Wednesday, October 2, 2013

Anime di jepun - realiti vs fantasi

anime


Assalamualaikum wbt..entry hari ini atas permintaan Fais S.K.A dan kali ini aku ingin bercerita serba sedikit mengenai anime di jepun.

" anime tu ape..?? "

kot-kot kalau ada yang masih tak tahu pasal anime ni, anime ni sebenarnya diambil dari perkataan "animation" dan sesuka hati diubah kepada anime oleh orang jepun..kan orang jepun ni memang suka ubah bahasa orang lain jadi bahasa mereka..

sebagai contoh la, television mereka panggil terebi..dan personal komputer mereka panggil pasokon..so jangan terkejut walaupun korang dah lama belajar bahasa jepun tapi masih akan jumpa perkataan baru hasil dari perangai orang jepun ni tau.

senang cerita anime ni "kartun" la kalau nak senang faham ye..dan berbalik kepada cerita anime ni, anime ni terbahagi kepada beberapa kategori seperti kodomo(untuk budak-budak),shonen (boys'),shojo(girls') dan juga adult.

drama

di jepun ni wujud satu golongan yang digelar sebagai "otaku" iaitu mereka yang terlebih fanatik terhadap anima ataupun manga (komik) ni..dan mereka sanggup menghabiskan duit yang banyak semata-mata untuk memiliki figura mahupun koleksi-koleksi anime yang mereka gemari..dan jangan terkejut kalau aku kata mereka ni juga antara penyumbang kepada ekonomi jepun tau.

nak tahu sejauh mana keobsesan golongan otaku ni?? anda boleh klik link di bawah gambar di atas untuk melihat sebuah drama jepun mengenai kisah percintaan seorang otaku ( yang personally aku rasa agak best ).

dan sebenarnya aku sendiri adalah penggemar anime jepun tapi tidaklah seobses macam otaku ni ye..dan kali ni khas untuk bro fais , aku akan kongsikan beberapa anime yang aku rasa agak best ( dan orang jepun sendiri pun cakap best ).


sword art online episode 1



shingeki no kyojin episode 1

aku rasa tak ramai yang minat dengan anime ini..lagi-lagi orang perempuan kan?hehe..tapi aku nak jugak tanya..apa pendapat anda mengenai anime ni?? jom kongsikan di bawah ye.

sesiapa yang ada permintaan atau cadangan mengenai jepun boleh utarakan di bawah ye..kot-kot aku boleh buat entri macam kali ni lagi ke kan :)



1 comment:

  1. Salam . Saya peminat manga & anime and saya seorang perempuan . Betul cakap bro xramai yang suka manga anime ni . Mereka yang terdedah pada budaya jepun je tau manga anime , kalau x dorang panggil kartun je :) btw Shingeki kyojin memang best . rekomen tengok ya :)

    ReplyDelete