Friday, August 23, 2013

Tips melancong ke Jepun

melancong,jepun,selamat datang,welcome,

selamat datang ke jepun


Assalamualaikum wbt..entry kali ni aku tulis khas untuk korg yang berminat untuk melancong ke jepun..mungkin bukan sekarang tapi inshaAllah entry ni boleh dijadikan panduan untuk korg suatu hari nanti..

kali ni aku cuba huraikan tips yang korg perlu tahu sebelum korg datang ke sini supaya korg boleh buat preparation awal..bak kata orang jepun 心準備(kokoro-junbi) la kot..

kapal terbang,melancong,jepun

biasanya tiket flight sangat mahal untuk datang ke sini, jadi aku syorkan korg rancang perjalanan korg seawal yang boleh supaya korg boleh beli tiket flight awal..biasanya kalau beli awal dapatlah dalam RM1000 (air asia bukan mas) untuk pergi dan balik..dan jika ada promosi iA akan dapat lebih murah dari tu..

pemakaian khuf,khuf kulit,melancong,jepun,

bagi bab solat, pastikan korg bawak khuf supaya senang korg nak ambik air sembahyang di sini..dan semasa keluar berjalan, pastikan korg sentiasa bawak botol air untuk dijadikan air sembahyang sebab tandas di sini memang takde paip macam kat Malaysia..dan kalau korg ada sejadah kecik yang boleh simpan dalam poket tu lagi bagus untuk korg bawa sekali sebab ketahuilah yang korg akan solat merata-rata macam di tepi jalan atau dibelakang tangga nanti..

bagi pakaian pula, eloklah korg kaji dulu korg pergi tu musim apa (klik sini)..sebab kalau tersalah kaji, jenoh nak beli baju dekat sini sebab harga barang-barang sangat mahal kecuali kalau korg memang loaded..dan pastikan kasut yang korg pakai tu betul-betul selesa sebab mainly korg akan berjalan kaki ketika melancong nanti..

adaptor 2 pin,jepun adaptor,melancong,jepun,

untuk barang-barang elektronik, korg kena bawa adaptor sendiri sebab kepala suis kat sini lain dengan malaysia..so kalau korg lupa nak bawa risau nanti tak boleh nak cas handphone dan laptop tu..dan bawa la juga makanan ringan sikit-sikit dari malaysia sebab kat jepun susah nak cari makanan halal..kalau ada pun jarak antara kedai memang jaoh dan normally kedai-kedai india/nepal muslim je yang kita boleh makan..dan untuk pengetahuan korg lagi, harga biasa sekali makan dalam 1000 yen (rm35) untuk satu kepala ye.

yen,currency jepun,duit,melancong,jepun,

perkara yang paling penting, pastikan korg bawak duit berguni-guni masa nak datang sini..sebab untuk pengetahuan korg duit jepun 3x ganda lagi besar dari ringgit kita..sebagai contoh, kalau korg bawak seribu ringgit sebenarnya macam korg bawak 300 je kat jepun ni..dan biasanya duit korg akan habis banyak walaupun untuk transport je ( tren dan subway etc)..even souvenir magnet yang melekat kat peti ais tu pon dah 300yen ( dalam rm10) sebijik..so korg boleh bayang la kan harga barang lain macam mana nanti..

sebenarnya cara paling senang dan selamat ialah korg carilah sesiapa orang malaysia untuk dijadikan tour guide..iA kitorg yang tinggal kat sini dah faham selok belok hidup di negara orang..

dan sejujurnya aku cakap, jepun bukanlah negara yang korg datang untuk shoping macam korg shopping kat indonesia tu..jepun ni lebih kepada orang datang untuk menikmati keindahan alam yang ada je..btw tu just pendapat peribadi je okey :)

kalau ada ape-ape yang kurang jelas korg boleh lontarkan komen di bawah..harap dapat membantu walaupun tak banyak mana ^^

**segala gambar milik cik goo dan bukan hak milik sendiri


87 comments:

  1. good info! hope sy dpt pegi jepun satu hari nnt :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ye sudi membace :)

      Delete
    2. Salam, saya plan nak g dgn family cuti nov ni. Nak reke£em minta kalo ade org malaysia islam yg bole bwk kami bjln kt sane. Tq

      Delete
  2. kalau just nak pergi jalan2 boleh la kat jepun..kalau nak shopping...memang tak la..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak shopping baik g indon je kan..huhu :)

      Delete
    2. yup..bro..ada brp tahun lg study kt jepun?

      Delete
    3. lagi setengah tahun untuk habis degree..kalau ada rezeki sambung master tambah lagi 2 tahun kat sini iA :)

      Delete
    4. sama la kita..ada 1 semester lagi nak habis degree..

      Delete
    5. course apa korang ambil dan macam mana korang apply?

      Delete
  3. yess memang kena tempah tiket awal kalau tak memang mahal tapi dengar cerita pesawat air asia punya tambang lebih mahal kalau nak dibandingkan dengan mas ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. fakta salah rasanya tu..mas biasanya pegi balik boleh cecah rm 4k..kecualilah kalau ada promosi ke..hehe :)

      Delete
  4. kalau nak melawat boleh la. nak shopping tak kot. mcam Nad kat korea aritu huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..nak shoping kat sini memang pokai terus la jadinya nanti :P

      Delete
  5. terus low semangat aku nak pergi japan...sobs2..haha! habis tu selama ni kau makan apa dekat jepun? tadi kau kata susah nak cari makanan halal...takkan kau makan daun? heee :3 in shaa allah tips2 dari tuan hamba akan beta guna jika beta ke sana stu hri nnti...nice tipss >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. hamba masak sendiri je hari2..pokai kot kalau makan kedai..huahuahua :P

      Delete
  6. nice share..belum ada rezeki nak pergi melancong sakan ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. iA suatu hari ada rezeki dtg sini..aminn :)

      Delete
  7. good input! bila duduk negara orang ni, automatik kita belajar masak untuk survival.. nothing is impossible. satu pengalaman yang paling berharga dalam hidup kita is pengalaman :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol3x..kalau xreti masak memang kebulur la sorg2 kat sini nanti..huhu :P

      Delete
  8. haiisshh klau mcm ni lmbt lg laa bleh pegi jepun T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada rezeki nanti dapat la tu datang sini..inshaAllah :)

      Delete
  9. nice tips!!!thanx for sharing!!!!!

    ReplyDelete
  10. wahh gud2 info,, dak klas sy insyaAllah akn wt rombongan ke sana lam bln 11 ni, ngn lcturer, maybe g tokyo urban center n tokyo university,(tp sy xdpt join) bleh x suggest tmpat2 yg ad mknan halal kat kwsan tu, :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sory ye syahidah..area tokyo sy kurg arif sikit sbb sy bukan tinggal kat situ :(

      Delete
  11. Alhamdulillah, dapat juga info yang berguna supaya saya boleh buat persediaan sebab akhir tahun nanti saya akan pergi ke Jepun bagi exchange students programme :)

    ReplyDelete
  12. wahhh ishhh mahalnya duit kat sana ..tak daya kalau nak pergi sane kalau duit tak bawa banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan..nilai duit kat sini tinggi sangat..tu jarang org kita melancong kt sini :)

      Delete
    2. itu mahalnya..bro kat jepun tinggal di mana ?

      Delete
    3. sy tinggal di kansai je..kalau tokyo lagi tinggi kos hidup :)

      Delete
  13. walaeh, mahal sungguh barang Jepu nie! x dpt nak bayangkan mcm mana nak survive hdup kat sana tu. bsyukurlah tggl kat Mlaysia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap tempat ada pro and con masing2 kan..Malaysia brg murah tapi gaji masih rendah..jepun gaji tingi tp barang mahal pulak :)

      Delete
  14. Singgah dan follow sini dari segmen Mialiana.....

    Tips yang sangat berguna untuk mereka yang nak melancong ke Jepun.

    ReplyDelete
  15. yup..currency jepun sgt tinggi.last year attend training dekat sana (YOKOHAMA) for two weeks..yg best sume sponsor.bawak duet belanja jer..hehe..dapat la merasa life dekat sana..transport mmg tren lah..kitaorg diberi maps kalau nk kemana-mana..maps tu pn senang nak faham..satu lg mknn halal sgt susah nk dpt..org2 sana very nice..cuma diorg x pham english..so byk guna bahasa isyarat..apa2 pun klu nk travel ker japan kena lah study dulu yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat setuju pendapat ni..tp best la Liezhoney ada sponsor masa dtg sini :P

      Delete
  16. wah! bagus la tip ni.. lecturer saya nak sambung study kat osaka. boleh la suggest blog ni.. hihi..

    ReplyDelete
  17. tandas dia mcm kat china n korea tak ada paip..susah juga.mengikut pangalaman kakak zaza semasa melancong di sana.tapi negara diorang mmg bersih.haha, betul2 duit kena byk banyak.korea agak mahal jauh beza dengan negara sendiri =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. korea sebenarnya agak murah bagi org jepun sebab duit jepun lagi tgi dari korea..so boleh bygkan la bnyk mana duit kene bawak kan :P

      Delete
  18. assalamualaikum.saya bercadang nak pergi ke jepun.bercadang la kan.so saya dengar betul ke kalau nak ke jepun kene bagi bank statement rm 10 k. and kene isi borang tertentu untuk kerajaan jepun? agak2 la kan berape budget untuk makan n transport untuk tinggal di jepun selama 10 hari? saya tumpang rumah kawan saya.;)tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya haritu masa family sy dtg dorg kene tunjuk bank statement 8k setiap org untuk dapat visa..tapi baru2 ni macam ada cerita dah xperlu visa untuk ke jepun..ce cincalokgirls try google cerita tu :)

      Delete
    2. budget tu bergantung kawasan masa cincalokgirl pergi tu nanti..kalau tokyo maybe kurg sikit sebab makanan halal agak banyk dan tren murah berbanding di kansai..rm 2k ( tak termasuk filght ) cukup kot rasanya..sy pon kurg pasti jgk >.<

      Delete
  19. ooo..nice sharing
    teringin nak ke jepun
    beznye klo dpt tambang murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena booking awal la kalau camtu kan :)

      Delete
  20. Dah banyak kali plan tapi asyik tertangguh. Nway thank akmal for the tips..In Sha ALLAH one day mesti sampai..

    ReplyDelete
  21. waaaaaaaaa.. bagusnya tipss.. bilalea dapat gi jepun kann..

    ReplyDelete
  22. ooo mahalnyaa. sedih baru berangan nk travel kat sana satu hari nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. kumpul duit sikit2 nanti satu hari dapat la pergi iA :)

      Delete
  23. selalu tengok kat dalam tv je.. teringin nak pergi sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iA kalau ada rezeki satu hari nanti smpai la sini kan :)

      Delete
  24. Oh begitu. kena buat perancangan yang rapilah. Sedia dari kewangan juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. persediaan kewangan sangat2 penting :D

      Delete
  25. amboii kena bawak duit berguni-guni tuu . . hehe . . yang penting kena rncgan kewgan dulu baru boleh pergi . . Betul tuu kat sini lebih kpd melancong bukn utk shopping . . btw, nice tips :)

    ReplyDelete
  26. Rasa Macam nak belajar kat jepun pulak..

    ReplyDelete
  27. Waa.... nie soon akan p osaka...
    Nak tanya agak2 kalu kite bwk rice cooker kena thn kat kastam ia tak?

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. Thanks..berguna sgt nie..akak nk g haneda tgh2 dec nie.family dgn 3 knk2:-)..first day nk g fujisan, tido kat k house je...then ingat nk g disney..mana lg leh g akmal?4 hr je tapi...

    ReplyDelete
  30. beb,sy fly jepun on 22nd october 2013 ni..perlu ker jaket tebal2 sangat?sy check weather when night can reach 16celcius..and duit belanja rm1k jer ni ha..haha..payment xdpt2 lg..ni je yg hadooo..tapi rasa mcm ok je kot sbb xde niat nk shopping bagai..just like u said utk menikmati keindahan alam ciptaan Allah swt..

    ReplyDelete
  31. beb,sy fly jepun on 22nd october 2013 ni..perlu ker jaket tebal2 sangat?sy check weather when night can reach 16celcius..and duit belanja rm1k jer ni ha..haha..payment xdpt2 lg..ni je yg hadooo..tapi rasa mcm ok je kot sbb xde niat nk shopping bagai..just like u said utk menikmati keindahan alam ciptaan Allah swt..

    ReplyDelete
  32. As Salam, saya akan ke tokyo 26 Jan 14 hingga 2 feb 14. Saya bertujuan nak beli brg kereta untuk perniagan kecil-kecilan. Kalau nak hantar malaysia untuk shipping pakai ape yg murah ek?brg maybe between 150-200kg

    ReplyDelete
  33. salam...mumme dan family sedang final preparation utk terbang ke jepun december ni.dah book tiket dr feb2013.pakej flight plus hotel hilton 6ribu lebih kalau tak silap.sedang finalise patutkah masuk disneyland di musim winter.destinasi wajib gunung fuji.ingat nak sewa kereta.stok makanan pun dh beli.sedang final mengemas...juga mengintip2 kedai pre loved yg ok2 di sana.alamak,panjang nya komen...boleh ke adik tolong advise tmpat yg berbaloi dilawati pd musim winter...must visit,etc?kalau sudi nak jadi tour guide kami sekeluarga pun sgt dialu-alukan...

    ReplyDelete
  34. bawk bekal makanan siap2 dr malysia..huhu..

    ReplyDelete
  35. agak2 berape ribu harus ade untuk kesana termasuk tmbnag pergi/balik,,tambang naik keretapi kat sana,,tq

    ReplyDelete
  36. Salam.. nak tanye.. kat jepun ade prepaid card untuk data plan tak?

    ReplyDelete
  37. Useful tips even though simple, doumo arigato! ^_^
    First time melawat blog ni terus suka- a new follower here ;)

    ReplyDelete
  38. Japan mmg mahal tapi best! Sy baru balik dari sana mggu lepas. Syukur sbb saya diizinkanNya utk sampai ke sana melihat keindahan alam dan peradaban manusia

    ReplyDelete
  39. Hi Akmal....saya plan nak pegi Osaka mid January 2014.. Boleh suggest kan tempat yg sesuai utk pegi masa winter tu?

    ReplyDelete
  40. Hi Akmal....saya plan nak pegi Osaka mid January 2014.. Boleh suggest kan tempat yg sesuai utk pegi masa winter tu?

    ReplyDelete
  41. Salam akmal..leh citer ckit pasal train..camner sistem dier kalau kiter nak g dari satu tempat ke satu tempat...

    ReplyDelete
  42. Salam akmal..leh citer ckit pasal train..camner sistem dier kalau kiter nak g dari satu tempat ke satu tempat...

    ReplyDelete
  43. Beras nk bwk macam mana eh? Dengar macam strict sikit

    ReplyDelete
  44. Salam.sesiapa nak ke perth,australia?. Cuba visit www.mahiraholidayhomes.com Holiday homes kepunyaan org islam malaysia.mereka ada car rental. Boleh call 0123360098 Saya da try 2x. Memang servis terbaikkk dan penginapan yg sgt selesa dan bersih. harga memang berbaloi.mereka ada fullboard muslim pakej juga.

    ReplyDelete
  45. Artikel yg mmg dicari2 oleh oleh kami. Saye dn officemate sorng nih akn ke tokyo on 22nd Mac 2014. Boleh ceritakan tak weather masa tu bagaimana di sana? Dah panas atau masih sejuk? Agak2 berapa degrees? Tiket ke Disneyland berapa ye bila dh convert ke RM? And also satu lagi soalan... seorang kenalan saya ade bgtau kalau nk shopping di Jepun belilah brg2 buatan mereka krn lebih murah berbanding brg yg sama di Malaysia ni... cthnya mcm product SKII atau jam CASIO. But brg2 import nya mahal... malah lebih mahal dr harga brg2 import jenama yg sama yg ada di Malaysia. Betol ke? Tq.

    ReplyDelete
  46. Salam Sejahtera dari Malaysia.
    Kak dan suami bercadang nak ke hokaido melawat anak saudara di sana. Bgmpun kak bercadang nak naik flight ke nagoya dan membuat lawtan disana sebelum ke sana. Blh akmal jadi pemandu pelancung kami tak? Tarikhnya ialah pada awal Mei. Kak juga tgh cari pakej yg agak murah klu tak ada yg jemput. Terima kasih

    ReplyDelete
  47. saya dan anak2 akan ke tokyo 25 hingga 27 disember dari airport narita. boleh guide kami? kami nak ke kaki gunung fuji dan selebihnya berjalan sekitar tokyo melihat Allah's nature of beauty. brp harga tiket dari narita ke tokyo pergi balik bagi dewasa dan kanak2 berumur 11 tahun, ada homestay yang murah dan boleh masak?

    ReplyDelete
  48. haiii nak tanya 2015 masih ada disana ker

    ReplyDelete
  49. Salam, kami adalah pelajar Malaysia yang menetap di Jepun. Kami menawarkan perkhidmatan Tour Guide, Penginapan Guest House dan juga Pakej Budget dengan harga yg murah. Misi kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia melancong ke Jepun sambil dapat mempelajari budaya masyarakat Jepun.

    Sila hubungi melalui :
    Website : http://www.melancongkejepun.com/
    Facebook : Melancong Ke Jepun
    Phone : +818088695448 (Adib, Tokyo)
    Email : melancongkejepun@gmail.com

    ReplyDelete
  50. saya nak datang jepun november ni...
    boleh la bawak jalan2..
    first time jalan sendiri membawa satu family...tak habis study lagi ni..
    boleh contact kite
    atieqahbasar@gmail.com
    whasapp: 0199710154..

    ReplyDelete
  51. Assalamualaikum.. Kami sekeluarga (4 orang) akan ke jepun 21hb hingga 31hb Dis. Bermula dari osaka ke hokkaido. Saya ingin tahu tentang hotel atau quest house yang ada dijepun.. bolehkah kami walkin sahaja hotel2 yang kami jumpa kerana kami tak pasti berapa hari kami akan berada di satu tempat. Kami cuma booking hotel di hokkaido sahaja..

    ReplyDelete