Showing posts with label tips dan panduan. Show all posts
Showing posts with label tips dan panduan. Show all posts

Saturday, September 28, 2013

bawa kereta dari jepun

Assalamualaikum wbt..

google plus

atas permintaan kak Halijah, entry kali ini aku akan ceritakan serba ringkas kenapa dan mengapa ramai pelajar di luar negara akan membawa pulang kereta ke malaysia sejurus selepas tamat pengajian mereka..

seperti yang anda tahu, harga kereta import di negara sangat mahal jika dibandingkan dengan negara lain dan mungkin ini merupakan satu langkah kerajaan menggalakkan kita supaya membeli kereta buatan sendiri.

dan mungkin ada antara anda yang tahu bahawa bagi pelajar yang belajar di luar negara, mereka layak untuk memohon AP (access permit ) supaya cukai import ini dapat dikurangkan.

" bukan kalau ada AP cukai dah tak payah bayar ke..??"

ini adalah satu soalan yang sering aku terima dan tanggapan ni sebenarnya terpesong kot..AP bukan memansuhkan cukai import tetapi hanya mengurangkan cukai tersebut je..

cukai import kereta biasanya dalam 300% dari harga kenderaan..dan sebab tu harga kereta import jadi mahal terlebih-lebih kat negara kita..

fairlady
sumber google
tapi dengan menggunakan AP, cukai tersebut dapat dikurangkan menjadi 100% ke 110% dari harga kereta ( bagi kenderaan melebihi 5 tahun ) dan atas sebab ni ramai pelajar di luar negara mampu untuk bawak kereta pulang ke malaysia..dan potongan cukai ni bergantung juga kepada cc kereta..

" lebih 5 tahun..?? maknanya bukan kereta baru la ni.."

mungkin di negara kita , jarang orang yang beli kereta 2nd hand..mungkin sebab kurang yakin dengan keadaan kereta yang dijual..tapi bagi di luar negara dan di jepun secara khususnya, kereta terpakai sangat murah dan kondisi kereta tersebut juga biasanya sangat elok..

so memang tak mustahil ramai yang tak kisah untuk beli je kereta terpakai kat sini..

dan sebab harga yang murah ni la, banyak pelajar kita yang mampu membeli kereta yang hebat-hebat walaupun dengan hanya bekerja secara sambilan je sambil belajar..

sampai di sini dulu perkongsian aku untuk hari ini..so apa pendapat anda mengenai kereta terpakai di malaysia?? ada pengalaman untuk dikongsi bersama?

sharing is caring :)

--CHATBOX--



Friday, September 20, 2013

Menyambung pelajaran di jepun

jepun

Assalamualaikum wbt..disebabkan ramai yang bertanya tentang cara hendak menyambung pelajaran di jepun, so lebih baik aku simpulkan sahaja dalam satu entry supaya perkara ni boleh dikongsi bersama semua..bagi sesiapa yang ada adik/sedara/kawan yang ingin belajar di jepun, sila baca dengan teliti ye :)

bagi lepasan SPM , terdapat 4 cara utama untuk belajar ke jepun bagi program ijazah.
  1. Japanese Associate Degree - program yang aku ikuti :)
  2. Ambang Asuhan Jepun
  3. Pusat Persediaan Kajian Teknikal ke Jepun
  4. Institut Bahasa Teikyo
yayasan pelajaran mara

Japanese Associate Degree ataupun dikenali dengan JAD merupakan program yang ditaja oleh YPM (Yayasan Pelajaran Mara).Program ni berteraskan 3 tahun di Malaysia dan 2 tahun di jepun..semasa 3 tahun di malaysia, korg akan diajar segala basic mengenai bahasa jepun dan diakhir tahun ketiga nanti korg akan dianugerahkan segulung diploma dari universiti di malaysia..dan selepas itu korg perlu menyambung lagi 2 tahun pengajian di universiti di jepun bagi mendapatkan segulung ijazah.

jabatan perkhidmatan awam

Bagi Ambang Asuhan Jepun atau lebih dikenali sebagai AAJ, program ni ditaja oleh JPA dan ia berteraskan 2 tahun di Malaysia dan 4 tahun di jepun. sama seperti JAD, 2 tahun di malaysia korg akan diajar basic bahasa jepun dan akan belajar beberapa subjek asas dalam bahasa jepun..dan selepas tu korg akan menyambung pengajian di jepun selama 4 tahun bagi mendapatkan ijazah.

Pusat Persediaan Kajian Teknikal ke Jepun ataupun lebih dikenali dengan PPKTJ  ni juga ditaja oleh JPA dan ia berteraskan 2 tahun di malaysia dan 7 tahun di jepun..semasa 2 tahun di malaysia korg akan diajar basic bahasa jepun dan selepas itu korg akan sambung 3 tahun pengajian di 高専(kousen) iaitu kolej teknikal di jepun bagi mendapatkan diploma..selepas itu korg perlu sambung lagi 2 tahun di universiti di jepun bagi mendapatkan ijazah.

institut bahasa teikyou

Institut Bahasa Teikyo atau lebih dikenali dengan IBT sama je formatnya dengan AAJ..cuma ia privately sponsored..so bagi yang berduit boleh la try mohon program ni..

kesimpulan yang aku boleh buat disini ialah :

  1. JAD     - 5 tahun (diploma+ijazah)
  2. AAJ     - 6 tahun (ijazah)
  3. PPKTJ - 7 tahun (diploma+ijazah)
  4. IBT      - 6 tahun (ijazah)
mesti ada antara korg yang tertanya-tanya..

" kenapa AAJ 4 tahun tapi JAD dan PPKTJ 2 tahun je untuk dapatkan ijazah?"

sebenarnya di jepun memerlukan 4 tahun untuk mendapatkan segulung ijazah..so AAJ akan masuk dari tahun pertama dan JAD atau PPKTJ akan masuk dari tahun ketiga (transfer credit).

selain dari program diatas, ada jugak pelajar yang datang atas tajaan PETRONAS dan sebagainya tapi jumlah mereka agak kecil je kalau dibandingkan dengan program diatas.

walaupun korg nampak perkataan "ditaja" tu macam seronok, tapi korg perlu tahu yang korg hanya akan ditaja jika korg berjaya mendapatkan segulung ijazah..kalau korg fail atau repeat year banyak kali, korg akan dikehendakai membayar semula segala kos yang korg dah pakai selama ini..

dan bagi kesemua program di atas, korg akan belajar segala subjek dalam bahasa jepun..tak kiralah dari sebasic-basic subjek seperti fizik sampailah ke subjek engineering macam thermodynamics..dan kalau rasa bahasa jepun tu senang, sila baca dulu sini untuk tahu kepayahan dia :)

kalau lepas baca entry ni korg masih berminat jugak nak ke jepun, rajin-rajinkan diri melawat page di bawah masa bulan 3 ke bulan 5 pada setiap tahun ye untuk memohon :)

  adakah anda masih berminat belajar di jepun??jom kongsikan di bawah ye :)

p/s: mungkin ada info yang dah outdated..sebab aku tulis berdasarkan pengalaman sahaja =P









Friday, August 30, 2013

cara kenalpasti kulit babi

katakan tidak kepada babi

kulit babi


Assalamualaikum wbt..entry kali ini agak kasar sikit bunyinya iaitu bagaimanakah caranya untuk kita mengenalpasti kulit babi dari produk-produk yang dibeli.

sebab aku tahu maybe ada je antara korg yang sensitivity terhadap perkataan babi ni terlebih tinggi, so kita namakan binatang ni sebagai B je la ye untuk mudahkan korg membaca.

kalau di malaysia, mungkin produk-produk yang berasaskan kulit B ni sudah ditapis awal-awal sebelum dipasarkan atau mungkin dipasarkan di ruangan yang berasingan di kedai-kedai..tapi kalau di luar negara seperti jepun, benda ni dipasarkan sekali dengan produk yang lain sebab B bukanlah something yang dorg risaukan langsung sebab tiada obligation untuk dorg supaya tidak menggunakan barang-barang dari B ni.

so ilmu pasal benda ni memang kita perlu refresh dari semasa ke semasa sebab kita akan gune ilmu ni sampai ke tua kan :)

bagi yang tinggal di negara bukan islam, amat perlu untuk kita tahu macam mana untuk kita bezakan kulit B ni dari kulit-kulit yang lain supaya kita tak menyesal di kemudian hari..sebab aku tak pasti kita boleh pulangkan atau tak barang tu dengan alasan ada kulit B, sebab dorg bukan kisah pun pasal benda ni..so akhirnya korg akan buang je barang tu dan duit korg pun akan melayang sekali..

kulit babi

macam yang korg boleh lihat kat atas ni, kulit B biasanya mempunyai 3 titik bagi setiap lubang..dan perkara ni aku rasa ramai je dah tahu..tapi apa yang aku rasa ramai kurang tahu ialah bukan semua produk yang ada 3 titik ni adalah dari kulit B.

Ehh?! bukan 3 titik je dah konfem kulit B ke??

sebenarnya ada je man-made leather atau pun sintetik yang ada 3 titik ni juga..bagi benda-benda macam ni, 3 titik tu ditambah supaya produk tu lebih menyerupai kulit yang asli.

kulit babi


so sebenarnya ada beberapa lagi ciri-ciri yang boleh menguatkan lagi pandangan korg pasal kulit B ni iaitu
  • 3 titik / lubang itu adalah menyerong
  • 3 titik / lubang tu berulang-ulang , tembus ke dalam dan tak seragam
kalau lengkap kesemua ciri-ciri di atas barulah konfem benda tu dari kulit B. tapi kalau korg kurang yakin, korg boleh je call terus customer service untuk tanya lebih detail pasal produk tu..sebab zaman sekarang kan dah canggih..banyak je benda yang boleh dicipta dari mesin tapi nampak seakan-akan asli..

tapi kalau korg malas nak konfemkan, senang cerita tak payah je beli..tutup cerita terus :)

sebelum entry ditutup, korg pernah ke terbeli barang-barang dari kulit B ni??

jom share sikit pengalaman korg nak :)



untuk maklumat lanjut boleh rujuk di sini : FACEBOOK SAHABAT HALAL JAKIM







Saturday, August 24, 2013

makanan halal di jepun

makanan halal di jepun,halal

makanan halal



Assalamualaikum wbt..

selamat hari sabtu dan selamat bercuti kepada korg semua ya..entry hari ni adalah entry yang sangat penting bagi mereka yang hendak datang ke jepun dan juga bagi mereka yang memang sudah lama berada di sini..

sebab apa aku cakap ni sangat penting??

berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W. :

[Setiap daging yang tumbuh dari bahan makanan yang haram maka api nerakalah yang lebih layak baginya].                                           (Hadis riwayat Al-Tarmizi)

mesti korg pernah dengar hadis ni kan..so jom kita mulakan..sebenarnya aku pon masih banyak yang kurang pada diri aku sendiri dan jika ada apa-apa penambahbaikan jangan malu-malu lontarkan kongsi ilmu anda di ruangan komen ya..dan terima kasih kepada saudara hisyam sebab banyak bagi tunjuk ajar ^^

macam yang pernah aku sebut dalam entry tips melancong ke jepun ,makanan halal agak susah dicari di sini dan mesti korg tertanya-tanya apa yang kitorg makan kalau macam tu kan??adakah kitorg makan rumput??mestilah tak..lol 

sebenarnya kitorg kebiasaannya akan masak sendiri je kat rumah dan barang-barang basah yang halal seperti ayam dan daging semua tu boleh kitorg order secara online..antara laman web yang aku selalu gune ialah baticrom dan ada beberapa laman web yang lain..kalau korg nak tahu lebih lanjut korg boleh search je di google..iA ada rasanya..dan makanan tu akan dipos ke rumah kitorg macam gambar di bawah ni..

makanan halal

tapi ni bukanlah masalah yang sebenar, yang menjadi masalah ialah bila korg perlu makan di luar..sebab ada beberapa pantang larang yang perlu korg tahu untuk memastikan kehalalan makanan yang masuk ke perut korg nanti..

antara perkara yang perlu korg tanya pekerja di kedai tu ialah :

1. adakah makanan tu dicampur dengan daging ?
2. adakah minyak tu digunakan minyak haiwan ?
3. ada tak ingredient dalam makanan tu gune ekstrak haiwan ?
4. dalam makanan tu ada campur alkohol atau tak ?

dan ada beberapa lagi perkara lain tapi bagi aku ni yang paling basic yang korg kena tanye..sebab selain dari ni aku rase macam dah terlampau detail..

sebab apa benda-benda dari haiwan ni tak boleh makan? 

tentulah sebab ia tak disembelih dan automatik akan jadi taraf haram sama macam cik khinzir tu..

ketika nak beli makanan di supermarket etc pula, ada satu perkara yang korg kena berhati-hati..iaitu dalam makanan tu ada tak 乳化剤 (nyu-ka-zai) iaitu emulsifier..sebab kebanyakan makanan memang terdapat benda ni..

dan bende ni terbahagi kepada 3 jenis iaitu :

1.乳化剤
2.乳化剤(大豆を含む)-sebahagian dari soybean
3.乳化剤(大豆由来)-dari minyak soybean

yang no 3 tu sahaja yang korg boleh makan tanpa ragu-ragu..bagi no 1 dan no 2 korg perlu call syarikat makanan tu untuk konfemkan nyukazai tu dari sumber apa sebenarnya..dan kalau malas nak call, senang cerita tak payah beli benda tu..dan kitorg selalu je rujuk di halal japan ni untuk tengok apa yang halal dan haram sebab makanan jepun kadang-kadang ingredient akan berubah mengikut musim..btw, jangan lupa juga tengok ada gelatin dan shortening dalam makanan tu..

setakat ni je kot dulu yang aku boleh share..so kalau korg tengok memang banyak sebenarnya pantang larang hidup di negara bukan islam ni..dan cara paling mudah ialah korg masak je sendiri..tapi tak kan la 2-3 tahun tak pernah langsung makan luar, so ilmu macam ni at least kena la ada bagi setiap orang..

bagi korg yang ada apa-apa pertanyaan, korg boleh lontarkan di komen di bawah ya..kalau tahu aku jawab,kalu tak tahu nanti aku rujuk kepada yang lebih tahu iA ^^




Friday, August 23, 2013

Tips melancong ke Jepun

melancong,jepun,selamat datang,welcome,

selamat datang ke jepun


Assalamualaikum wbt..entry kali ni aku tulis khas untuk korg yang berminat untuk melancong ke jepun..mungkin bukan sekarang tapi inshaAllah entry ni boleh dijadikan panduan untuk korg suatu hari nanti..

kali ni aku cuba huraikan tips yang korg perlu tahu sebelum korg datang ke sini supaya korg boleh buat preparation awal..bak kata orang jepun 心準備(kokoro-junbi) la kot..

kapal terbang,melancong,jepun

biasanya tiket flight sangat mahal untuk datang ke sini, jadi aku syorkan korg rancang perjalanan korg seawal yang boleh supaya korg boleh beli tiket flight awal..biasanya kalau beli awal dapatlah dalam RM1000 (air asia bukan mas) untuk pergi dan balik..dan jika ada promosi iA akan dapat lebih murah dari tu..

pemakaian khuf,khuf kulit,melancong,jepun,

bagi bab solat, pastikan korg bawak khuf supaya senang korg nak ambik air sembahyang di sini..dan semasa keluar berjalan, pastikan korg sentiasa bawak botol air untuk dijadikan air sembahyang sebab tandas di sini memang takde paip macam kat Malaysia..dan kalau korg ada sejadah kecik yang boleh simpan dalam poket tu lagi bagus untuk korg bawa sekali sebab ketahuilah yang korg akan solat merata-rata macam di tepi jalan atau dibelakang tangga nanti..

bagi pakaian pula, eloklah korg kaji dulu korg pergi tu musim apa (klik sini)..sebab kalau tersalah kaji, jenoh nak beli baju dekat sini sebab harga barang-barang sangat mahal kecuali kalau korg memang loaded..dan pastikan kasut yang korg pakai tu betul-betul selesa sebab mainly korg akan berjalan kaki ketika melancong nanti..

adaptor 2 pin,jepun adaptor,melancong,jepun,

untuk barang-barang elektronik, korg kena bawa adaptor sendiri sebab kepala suis kat sini lain dengan malaysia..so kalau korg lupa nak bawa risau nanti tak boleh nak cas handphone dan laptop tu..dan bawa la juga makanan ringan sikit-sikit dari malaysia sebab kat jepun susah nak cari makanan halal..kalau ada pun jarak antara kedai memang jaoh dan normally kedai-kedai india/nepal muslim je yang kita boleh makan..dan untuk pengetahuan korg lagi, harga biasa sekali makan dalam 1000 yen (rm35) untuk satu kepala ye.

yen,currency jepun,duit,melancong,jepun,

perkara yang paling penting, pastikan korg bawak duit berguni-guni masa nak datang sini..sebab untuk pengetahuan korg duit jepun 3x ganda lagi besar dari ringgit kita..sebagai contoh, kalau korg bawak seribu ringgit sebenarnya macam korg bawak 300 je kat jepun ni..dan biasanya duit korg akan habis banyak walaupun untuk transport je ( tren dan subway etc)..even souvenir magnet yang melekat kat peti ais tu pon dah 300yen ( dalam rm10) sebijik..so korg boleh bayang la kan harga barang lain macam mana nanti..

sebenarnya cara paling senang dan selamat ialah korg carilah sesiapa orang malaysia untuk dijadikan tour guide..iA kitorg yang tinggal kat sini dah faham selok belok hidup di negara orang..

dan sejujurnya aku cakap, jepun bukanlah negara yang korg datang untuk shoping macam korg shopping kat indonesia tu..jepun ni lebih kepada orang datang untuk menikmati keindahan alam yang ada je..btw tu just pendapat peribadi je okey :)

kalau ada ape-ape yang kurang jelas korg boleh lontarkan komen di bawah..harap dapat membantu walaupun tak banyak mana ^^

**segala gambar milik cik goo dan bukan hak milik sendiri