korg cakap aku ada satu baju je ye =.="

budak tokyo

so apa pendapat korg tentang tempat ni? kalau diberi peluang korg nak ke shopping kat sini?jom kita berkongsi pendapat ye :)


JANGAN LUPA ISI POLL TERBARU^_^



Thursday, September 5, 2013

universal studios japan

 USJ

Assalamualaikum wbt..entri ryokou pada kali ni aku nak bawak korg jalan-jalan di salah satu tempat yang memang popular di jepun iaitu universal studios japan.

bagi yang tak tahu lagi apa itu ryokou, jangan segan-segan untuk terjah entri lama aku berkaitan dengan pelancongan :)

sebelum tu, bagi mengelakkan spekulasi yang kurang enak ke atas aku, sebenarnya aku tak keluar dan tak kenal pun awek-awek jepun kat atas tu..cuma kebetulan masa nak ambik gambar dorg pun tengah melepak situ jugak je

so jom kita mulakan entry ryoko kita ye.

universal studios japan ni ataupun lebih dikenali sebagai USJ ni terletak di universal city dan jarak perjalanan dari osaka stesen lebih kurang dalam 20 minit dengan menaiki tren..

untuk masuk ke tempat ni, korg perlu membayar tiket masuk sebanyak 6600yen bagi harga dewasa[1]..tiket ni 1-day pass so korg boleh la main segala jenis attraction yang ada dalam tempat ni sampailah tempat ia ditutup.

dan bagi korg yang berduit lebih, aku cadangkan korg beli ekspress pass[2] untuk membolehkan korg memotong barisan ketika nak naik ride nanti..sebab seriusly masa korg dalam ni memang banyak habis untuk beratur je sebenarnya.

ekspress pass ni ada banyak jenis dan mengikut bilangan tarikan yang boleh korg skip barisan..sebagai contoh, untuk ekspress pass yang valid untuk 7 jenis tarikan berharga 4900 yen dan ekspress pass yang valid untuk 4 jenis tarikan berharga 3200yen sahaja.

untuk mengingatkan korg, 100yen bersamaan dengan RM3.50 tau :)

aku sendiri pun cuma sempat untuk naik sebanyak 3 tarikan je sebenarnya..sebab masa beratur sangat-sangat la lama..bayangkan untuk naik satu tarikan yang hanya selama 5 minit je korang perlu beratur selama 2 jam..sakit kaki weiii..dan nampak sangat aku takde duit nak beli tiket ekspress tu..hahaha

space fantasy

back to the future

spiderman

ni dia 3 tarikan yang sempat aku terjah dan seriusly aku langsung tak rasa menyesal beratur lama-lama..sebab memang kualiti persembahan setiap tarikan ni memang membuatkan rasa penat beratur tu hilang sekelip mata je..

sejujurnya aku tak rasa rugi pun walaupun hanya dapat try sikit je tarikan yang ada..sebab aku rasa tarikan sebenar USJ ni bukanlah pada ride yang ada, tetapi lebih kepada binaan bangunan-bangunan di sini yang membuatkan korg rasa korg berada di luar negara (Europe).

so memang penuh la kamera aku snap gambar setiap bangunan kat sini dan aku letak sikit gambar-gambar tu kat bawah ye.

usj

usj

usj

usj

bagi sesiapa yang pernah pergi USS (universal studios singapore), aku rasa USS sama je kot dengan USJ ni..cuma bezanya USJ penuh orang jepun dan USS penuh orang singapore..hahaha

sebelum entry ditutup, ada tak sesiapa pernah pergi tempat macam ni dekat malaysia? alah yang macam dekat bukit tinggi tu..kalau ada jom share nak??

sharing is caring..hee :)