Showing posts with label produk halal di jepun. Show all posts
Showing posts with label produk halal di jepun. Show all posts

Saturday, August 24, 2013

makanan halal di jepun

makanan halal di jepun,halal

makanan halal



Assalamualaikum wbt..

selamat hari sabtu dan selamat bercuti kepada korg semua ya..entry hari ni adalah entry yang sangat penting bagi mereka yang hendak datang ke jepun dan juga bagi mereka yang memang sudah lama berada di sini..

sebab apa aku cakap ni sangat penting??

berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W. :

[Setiap daging yang tumbuh dari bahan makanan yang haram maka api nerakalah yang lebih layak baginya].                                           (Hadis riwayat Al-Tarmizi)

mesti korg pernah dengar hadis ni kan..so jom kita mulakan..sebenarnya aku pon masih banyak yang kurang pada diri aku sendiri dan jika ada apa-apa penambahbaikan jangan malu-malu lontarkan kongsi ilmu anda di ruangan komen ya..dan terima kasih kepada saudara hisyam sebab banyak bagi tunjuk ajar ^^

macam yang pernah aku sebut dalam entry tips melancong ke jepun ,makanan halal agak susah dicari di sini dan mesti korg tertanya-tanya apa yang kitorg makan kalau macam tu kan??adakah kitorg makan rumput??mestilah tak..lol 

sebenarnya kitorg kebiasaannya akan masak sendiri je kat rumah dan barang-barang basah yang halal seperti ayam dan daging semua tu boleh kitorg order secara online..antara laman web yang aku selalu gune ialah baticrom dan ada beberapa laman web yang lain..kalau korg nak tahu lebih lanjut korg boleh search je di google..iA ada rasanya..dan makanan tu akan dipos ke rumah kitorg macam gambar di bawah ni..

makanan halal

tapi ni bukanlah masalah yang sebenar, yang menjadi masalah ialah bila korg perlu makan di luar..sebab ada beberapa pantang larang yang perlu korg tahu untuk memastikan kehalalan makanan yang masuk ke perut korg nanti..

antara perkara yang perlu korg tanya pekerja di kedai tu ialah :

1. adakah makanan tu dicampur dengan daging ?
2. adakah minyak tu digunakan minyak haiwan ?
3. ada tak ingredient dalam makanan tu gune ekstrak haiwan ?
4. dalam makanan tu ada campur alkohol atau tak ?

dan ada beberapa lagi perkara lain tapi bagi aku ni yang paling basic yang korg kena tanye..sebab selain dari ni aku rase macam dah terlampau detail..

sebab apa benda-benda dari haiwan ni tak boleh makan? 

tentulah sebab ia tak disembelih dan automatik akan jadi taraf haram sama macam cik khinzir tu..

ketika nak beli makanan di supermarket etc pula, ada satu perkara yang korg kena berhati-hati..iaitu dalam makanan tu ada tak 乳化剤 (nyu-ka-zai) iaitu emulsifier..sebab kebanyakan makanan memang terdapat benda ni..

dan bende ni terbahagi kepada 3 jenis iaitu :

1.乳化剤
2.乳化剤(大豆を含む)-sebahagian dari soybean
3.乳化剤(大豆由来)-dari minyak soybean

yang no 3 tu sahaja yang korg boleh makan tanpa ragu-ragu..bagi no 1 dan no 2 korg perlu call syarikat makanan tu untuk konfemkan nyukazai tu dari sumber apa sebenarnya..dan kalau malas nak call, senang cerita tak payah beli benda tu..dan kitorg selalu je rujuk di halal japan ni untuk tengok apa yang halal dan haram sebab makanan jepun kadang-kadang ingredient akan berubah mengikut musim..btw, jangan lupa juga tengok ada gelatin dan shortening dalam makanan tu..

setakat ni je kot dulu yang aku boleh share..so kalau korg tengok memang banyak sebenarnya pantang larang hidup di negara bukan islam ni..dan cara paling mudah ialah korg masak je sendiri..tapi tak kan la 2-3 tahun tak pernah langsung makan luar, so ilmu macam ni at least kena la ada bagi setiap orang..

bagi korg yang ada apa-apa pertanyaan, korg boleh lontarkan di komen di bawah ya..kalau tahu aku jawab,kalu tak tahu nanti aku rujuk kepada yang lebih tahu iA ^^