Saturday, August 24, 2013

makanan halal di jepun

makanan halal di jepun,halal

makanan halal



Assalamualaikum wbt..

selamat hari sabtu dan selamat bercuti kepada korg semua ya..entry hari ni adalah entry yang sangat penting bagi mereka yang hendak datang ke jepun dan juga bagi mereka yang memang sudah lama berada di sini..

sebab apa aku cakap ni sangat penting??

berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W. :

[Setiap daging yang tumbuh dari bahan makanan yang haram maka api nerakalah yang lebih layak baginya].                                           (Hadis riwayat Al-Tarmizi)

mesti korg pernah dengar hadis ni kan..so jom kita mulakan..sebenarnya aku pon masih banyak yang kurang pada diri aku sendiri dan jika ada apa-apa penambahbaikan jangan malu-malu lontarkan kongsi ilmu anda di ruangan komen ya..dan terima kasih kepada saudara hisyam sebab banyak bagi tunjuk ajar ^^

macam yang pernah aku sebut dalam entry tips melancong ke jepun ,makanan halal agak susah dicari di sini dan mesti korg tertanya-tanya apa yang kitorg makan kalau macam tu kan??adakah kitorg makan rumput??mestilah tak..lol 

sebenarnya kitorg kebiasaannya akan masak sendiri je kat rumah dan barang-barang basah yang halal seperti ayam dan daging semua tu boleh kitorg order secara online..antara laman web yang aku selalu gune ialah baticrom dan ada beberapa laman web yang lain..kalau korg nak tahu lebih lanjut korg boleh search je di google..iA ada rasanya..dan makanan tu akan dipos ke rumah kitorg macam gambar di bawah ni..

makanan halal

tapi ni bukanlah masalah yang sebenar, yang menjadi masalah ialah bila korg perlu makan di luar..sebab ada beberapa pantang larang yang perlu korg tahu untuk memastikan kehalalan makanan yang masuk ke perut korg nanti..

antara perkara yang perlu korg tanya pekerja di kedai tu ialah :

1. adakah makanan tu dicampur dengan daging ?
2. adakah minyak tu digunakan minyak haiwan ?
3. ada tak ingredient dalam makanan tu gune ekstrak haiwan ?
4. dalam makanan tu ada campur alkohol atau tak ?

dan ada beberapa lagi perkara lain tapi bagi aku ni yang paling basic yang korg kena tanye..sebab selain dari ni aku rase macam dah terlampau detail..

sebab apa benda-benda dari haiwan ni tak boleh makan? 

tentulah sebab ia tak disembelih dan automatik akan jadi taraf haram sama macam cik khinzir tu..

ketika nak beli makanan di supermarket etc pula, ada satu perkara yang korg kena berhati-hati..iaitu dalam makanan tu ada tak 乳化剤 (nyu-ka-zai) iaitu emulsifier..sebab kebanyakan makanan memang terdapat benda ni..

dan bende ni terbahagi kepada 3 jenis iaitu :

1.乳化剤
2.乳化剤(大豆を含む)-sebahagian dari soybean
3.乳化剤(大豆由来)-dari minyak soybean

yang no 3 tu sahaja yang korg boleh makan tanpa ragu-ragu..bagi no 1 dan no 2 korg perlu call syarikat makanan tu untuk konfemkan nyukazai tu dari sumber apa sebenarnya..dan kalau malas nak call, senang cerita tak payah beli benda tu..dan kitorg selalu je rujuk di halal japan ni untuk tengok apa yang halal dan haram sebab makanan jepun kadang-kadang ingredient akan berubah mengikut musim..btw, jangan lupa juga tengok ada gelatin dan shortening dalam makanan tu..

setakat ni je kot dulu yang aku boleh share..so kalau korg tengok memang banyak sebenarnya pantang larang hidup di negara bukan islam ni..dan cara paling mudah ialah korg masak je sendiri..tapi tak kan la 2-3 tahun tak pernah langsung makan luar, so ilmu macam ni at least kena la ada bagi setiap orang..

bagi korg yang ada apa-apa pertanyaan, korg boleh lontarkan di komen di bawah ya..kalau tahu aku jawab,kalu tak tahu nanti aku rujuk kepada yang lebih tahu iA ^^




41 comments:

  1. thanks share. Nad kalau travel pun bwak maggi n biskut. kalau ada restoran halal kat sana baru la nad masuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cara ni paling selamat..kalo bawak makanan sendiri kita pon yakin je nk makan kn :)

      Delete
  2. ada juga ye beli barang basah secara online.. mudah =)

    ReplyDelete
  3. Majalah 3 minggu ni-akan datang tentang percutian ke Jepun dan diorang tekankan sejauh mana Jepun menyediakan makanan yang halah untuk pengunjung muslim. Nak tau lebih terperinci. Boleh la tengok =)hehe

    ReplyDelete
  4. Susah juga nak makan kat luar ye..kedai makan halal Middle East tak banyak ke kat sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau di tokyo maybe bnyk berbanding tempat lain..tp still xbynk sangat sebenarnya :)

      Delete
  5. wahhh online barang basah? ishhh susah jgk yer duk sana... thanks sharing story ini.. bestlah , kalau ada entry bagitahu yer.. excited nak bace

    ReplyDelete
  6. susah jugak yek nak cari makanan yang betol-betol halal kat sane...haissshh...

    ReplyDelete
  7. nt pg jepun nak makan free je. Mintak cik janjan masakkan. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung la awaa ada org nak masakkan :P

      Delete
    2. eh jap..br ak pasan ..aku igt sape la janjan tu td..LOL

      Delete
  8. Maksudnya setiap kali nak pergi beli makanan kena tanya dulu lah ye?
    Lebih selamat kalau masak sendiri nampaknye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tempat tu dh ade org lain tlg tanye xyah tanye dh pon xpe kot..kalau kedai2 yg 1st time dtg je kene tanye :)

      Delete
  9. perkongsian yg sgt bgus,,, tringin jgk nk smbg blaja kt sana... ^^

    trend ambil gambar makanan.. biasala tu.. kan :)
    jemput singgah baca entry terbaru..
    http://cartiecacloset.blogspot.com/2013/08/ambil-gambar-makanan-sebelum-makan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. thx ye singgah sini..nanti sy terjah sana pulak :)

      Delete
  10. senanglah kalau nak pegi Jepun lepas, dah ada macam macam info kat blog biskut celup ni..hehehe..nice sharing :)

    ReplyDelete
  11. terbaik la =) nice sharing..mmg berguna utk sesiapa yg nk kesana..tp kalau onder on9..hrga dia lebih mhal ke?? kalau ikan pula mcm mn?? sbb ikan xplu smbelih kn..agak susah juga ye..hu3..kena byak bersabar..mncari yg halal tu wajib..

    ReplyDelete
    Replies
    1. brg online mmg mahal sikit kalau dibandingkan dengan kalau beli kat kedai je..tp ikan xde masalah..boleh je beli kt kdai :)

      Delete
  12. isu makanan halal ni memang antara isu yang tak ada kesudahan bukan setakat kat luar negara tapi kat dalam negara pun macam-macam isu ada. Cuma bila kita travel or stay kat oversea lagi critical. Nak makan fish and chips pun kena fikir banyak kali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tu la kan..senang-senang masak sendiri je..terjamin sikit :P

      Delete
  13. beli brg basah menggunekn online..xprnah dgr pulak..huhu
    kalau di tmpat org,salah satu dugaan msti susah nk cari makanan halal.

    ReplyDelete
  14. nak tanya nie,kalau order makanan tu mahal tak? mcm susah jer hidup kat Jepun ni (=_=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga makanan yg order online lebih kurg je macam kt kedai di jepun..tp kalau convert dalam rm memang mahal sgt kot..bygkan sardin setin je dh 14 ringit >.<

      Delete
  15. susah juga nak dapat makanan halal di sana ya? terutamanya untuk orang yang datang melancong.. kena bawa bekalan sendiri la nampaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp kalau ada org kat sini yg tlg guide iA dorg tau je kedai2 mane boleh mkn..jgn risau ye :P

      Delete
  16. bila la ayu bole smpai jepun ni. hehehe

    salam kenal.. :)

    ReplyDelete
  17. Perkongsian yang baik untuk kita umat Islam yang berhajat melancong ke Jepun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. solat perlu di jaga tak kira di mana kita berada kan :)

      Delete
  18. sy pernah pegi Jepun, memang susah sikitlah nak cari makanan halal. setiap kali nak makan, sy kene tanye roti ni drp butter ke margerine. tp 10 hari duduk di rumah farmer di sana, sangat memberi 1001 pengalaman. BEST! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. br smpai tokyo smlm.. tetiba dh rasa bankrap..hahaha...bfast hotel mkn buah & cronflakes je...naik bas dr airport mmg mhl ek...

      Delete
  19. Salam;
    Nak tanye roughly berape nak bajet utk makan satu hari di Tokyo - lunch + dinner

    ReplyDelete
  20. salam, nak tny if makanan yg dijual di tepi jln @ dlm market mcm takoyaki, red bean bread yg bentuk ikan tu @ vege udon/shrimp udon mcm tu halal x? thanks in advance :)

    ReplyDelete