Showing posts with label masyarakat dan budaya. Show all posts
Showing posts with label masyarakat dan budaya. Show all posts

Monday, November 4, 2013

学園祭(Hari Terbuka Universiti ) 2013

Assalamualaikum wbt..

sejak kebelakangan ni kalau ada yang perasan aku dah makin jarang sikit nak update entry selalu macam dulu-dulu..dan sebab utama tentulah sebab kerja FYP aku dah semakin berlambak-lambak sekarang ni =.="

dan kalau anda perasan entry aku sekarang banyak pasal drama-drama je kan ?? tu maksudnya antara aku busy dengan research atau memang takda sangat benda baru nak diceritakan..dan kalau asyik cerita pasal student life aku rasa korang pun malas nak baca nanti kan ??

Tapi kali ini aku nak bercerita sikit pasal satu event yang baru berlaku pada minggu lepas di universiti aku..dan kalau anda pernah terbaca kat SINI..aku pernah ceritakan yang universiti di jepun memang akan adakan hari terbuka universiti dan event ni aku rasa memang agak grand jugak la kot..

jepun

jepun

jepun

jepun


so macam yang anda boleh lihat kat atas ni banyak jugak la perkara-perkara menarik yang ada masa event ni..ada pertunjukan robot..silap mata..konsert..wrestling..dan macam-macam lagi la..dan tahun ni buat pertama kalinya budak-budak malaysia universiti aku pun ada jugak bukak gerai jual goreng pisang masa event ni..

jepun

tu je kot yang aku rasa boleh share kali ni..jumpa lagi lain kali ye :)

Saturday, October 12, 2013

piano daripada kertas ??

japan

Assalamualaikum wbt.

siapa pernah dengar pasal origami ?? sebenarnya origami ni datang dari perkataan jepun yang digabungkan iaitu 折り( ori- melipat ) dan 紙( kami- kertas).

dulu masa aku mula-mula belajar bahasa jepun ni, penah ada satu kelas kebudayaan jepun yang mengajar kami cara-cara untuk membuat origami tau..

dan harini aku mulakan dengan level yang paling senang iaitu dengan membuat piano daripada kertas ye..

pertama sekali, perkara basic tapi terpenting untuk anda membuat origami ni ialah sekeping kertas segi empat sama sebijik macam gambar kat atas tu..

lepas dah ada kertas macam ni, anda cuma perlu ikut langkah-langkah seperti di bawah je..

japan

japan

japan

japan

japan

dan jangan risau..aku dah try sendiri dan terbukti menjadi..nanti kalau ramai yang berminat aku akan naikkkan level ke tahap yang lebih tinggi >>> kita akan dapat buat bentuk-bentuk yang lebih complicated :)

ada apa-apa cadangan atau pendapat ?? jom kongsikan kat bawah ye :)



p/s: aku dah upload ( dapat link ) untuk cerita legal high 2 episode 1 ^^

Thursday, October 3, 2013

Terhangat dari jepun

cik maira

Assalamualaikum..entri hari ini khas atas permintaan cik maira dan disebabkan ramai yang mintak aku update pasal drama jepun ni, so aku bercadang untuk buat satu ruangan baru kat sidebar di sebelah kanan ni khas untuk drama-drama jepun dan juga anime.

untuk pengetahuan anda, drama di jepun sebenarnya disiarkan bermusim tau..so akan ada 4 jenis drama sepanjang tahun selaras dengan 4 musim yang ada di jepun iaitu spring, summer, fall dan winter.

dan sekarang ni sebenarnya baru je habis drama untuk musim panas dan bulan 10 ni bermulalah drama untuk musim luruh pula..

dan disebabkan aku sendiri adalah kaki drama jepun dan member baik (japenese) aku pula jenis otaku, so aku rasa update mengenai drama-drama dan juga anime yang tengah femes di jepun ni aku dapat dengan agak cepat..

tapi mungkin taste orang jepun agak berbeza kot dengan taste orang kita..so aku tak boleh janji drama yang aku rekomen nanti masuk dengan citarasa anda semua ye..

dan aku juga tahu gelombang drama jepun mungkin tak sehebat drama korea di negara kita..so nak tengok atau tak tu terpulanglah ye..aku tak paksa..aku cuma menyampaikan apa yang tengah hot kat sini je..dan mungkin ada jugak beberapa drama lama yang aku rasa best :)

 so untuk permulaan aku rekomen 2 drama jepun ni ye : 

yamapi


season 1

season 2 bakal ditayangkan minggu hadapan.

untuk list anime nanti aku susun dekat entri lain..so bagi sesiapa yang ada masa lapang jemputlah tonton ye.

dan bagi sesiapa yang ada cadangan atau request boleh kongsi kat bawah ..aku akan jawab selagi termampu :)




Wednesday, October 2, 2013

Anime di jepun - realiti vs fantasi

anime


Assalamualaikum wbt..entry hari ini atas permintaan Fais S.K.A dan kali ini aku ingin bercerita serba sedikit mengenai anime di jepun.

" anime tu ape..?? "

kot-kot kalau ada yang masih tak tahu pasal anime ni, anime ni sebenarnya diambil dari perkataan "animation" dan sesuka hati diubah kepada anime oleh orang jepun..kan orang jepun ni memang suka ubah bahasa orang lain jadi bahasa mereka..

sebagai contoh la, television mereka panggil terebi..dan personal komputer mereka panggil pasokon..so jangan terkejut walaupun korang dah lama belajar bahasa jepun tapi masih akan jumpa perkataan baru hasil dari perangai orang jepun ni tau.

senang cerita anime ni "kartun" la kalau nak senang faham ye..dan berbalik kepada cerita anime ni, anime ni terbahagi kepada beberapa kategori seperti kodomo(untuk budak-budak),shonen (boys'),shojo(girls') dan juga adult.

drama

di jepun ni wujud satu golongan yang digelar sebagai "otaku" iaitu mereka yang terlebih fanatik terhadap anima ataupun manga (komik) ni..dan mereka sanggup menghabiskan duit yang banyak semata-mata untuk memiliki figura mahupun koleksi-koleksi anime yang mereka gemari..dan jangan terkejut kalau aku kata mereka ni juga antara penyumbang kepada ekonomi jepun tau.

nak tahu sejauh mana keobsesan golongan otaku ni?? anda boleh klik link di bawah gambar di atas untuk melihat sebuah drama jepun mengenai kisah percintaan seorang otaku ( yang personally aku rasa agak best ).

dan sebenarnya aku sendiri adalah penggemar anime jepun tapi tidaklah seobses macam otaku ni ye..dan kali ni khas untuk bro fais , aku akan kongsikan beberapa anime yang aku rasa agak best ( dan orang jepun sendiri pun cakap best ).


sword art online episode 1



shingeki no kyojin episode 1

aku rasa tak ramai yang minat dengan anime ini..lagi-lagi orang perempuan kan?hehe..tapi aku nak jugak tanya..apa pendapat anda mengenai anime ni?? jom kongsikan di bawah ye.

sesiapa yang ada permintaan atau cadangan mengenai jepun boleh utarakan di bawah ye..kot-kot aku boleh buat entri macam kali ni lagi ke kan :)



Friday, September 27, 2013

Autumn in my heart

jepun

Assalamualaikum wbt..tajuk kali ni nampak jiwang je kan..?? entry kali ni bukanlah aku nak review cerita korea tu tau..hehe

sebenarnya mulai semalam (26 september) telah masuk waktu azan musim luruh bagi kawasan aku..tu je..keh3

" macam mane ko tau..??"

banyak cara untuk tentukan dah masuk atau belum musim luruh ni..dan perkara ni berbeza-beza bagi setiap orang..ada yang cakap musim luruh ni bermula apabila masuk je bulan 9..dan ada yang cakap musim luruh ni mula bila ada satu bunga ( jenis tak ingat ) tu berkembang pesat mekar (?).

dan bagi aku pulak, aku rasa musim luruh tu mula secara rasmi nya bila perubahan suhu berlaku secara mendadak..

jepun

kat atas ni jadual cuaca untuk minggu depan bagi tempat aku..kalau anda lihat, average suhu bagi sehari lebih kurang dalam 20 celcius..sejuk kot 20 tuuu..dan cuaca macam ni bermula semalam..masa aku bangun je pagi semalam rasa macam ada ekon je sedang terpasang..padahal dah lama aku cabut wayar ekon ( jimat letrik ) kat rumah ni haa..

kalau musim panas..average suhu dalam 28 rasanya..dan kadang-kadang naik sampai 30 celcius..so cuba anda bayangkan perubahan suhu dalam 10 darjah celcius dalam masa sehari sahaja..temperature (?) shock kott..

so tu je perkongsian aku harini..tak boleh nak berleter panjang-panjang sebab semester pun dah bermula..doakan aku lepas sem terakhir ni dan boleh grad dengan gilang gemilang ye..

see u next time :)

p/s : ce bayang kalau Malaysia suhu camni..agak-agak bankrupt tak kedai jual ekon ye?hehehe =P


--CHATBOX--

Saturday, September 21, 2013

bercuti di jepun

kucing
sumber google

Assalamualaikum wbt.

kalau berbicara je soal cuti mesti ramai yang akan mula tersenyum sorang-sorang kan?hehe..dan bagi yang sudah bekerja pasti rindukan zaman persekolahan masing-masing kerana masa cuti sekolah lah kita dapat enjoy sepuas hati betul tak?

so entri kali ni aku nak bercerita sedikit mengenai cuti-cuti yang ada di jepun dari konteks pelajar universiti..kalau nak tahu jadual cuti bagi orang yang dah bekerja..kena tunggu aku kerja kat sini dulu la ye :)

bagi pelajar universiti yang normal, biasanya kitorg (baca kita-orang) akan bercuti dalam masa yang agak lama la jugak sebenarnya..sebab apa??ini kerana bagi negara-negara yang mempunyai 4 musim memang kebiasaannya akan terdapat 2 musim untuk korg berehat je..

so secara ringkasnya aku simpulkan seperti kat bawah ye :
  • cuti musim bunga - february dan march
  • cuti musim panas - august dan september
  • cuti musim sejuk - minggu terakhir bulan december sampai minggu pertama january
so kalau korg tengok betul-betul, sebenarnya hampir satu per tiga dari kehidupan aku di jepun dipenuhi dengan cuti je..so bagi korg yang ada terfikir macam ni..

" akmal ni tak belajar ke??hari-hari update blog je nampak.."

ketahuilah bahawasanya sekarang aku sedang bercuti..hahaha 

tapi cuti-cuti yang aku sebut di atas hanya valid bagi pelajar universiti je tau..kalau dah kerja memang ciput (baca sikit) je la tinggal cuti untuk aku nanti.. 

dan untuk mengetahui aktiviti-aktiviti best untuk korg buat sepanjang cuti ni, korg boleh rujuk entry-entry di bawah :
so bagi korg di luar sana, kalau universiti di malaysia macam mana pulak ye jadual cuti korg??teringin aku nak tau..jom kongsikan di bawah nak?

p/s: minggu depan kelas dah bermula kembali..so maybe aku tak dapat dah nak update entri hari-hari lagi :(


Wednesday, September 18, 2013

Basikal dan Minyak

 audi

Assalamualaikum wbt..bagi yang yang tertanya-tanya mengenai keadaan di sini setelah dilanda taufan..Alhamdulillah tempat aku ok je dan takde apa-apa yang perlu dirisaukan..entry kali ini aku nak bercerita mengenai basikal di jepun..

" ada apa je dengan basikal ?"

bagi masyarakat kita, basikal ni memang satu benda yang menjadi kenderaan kita masa zaman budak-budak dulu je..jarang kita dengar orang kita naik basikal untuk pergi ke kerja mahupun ke university..kecualilah ada program yang menggalakkan penggunaan basikal seperti "go green" dan sebagainya.

tetapi bagi di jepun, korg akan terkejut melihat orang jepun menggunakan basikal hampir di mana-mana..kecuali di pusat bandar sebab kat situ main transport mereka ialah tren..dan pengguna basikal ni tidak terhad kepada budak-budak sahaja sebab semua golongan akan guna basikal ni dari budak-budak sampailah ke pak cik tua yang kayuh pelan giler2 =.="

ritsumeikan

so korg boleh lihat ramai orang yang menggunakan basikal untuk ke tempat kerja, universiti dan juga sekolah..dan perkara ni tanpa perlu disuruh atau digalakkan dengan program-program seperti di negara kita.

untuk menunjukkan betapa pentingnya basikal ni kat korg, ketika korg membeli sesuatu basikal..perkara pertama yang korg akan kena buat ialah mendaftar basikal tu atas nama korg sendiri..senang cerita macam buat lesen la untuk basikal korg..dan lepas tu korg kena mengambil insuran basikal untuk memastikan keselamatan basikal korg tu..

kat sini kadang-kadang ada je roadblock untuk basikal dan masa tulah dia akan check basikal tu memang korg punya atau tak..

"apa jadi kalau naik basikal orang lain?"

kebiasaannya kalau korg naik basikal kawan , boleh je korg cakap kat pak cik polis tu perkara sebenar dan kalau dia rajin nanti dia akan call kawan korg tu untuk kepastian..

tapi kalau kantoi korg naik basikal orang lain ( baca curi ) , memang ke balai la jawabnya..dan kat bawah ni antara peraturan ketika menaiki basikal dan jumlah denda kalau korg melanggar peraturan ni :

  • dilarang membawa orang di belakang ( denda 20 000 yen )
  • dilarang memegang payung , handphone dan sebagainya ( penjara 3 bulan atau denda 50 000 yen)
100yen bersamaan RM3.50

tapi sebenarnya perkara-perkara kat atas tu selalu je korg boleh nampak orang jepun buat walaupun dilarang..tapi undang-undang tu akan digunapakai kalau berlakunya kemalangan..

japan

dan antara perkara yang awesome kat sini ialah wujudnya underground parking semata-semata untuk basikal kot..tapi benda ni aku tak pernah jumpa lagi la depan mata sebab aku tinggal bukan di pusat bandar..

kalau berminat nak tengok boleh klik link youtube ni ye :)

so apa pendapat korg pasal basikal? adakah ini pilihan yang lebih baik setelah harga minyak yang semakin menjadi-jadi? jom kita bincangkan :)

bak kata seseorang yang 'bijak' pandai , " kalau harga minyak naik janganlah beli kereta" 

so jom beli basikal ramai-ramai..hahahaha :D 







Friday, September 13, 2013

wrestling di sekolah

ritsumeikan


Assalamualaikum wbt..entry kali ni aku ingin bercerita mengenai salah satu program yang memang agak femes di jepun dan bagi korg yang selalu tengok anime jepun mesti korg pernah perasan pasal aktiviti ni..

大学祭(daigaku-sai) ataupun university festival ni memang akan diadakan pada setiap tahun pada bulan november dan festival ni memang dibuka kepada public ..nama event ni berubah daripada 学園祭(gakuen-sai) untuk sekolah rendah dan menengah sampailah kepada daigakusai bagi peringkat universiti..
 
event ni merupakan salah satu event wajib yang perlu dihadiri bagi peringkat sekolah rendah dan menengah tetapi hanya menjadi sunat je bagi peringkat university..

ritsumeikan

"kenapa event ni penting?"

biasanya masa event ni lah sesuatu sekolah atau university tu berpeluang untuk mempromosikan tarikan tempat masing-masing kepada orang luar supaya mereka tertarik untuk masuk unversiti atau sekolah tu nanti..

dan bagi kelab dan persatuan, masa event ni jugaklah dorg akan buka gerai-gerai makanan untuk dapatkan bajet lebih untuk kelab dorg..dan korg boleh lihat banyak makanan sedap-sedap masa tu tapi haram la untuk dimakan =.="
ritsumeikan

kebiasaannya pelajar Malaysia pun selalu je akan buka gerai untuk jual makanan kita seperti roti jala, goreng pisang dan sebagainya..dan kalau yang rajin sikit akan bukak booth untuk try pakaian malaysia macam baju kurung dan lain-lain.

kesimpulannya masa event ni korg boleh lihat bermacam-macam aktiviti yang akan dilakukan oleh orang-orang jepun ni dari gerai-gerai kecil sampailah kepada konsert dan pertunjukan wrestling dan juga pertunjukan bunga api..

ritsumeikan

"konsert? wrestling? bior bebenor??"

serius aku tak tipu..dan aku cakap ni berdasarkan daigakusai yang dibuat oleh universiti aku sendiri tahun lepas..serius kagum aku dapat tengok wrestling live depan mata..haha

bagi aku yang tak pernah rasa life sebenar universiti di Malaysia, aku tak pasti la event macam ni ada ke tak kat tempat kita..dan aku rasa daigakusai ni lebih kurang macam hari kantin masa kat sekolah dulu je kot..cuma lebih meriah dan gila-gila sikit..hee

nak tengok universiti aku?  sila klik entry universiti di jepun ya :)

so di Malaysia ada ke event macam ni dekat universiti kita? jom kongsikan di bawah ^_^
 


BISKUT PERCUMA - - - - ->>>


Monday, September 9, 2013

Tokyo 2020

tokyo 2020


Assalamualaikum wbt..entry kali ni aku ingin bercerita mengenai tokyo 2020 yang memang menjadi isu hangat di jepun baru-baru ini.

"tokyo 2020 vs wawasan 2020"

wah?!! nampak macam ada kaitan di situ kan? adakah Tun M kita terlibat dalam isu ni? actually langsung takde kaitan pun sebenarnya la =.="

baru-baru ni, tokyo telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi menganjurkan sukan olimpik pada tahun 2020 nanti [1]..so tu yang jadi tokyo 2020 tu..ada faham?hee 

"Hmm..sukan olimpik tu ape sebenarnya eh?"

buat korg yang masih pening-pening lalat pasal hal ni, sukan olimpik ni merupakan sukan international yang disertai lebih dari 200 negara di dunia..dan buat pengetahuan korg lagi, sukan ni diadakan setiap 4 tahun sekali je..tapi kalau korg gabungkan summer games dan winter games maknanya akan jadi 2 tahun sekali la tau..[2]

tokyo 2020

dengan terpilihnya jepun untuk menjadi tuan rumah, maka jepun dengan rasminya menjadi antara negara yang dapat menganjurkan sukan olimpik ni lebih daripada sekali..dan kalau korg nak tahu, jepun sekarang antara negara yang paaaling banyak berhutang..

so sebab tu dorg beria-beria sangat nak jadi tuan rumah untuk menganjurkan olimpik ni..

" dah tu kalau banyak hutang buat ape nak anjur macam-macam pulak?"

buat pengetahuan korg lagi, apabila dapat menjadi tuan rumah kepada sukan macam ni, negara tu akan diberi bajet untuk menyediakan facility dan kali ni jepun bid dalam 5 ke 6 billion dollar untuk sukan ni..dan dijangka dorg boleh mengaut semula economic benefit sebanyak 30 billion dollar nanti [3]..so faham dah kenapa dorg semangat nak jadi tuan rumah?
malaysia

 "Malaysia pun pernah jadi tuan rumah kan??yang maskot orang utan tu??"

NOPE..salah tu pengetahuan am korg..yang malaysia pernah anjurkan pada tahun 1998 tu adalah sukan komanwel..bukan olimpik..sukan komanwel ni 4 tahun sekali juga tapi hanya negara-negara komanwel (pernah dijajah british) je yang boleh sertai [4]..

aku teringin jugak ni pergi tengok sukan ni..mesti gempak lagi-lagi kalau jepun yang buat..kan orang jepun ni semangat dorg memang terlebih-lebih je setiap masa =.="

tapi 2020 tu macam lambat sangat je..entah aku ada lagi ke tak kat jepun pun aku tak tau..doa-doa je la aku ada lagi kat sini kan :)

sebelum entry ditutup, dengan tidak menggoogle dan sebagainya..korg rasa tokyo 2020 ni akan jadi sukan olimpik ke berapa? cepat teka..jangan mengelat ye..hehee :)



POLL TERBARU DAH SIAP ^_^






Wednesday, September 4, 2013

part time di jepun

gaji di jepun


Assalamualaikum wbt..sejak beberapa hari ni entry dalam blog ni asyik dalam mood serius je kan kalau korg perasan..jadi hari ni aku nak kita kembali kepada mood santai seperti biasa dan pertama sekali jom kita tengok gambar di atas ni..

buat pengetahuan korg, sekeping duit 10 000 yen tu bernilai lebih kurang RM350..WOW!! banyak tuu?!!

dan aku sendiri tak pasti sama ada korg percaya atau tidak, duit sebanyak ini boleh aku dapat kalau aku buat part-time selama sebulan suntuk je..ye part-time..bukan bekerja tetap :)

dan korg juga jangan terkejut kalau aku cakap, korg boleh beli kereta macam ni dengan hanya menggunakan duit part-time beberapa bulan je..serius aku tak tipu

mazda rx8
**ini bukan kereta aku :)

"kau datang jepun ni nak belajar ke nak cari duit hahh?? "

mungkin ada antara korg yang berfikiran macam ni sekarang kan?? hehehe..sabar..sabar.. sebelum korg membuat spekulasi yang bukan-bukan terhadap aku, mari aku ceritakan dahulu serba sedikit pasal kisah part-time di jepun secara detail.

untuk makluman korg, di jepun part-time diiktiraf sebagai sejenis kerja yang serius dan ada masyarakat jepun sendiri yang hidup dengan hanya mengharapkan duit part-time ni sahaja.

golongan masyarakat begini dipanggil sebagai Freeter dan mereka kebiasaanya memang tidak mempunyai pekerjaan tetap[1].. tetapi sebab apa golongan ni masih mampu untuk hidup di jepun ??

gaji terendah

kalau korg lihat jadual di atas, korg boleh dapati kadar gaji minima per jam untuk kerja part-time di jepun [2] dan bagi kawasan aku iaitu shiga (滋賀) ialah sebanyak 651 yen per jam..tapi ni baru gaji minima tau..

kebiasaannya gaji yang boleh aku dapat adalah dalam range 700yen ke 1000yen bagi setiap jam atau mungkin lebih..dan untuk senangkan korg convert anggap je 100yen bersamaan RM3.50.

untuk menyenangkan lagi korg mengira, kita ambik la average dari nilai tersebut dan anggap la aku boleh buat 30 ringgit sejam, dan aku kerja selama 8 jam sehari..dan korg darabkan dengan 30 hari..

jeng jeng jeng..

total kalau aku kerja part-time selama sebulan (setiap hari) aku dah boleh dapat RM7200 sebenarnya..

ni tidak termasuk elaun kerja overtime dan elaun kerja malam lagi..

tapi sebenarnya tidaklah semudah itu bagi kerajaan jepun untuk benarkan warganegara asing untuk dapatkan duit negara dorg..sebenarnya ada je peraturan yang perlu diikut bagi orang luar yang belajar sambil bekerja di sini..

peraturan

kalau aku suruh korg tengok jadual [3] kat atas pun mesti korg takkan paham kan..hehe..so mari aku terjemahkan je la lagi senang :)

"bagi pelajar university (orang asing ) yang ingin bekerja, hanya boleh bekerja 28jam sahaja dalam semingu..tetapi bagi cuti musim panas atau musim bunga dibenarkan bekerja selama 8 jam sehari."

so kalau hari biasa, memang mustahil untuk aku dapat duit sebanyak yang kita kira di atas tadi..tapi kalau aku bekerja sepanjang cuti musim bunga atau musim panas..RM7200 tu adalah perkara yang tidak mustahil untuk aku gapai sebenarnya..

aku akui dengan bekerja part-time di sini, aku akan dapat mengenal budaya dan masyarakat jepun dengan lebih dekat dan banyak kebaikan yang boleh aku peroleh seperti kebolehan berbahasa jepun aku akan meningkat dan sebagainya..di samping duit yang agak lumayan..

tapi persoalannya sekarang..rajinkah aku??

jawapannya sudah tentulah tidak!! hahaha..sejujurnya aku lebih suka meluangkan masa cuti aku berjalan-jalan di negara orang mencari pengalaman baru..duit mungkin boleh dicari di mana-mana tetapi pengalaman berharga tidak akan dapat diganti selamanya :)

p/s: mesti ada antara korg berminat nak tahu bagaimana gaji macam ni boleh beli kereta sehebat tu?nantikan entry mengenai harga kereta di jepun dalam entry akan datang..jeng jeng jeng :)










Monday, September 2, 2013

Lanun Mengamuk di Jepun

anti cetak rompak

anti piracy



Assalamualaikum wbt..mesti korg ada terdengar baru-baru ni kisah Syamsul Yusuf mengamuk sebab filem KL Gangster 2 dibocorkan di internet sebelum sempat ditayangkan di pawagam kan?

so entry ni adalah atas permintaan Cik JariManis dan kali ni aku ingin berkongsi pasal kisah seorang lanun yang tinggal di sini.


" Siapakah lanun tersebut? "


tentulah lanun cetak rompak..hehehe..sebenarnya kisah cetak rompak ni dah lama sangat ada di negara kita..even sejak aku kecik comel (?) sampailah aku dah jadi macam bapak budak ni haa..

sejujurnya aku cakap, aku lebih suka tengok online je cerita-cerita yang ada..sebab speed internet kat jepun memang superb..so streaming memang takde la sekat-sekat ni..dan kalau nak dibandingkan dengan internet yang aku guna kat malaysia dulu..memang tak terbanding la kan..hee :)

dengan internet yang sepantas kilat ni, mesti kita sangka dorg ni kuat mendownload kan??

sebenarnya salah tanggapan tu =.="

aktiviti cetak rompak di jepun masih kurang kalau nak dibandingkan dengan malaysia..sebab masyarakat jepun masih berpegang dengan budaya menyewa video di kedai-kedai video yang ada..

so kalau korg datang ke sini, korg boleh lihat banyak je kedai video yang masih beroperasi dengan megah walaupun zaman semakin maju.

kedai buku

dan aku sendiri pun antara peminat setia kedai-kedai macam ni jugak..tapi tujuan aku bukan nak sewa video la..biasanya kedai video macam ni bukan sahaja menyediakan perkhidmatan menyewa video, tapi korg boleh cari buku, game dan juga kadang-kadang ada cafe jugak kat kedai ni..

kedai buku

macam aku sebut tadi, piracy kat jepun ni memang jarang berlaku..so kalau nak beli cd game pun memang harga dalam beratus jugak la untuk satu cd..tapi sabar je la..dah teringin nak buat macam mana kan :)

dan untuk pengetahuan korg, sejak bulan oktober 2012 baru je diluluskan satu peraturan baru berkaitan cetak rompak ni..iaitu orang yang mendownload pun dah boleh ditahan dan dipenjara selama 2 tahun atau denda 2 juta yen ( 100 yen =RM 3.50 ) atau keduanya sekali..kalau dulu-dulu uploader je yang boleh ditahan..

cetak rompak

so sekarang memang kitorg dah lebih berhati-hati dalam mendownload ni..niat datang nak belajar, karang tak pasal-pasal masuk penjara..nahas je nanti =.="

so apa pendapat korg pasal cetak rompak ni? kita sebagai pengguna mestilah nak yang murah..tapi orang sana pun mesti nak untung jugak..so jom kita renung-renungkan ye :)

nota kaki : gambar-gambar pelik kat atas ni aku ambil dari iklan anti piracy di jepun..nak tengok lebih lanjut boleh klik sini ye :)













Sunday, September 1, 2013

tandas high-tech di jepun

 budaya,jepun,tandas,

tandas di jepun



Assalamualaikum wbt..entry kali ni nampak remeh je iaitu berkaitan tandas tapi sebenarnya antara perkara penting yang korg patut tahu kalau korg datang ke sini nanti.

"Nak guna tandas pun kena ajar ke?"

sebenarnya tandas kat sini memang tak sama dengan di tempat kita..dan korg jangan terkejut ye kalau korg tengok semua tandas di jepun memang bersih macam korg pergi tandas hotel 5 bintang tu haa..

"Jap?!!semua tandas?"

ya memang betul tu !! memang semua tandas..tak kira lah dari kedai picisan sampai la ke tempat-tempat mewah..memang tandas dorg sangat bersih sebab bagi dorg kebersihan tandas ni macam satu servis wajib mereka kepada pelanggan.

budaya,jepun,tandas,

kalau di jepun, tandas biasanya terbahagi kepada 2 jenis iaitu western style dan japanese style..bagi japanese style ni, aku cadangkan korg bawak la botol air sikit untuk dijadikan benda untuk beristinja..dan cara yang betul untuk gunakan tandas jepun ni bukan macam kat bawah tau..

budaya,jepun,tandas,

mesti ramai korg ingat macam ni kan? sebenarnya ni cara yang salah..tapi kalau korg nak buat jugak terpulang la kan =.="

so cara yang betul sebenarnya cmni
budaya,jepun,tandas,

walaupun nampak pelik tapi ketahuilah yang jepun memang negara yang pelik pun..nak tahu pelik tahap mana? kalau nak tahu kena baca entry mandi bogel ni di jepun ni :)

satu lagi tandas yang ada ialah western style yang aku panggil washlet..tandas ni macam agak stylo sebab ada banyk button yang boleh korg tekan sambil melepaskan hajat..

budaya,jepun,tandas,

kalau tandas jenis ni korg tak perlu bawak air pun takpe sebab memang air auto je keluar..macam gambar kat atas sekali tu..dan tandas ni juga ada banyak fungsi lain macam korg boleh adjust kelajuan air, sembur penghilang bau ,tambah muzik (nak cover bunyi) dan macam-macam lagi..

budaya,jepun,tandas,

tapi korg kena ingat, teknologi tak semestinya selamat..baru-baru ni ada kisah pasal tandas meletup di China..dan tak silap aku tandas tu sebijik macam tandas ni..tapi korg paham-paham la kan barang cina, kualiti jangan banding la dengan barang jepun..so iA tandas jepun selamat je..hehee :D

china,tandas,meletup
sumber :myMetro

sebelum entry ditutup, apa pendapat korg pasal tandas ni?sebab bagi aku, tandas malaysia tetap no 1 di hati..sebab ada paip air..hahaha :)

p/s: gambar kartun tu bukan milik aku dan aku prinscreen dari youtube







Saturday, August 31, 2013

Mandi bogel di jepun

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgwkpVcB3PpyXZiErrVCL1D_Nc9timrBrceRjfPK4SPJ1XWesNre5MyDifPKodb_PJH3dTy0cSmUglbRTS0-pZD5LmPOxp62XpMP6sIhBDVcTVTr_uIhQ4QUcn34nuPyityAaLschU3ZJgG/s1600/onsen.jpg

hot spring



Assalamualaikum wbt..entry kali ni nampak macam agak kurang sopan je tajuknya kan??

tapi jangan risau sebab aku takde la bijak sgt nak letak gambar-gambar tak senonoh kat blog aku nih..cuma kali ni aku nak berkongsi dengan korg salah satu budaya masyarakat jepun yang maybe korg rasa agak pelik(?) tapi memang benar-benar berlaku kat sini.

di jepun ni dorg ada satu budaya yang kita jarang buat iaitu budaya berendam dalam air panas(温泉-onsen)..kenapa bukan air sejuk??

kalau air sejuk nanti terketar-ketar la korg dalam tu..aigoo =.="

so berbalik kepada cerita air panas ni, biasanya tujuan dorg berendam ni ialah untuk mencari ketenangan sambil dapat merehatkan badan..tapi sejujurnya aku cakap , kalau aku lah pergi berendam..merehatkan badan tu maybe la boleh..tapi ketenangan tu konfem hilang..kenapa pulak??

ha!! sebab utamanya ialah dorg berendam tanpa seurat benang pun..dan untuk pengetahuan korg lagi, kolam air panas ni biasanya diopen kepada public..

so korg bayang kan korg nak berbogel beramai-ramai..dah la dengan orang asing pulak tu..mana la nak dapat ketenangan camtu kan??

sebelum korg boleh berendam, ada beberapa perkara yang korg kena buat dulu tau..so jom aku cerita sikit-sikit sambil guna printscreen yang aku ambik dari cik youtube :)


masyarakat dan budaya 
letak barang-barang korg dalam almari yang disediakan

masyarakat dan budaya
lepas tu basahkan badan korg dengan air bersih
masyarakat dan budaya
segala aktiviti cuci mencuci korg kena buat dekat tempat yang disediakan

masyarakat dan budaya
last sekali baru korg boleh masuk berendam

korg kena ingat ye..dorg masuk onsen ni bukan untuk bersihkan badan..so korg kena pastikan badan korg dah betul-betul bersih baru boleh masuk dalam onsen ni.

dan ada beberapa pantang larang jugak yang kena korg ikut masa kat onsen ni..benda-benda ni kalau korg buat seriusly pakcik makcik yang ada kat situ akan pandang korg dengan pandangan yang tajam macam nak makan korg

masyarakat dan budaya
jangan pakai walau seurat benang ketika berendam

masyarakat dan budaya
jangan nak mengada-ngada nak lompat2 atau berenang

masyarakat dan budaya
jangan bising-bising macam kat pasar malam

kalau korg rasa boleh ikot segala benda yang aku sebut sebentar tadi, silakan dengan segala hormatnya untuk korg berendam kat onsen nih..

tp aku konfem tak boleh ikot part kena bogel tu..so memang sampai sekarang aku sekali pun tak penah masuk onsen ni walau pernah beberapa kali member ajak..

jap?! gay ke ajak mandi sama??

OH tidak!! dorg bukan gay okey..lol

sebenarnya memang budaya ni dah ditanam dalam kepala dorg sejak dorg kecik lagi..so dorg anggap mandi bogel ramai-ramai ni benda normal je.

dan jangan terkejut kalau dorg pulak yang rasa pelik bile korg cakap korg segan nak mandi bogel ni..last-last korg pulak yang kena cop manusia pelik =.="

sebelum entry ditutup, sape ada pengalaman mandi kolam air panas?? jom share kot-kot ada tempat menarik yang kita still tak tahu lagi.

sharing is caring..hee :)

p/s : korg perasan tak aku mention "pakcik dan makcik"?? walaupun tak banyak, sebenarnya ada je onsen yang campur laki perempuan..tapi jangan nak otak kuning sangat haa (ノ-_-)ノ~┻━┻