Showing posts with label cara kenalpasti kulit babi. Show all posts
Showing posts with label cara kenalpasti kulit babi. Show all posts

Friday, August 30, 2013

cara kenalpasti kulit babi

katakan tidak kepada babi

kulit babi


Assalamualaikum wbt..entry kali ini agak kasar sikit bunyinya iaitu bagaimanakah caranya untuk kita mengenalpasti kulit babi dari produk-produk yang dibeli.

sebab aku tahu maybe ada je antara korg yang sensitivity terhadap perkataan babi ni terlebih tinggi, so kita namakan binatang ni sebagai B je la ye untuk mudahkan korg membaca.

kalau di malaysia, mungkin produk-produk yang berasaskan kulit B ni sudah ditapis awal-awal sebelum dipasarkan atau mungkin dipasarkan di ruangan yang berasingan di kedai-kedai..tapi kalau di luar negara seperti jepun, benda ni dipasarkan sekali dengan produk yang lain sebab B bukanlah something yang dorg risaukan langsung sebab tiada obligation untuk dorg supaya tidak menggunakan barang-barang dari B ni.

so ilmu pasal benda ni memang kita perlu refresh dari semasa ke semasa sebab kita akan gune ilmu ni sampai ke tua kan :)

bagi yang tinggal di negara bukan islam, amat perlu untuk kita tahu macam mana untuk kita bezakan kulit B ni dari kulit-kulit yang lain supaya kita tak menyesal di kemudian hari..sebab aku tak pasti kita boleh pulangkan atau tak barang tu dengan alasan ada kulit B, sebab dorg bukan kisah pun pasal benda ni..so akhirnya korg akan buang je barang tu dan duit korg pun akan melayang sekali..

kulit babi

macam yang korg boleh lihat kat atas ni, kulit B biasanya mempunyai 3 titik bagi setiap lubang..dan perkara ni aku rasa ramai je dah tahu..tapi apa yang aku rasa ramai kurang tahu ialah bukan semua produk yang ada 3 titik ni adalah dari kulit B.

Ehh?! bukan 3 titik je dah konfem kulit B ke??

sebenarnya ada je man-made leather atau pun sintetik yang ada 3 titik ni juga..bagi benda-benda macam ni, 3 titik tu ditambah supaya produk tu lebih menyerupai kulit yang asli.

kulit babi


so sebenarnya ada beberapa lagi ciri-ciri yang boleh menguatkan lagi pandangan korg pasal kulit B ni iaitu
  • 3 titik / lubang itu adalah menyerong
  • 3 titik / lubang tu berulang-ulang , tembus ke dalam dan tak seragam
kalau lengkap kesemua ciri-ciri di atas barulah konfem benda tu dari kulit B. tapi kalau korg kurang yakin, korg boleh je call terus customer service untuk tanya lebih detail pasal produk tu..sebab zaman sekarang kan dah canggih..banyak je benda yang boleh dicipta dari mesin tapi nampak seakan-akan asli..

tapi kalau korg malas nak konfemkan, senang cerita tak payah je beli..tutup cerita terus :)

sebelum entry ditutup, korg pernah ke terbeli barang-barang dari kulit B ni??

jom share sikit pengalaman korg nak :)



untuk maklumat lanjut boleh rujuk di sini : FACEBOOK SAHABAT HALAL JAKIM