atas permintaan kak Halijah, entry kali ini aku akan ceritakan serba ringkas kenapa dan mengapa ramai pelajar di luar negara akan membawa pulang kereta ke malaysia sejurus selepas tamat pengajian mereka..
seperti yang anda tahu, harga kereta import di negara sangat mahal jika dibandingkan dengan negara lain dan mungkin ini merupakan satu langkah kerajaan menggalakkan kita supaya membeli kereta buatan sendiri.
dan mungkin ada antara anda yang tahu bahawa bagi pelajar yang belajar di luar negara, mereka layak untuk memohon AP (access permit ) supaya cukai import ini dapat dikurangkan.
" bukan kalau ada AP cukai dah tak payah bayar ke..??"
ini adalah satu soalan yang sering aku terima dan tanggapan ni sebenarnya terpesong kot..AP bukan memansuhkan cukai import tetapi hanya mengurangkan cukai tersebut je..
cukai import kereta biasanya dalam 300% dari harga kenderaan..dan sebab tu harga kereta import jadi mahal terlebih-lebih kat negara kita..
sumber google |
" lebih 5 tahun..?? maknanya bukan kereta baru la ni.."
mungkin di negara kita , jarang orang yang beli kereta 2nd hand..mungkin sebab kurang yakin dengan keadaan kereta yang dijual..tapi bagi di luar negara dan di jepun secara khususnya, kereta terpakai sangat murah dan kondisi kereta tersebut juga biasanya sangat elok..
so memang tak mustahil ramai yang tak kisah untuk beli je kereta terpakai kat sini..
dan sebab harga yang murah ni la, banyak pelajar kita yang mampu membeli kereta yang hebat-hebat walaupun dengan hanya bekerja secara sambilan je sambil belajar..
sampai di sini dulu perkongsian aku untuk hari ini..so apa pendapat anda mengenai kereta terpakai di malaysia?? ada pengalaman untuk dikongsi bersama?
sharing is caring :)
--CHATBOX--
No comments: