Wednesday, September 4, 2013

part time di jepun

gaji di jepun


Assalamualaikum wbt..sejak beberapa hari ni entry dalam blog ni asyik dalam mood serius je kan kalau korg perasan..jadi hari ni aku nak kita kembali kepada mood santai seperti biasa dan pertama sekali jom kita tengok gambar di atas ni..

buat pengetahuan korg, sekeping duit 10 000 yen tu bernilai lebih kurang RM350..WOW!! banyak tuu?!!

dan aku sendiri tak pasti sama ada korg percaya atau tidak, duit sebanyak ini boleh aku dapat kalau aku buat part-time selama sebulan suntuk je..ye part-time..bukan bekerja tetap :)

dan korg juga jangan terkejut kalau aku cakap, korg boleh beli kereta macam ni dengan hanya menggunakan duit part-time beberapa bulan je..serius aku tak tipu

mazda rx8
**ini bukan kereta aku :)

"kau datang jepun ni nak belajar ke nak cari duit hahh?? "

mungkin ada antara korg yang berfikiran macam ni sekarang kan?? hehehe..sabar..sabar.. sebelum korg membuat spekulasi yang bukan-bukan terhadap aku, mari aku ceritakan dahulu serba sedikit pasal kisah part-time di jepun secara detail.

untuk makluman korg, di jepun part-time diiktiraf sebagai sejenis kerja yang serius dan ada masyarakat jepun sendiri yang hidup dengan hanya mengharapkan duit part-time ni sahaja.

golongan masyarakat begini dipanggil sebagai Freeter dan mereka kebiasaanya memang tidak mempunyai pekerjaan tetap[1].. tetapi sebab apa golongan ni masih mampu untuk hidup di jepun ??

gaji terendah

kalau korg lihat jadual di atas, korg boleh dapati kadar gaji minima per jam untuk kerja part-time di jepun [2] dan bagi kawasan aku iaitu shiga (滋賀) ialah sebanyak 651 yen per jam..tapi ni baru gaji minima tau..

kebiasaannya gaji yang boleh aku dapat adalah dalam range 700yen ke 1000yen bagi setiap jam atau mungkin lebih..dan untuk senangkan korg convert anggap je 100yen bersamaan RM3.50.

untuk menyenangkan lagi korg mengira, kita ambik la average dari nilai tersebut dan anggap la aku boleh buat 30 ringgit sejam, dan aku kerja selama 8 jam sehari..dan korg darabkan dengan 30 hari..

jeng jeng jeng..

total kalau aku kerja part-time selama sebulan (setiap hari) aku dah boleh dapat RM7200 sebenarnya..

ni tidak termasuk elaun kerja overtime dan elaun kerja malam lagi..

tapi sebenarnya tidaklah semudah itu bagi kerajaan jepun untuk benarkan warganegara asing untuk dapatkan duit negara dorg..sebenarnya ada je peraturan yang perlu diikut bagi orang luar yang belajar sambil bekerja di sini..

peraturan

kalau aku suruh korg tengok jadual [3] kat atas pun mesti korg takkan paham kan..hehe..so mari aku terjemahkan je la lagi senang :)

"bagi pelajar university (orang asing ) yang ingin bekerja, hanya boleh bekerja 28jam sahaja dalam semingu..tetapi bagi cuti musim panas atau musim bunga dibenarkan bekerja selama 8 jam sehari."

so kalau hari biasa, memang mustahil untuk aku dapat duit sebanyak yang kita kira di atas tadi..tapi kalau aku bekerja sepanjang cuti musim bunga atau musim panas..RM7200 tu adalah perkara yang tidak mustahil untuk aku gapai sebenarnya..

aku akui dengan bekerja part-time di sini, aku akan dapat mengenal budaya dan masyarakat jepun dengan lebih dekat dan banyak kebaikan yang boleh aku peroleh seperti kebolehan berbahasa jepun aku akan meningkat dan sebagainya..di samping duit yang agak lumayan..

tapi persoalannya sekarang..rajinkah aku??

jawapannya sudah tentulah tidak!! hahaha..sejujurnya aku lebih suka meluangkan masa cuti aku berjalan-jalan di negara orang mencari pengalaman baru..duit mungkin boleh dicari di mana-mana tetapi pengalaman berharga tidak akan dapat diganti selamanya :)

p/s: mesti ada antara korg berminat nak tahu bagaimana gaji macam ni boleh beli kereta sehebat tu?nantikan entry mengenai harga kereta di jepun dalam entry akan datang..jeng jeng jeng :)










60 comments:

  1. woaaa syok eh. pegi mana tu? hehe
    thanks sharing ^^

    ReplyDelete
  2. Wah, tgi gaji kat jepun tu.. Kalau yg rajin buat kerja part time tentu dapat hidup mewah sambil belaajar tu... Lain tempat lain pengalaman, seronokla akmal dpt byk pengalaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..biasanya org akan pilih antara dua kalau kat sini..melancong atau cari duit untuk beli kereta :)

      Delete
  3. wah..mahalnya gaji part time..nak g kerja part time kat jpun la..hihik

    ReplyDelete
  4. fuyyoooo..cuti2 sem bleh da ni terbang ke jepun..keje cuti sem..kehkehkeh~ balik mesia jd org kaya kejap..hiks~ ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp sebelum tu kena belajar dulu la bahasa jepun..jom baca entry " lets learn japanese" kat atas tu..hehee :D

      Delete
  5. mewah gajinya...tentulah di jepun kos sara hidup pun tinggi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat tinggi ..3x ganda malaysia sebenarnya >.<

      Delete
  6. kalau la kat Malaysia buat part time dapat ganjaran macam kat Jepun...mesti masyukkk...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau malaysia gaji cmni, aku pun xnak kerja tetap dah..wakaka

      Delete
  7. wowwww hebad laaa . .
    mahu tak kaya depa . .
    kerja part-time pun byk . .
    sehari kerja pun dpt RM100++
    waaaa nak duk Jepun arr :(
    hee

    ReplyDelete
  8. kerja part time pun gaji dia dah banyak mcm kerja tetap pulak. kayalah siapa2 yg duduk kt jepun ni hehehe :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tp sebenarnya kos hidup kat sini tinggi jugak

      Delete
  9. hohohoh... best jugak dapat income sebanyak tu, rajin dengan tak rajin je kan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau rajin memang boleh hidup senang je kat sini kan :P

      Delete
  10. Replies
    1. tu la..bnyk tu pun kita dah rasa cukup tinggi kan :)

      Delete
  11. Kat Malaysia gaji minimum.. RM4 sejam.. Kira tahap miskin tegar dah Kak Erin rasa ni.. Huhuhu.. Patut Kawan kak Erin study kat U.K.. Tak mau balik kerja di Malaysia.. Dia terus jadi lecturer kat sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu ramai org tak nak balik dah..sebab dah dpt gaji tinggi >.<

      Delete
  12. Tak sabar menanti cerita seterusnya...seronok pulak rasanya singgah disini..

    ReplyDelete
  13. Masa abg eq buat attachment kat Brisbane 3 bulan last year, housemate kerja part time juga. kerja kitchen basuh lantai dengan pinggan je tapi masyukkk!
    Balik umah selalu dia bw makanan lebih2 kat restoran arab tu. Abg eq tumpang sekaki... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung la abg eq..dpt mkn ns arab hari2..kehkeh :P

      Delete
  14. Replies
    1. tapi ponat pakcik nantiiii...hahaha :)

      Delete
  15. tak per bro..habiskan belajar dulu..baru fikir pasal kerja :)..good luck^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. okey bro..nasihatmu akan ku terima..kehkeh :P

      Delete
  16. "duit mungkin boleh dicari di mana-mana tetapi pengalaman berharga tidak akan dapat diganti selamanya.."
    haha.. aku suka part ni.. ^^

    ❖ Buku Nota Iman ❖

    ReplyDelete
  17. fulamak! kereta.... hahaha best tu klau dpt naik

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..sy pun teringin nak naik..tapi tuan kereta tinggal jauh sgt >.<

      Delete
  18. mahalnya gaji dia sejam dah purata RM30.00.. lumayan betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kos hidup tinggi jugak sebenarnya..akhirnya habis jugak nanti..huhu >.<

      Delete
  19. pergh..kalau kerja sebulan pun dah banyak tu dapat.. tapi fikir balik padan lah dengan kos hidup kat sana kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..kos hidup kat sini tinggi giloss >.<

      Delete
  20. Terima kasih kongsi cerita menarik ni...best dapat banyak pengalaman di tempat orang

    ReplyDelete
  21. lumayan betul..kalau dari jepun pegi Malaysia confirm jadi jutawan haha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu org jepun suka melancong kat malaysia :)

      Delete
  22. kalau mcm ni...sepantas kilat aku pindah ke jepun...muahaha!

    ReplyDelete
  23. Patut pun senang je anak cousin tu balik belajar dari Jepun bawak balik sport car Akmal! Senang nk kumpul duit rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp kena rajin la kerja kak hainom..kalau duduk melepak rumah je takde duit jugak nanti..kira anak cousin kak tu rajin la tu..hehe :)

      Delete
  24. Nak sekeping duit tu boleh? hehehe

    Nampaknya blog ini terus tekal mencatat dan berkongsi apa-apa saja tentang Jepun. Tahniah! kalau masyarakat ataupun rakyat Jepun tahu pasti berbangga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekeping tu kena kerja sehari suntuk kot cikgu..hehehe :P

      Delete
  25. ala mcm bes je keje part time dah boleh kumpul duit byk tu sbulan. ni rase nk p jepun skrg ni akmal! rawrrrr aaaaaaaa nak pegi ! nak pegi! hehehe

    ReplyDelete
  26. besnye duk sana...bile la dapat duk sana ni..angan2 mat jenin je..huhu...nak jugk merasa duk negare 4 musim ni

    ReplyDelete
  27. penulis sekarang ni duk kat jepun lagi ke??

    ReplyDelete
  28. Kt jepun kena pandai diorang punya language bru la diorang layan.

    ReplyDelete
  29. Kt jepun kena pandai diorang punya language bru la diorang layan.

    ReplyDelete
  30. sy nk jadi rakyat jepun la keje tinggal sane bosan kt malaysia tgk muke najib

    ReplyDelete
  31. Susah ke ambil dan belajar course engineering klau nak belajar kat jepun? Ada ke belajar dan ambil course engineering kat university Akiba?

    ReplyDelete
  32. As a malaysian, macam mana saya nak apply kerja di jepun walaupun tak belajar sana.? Boleh bantu.? Thanks

    ReplyDelete
  33. salam bro msih kt jpun ke?mcm mn nk apply kja sana tu.best la kt sana.sy baru blik osaka smlm.

    ReplyDelete
  34. salam bro msih kt jpun ke?mcm mn nk apply kja sana tu.best la kt sana.sy baru blik osaka smlm.

    ReplyDelete