Assalamualaikum wbt.
Siapa kat sini suka makan makanan mentah..?? angkat tangan sikit..hmm..apesal macam takda orang angkat tangan langsung ye..??
entry kali ni aku nak memperkenalkan kepada anda salah satu makanan jepun yang sangat sedap iaitu 海鮮丼(kaisendon)..kaisendon ni sebenarnya terdiri daripada nasi yang disertai dengan berbagai-bagai jenis makanan laut yang mentah tau..yup..100% mentah..hehe
"geli la tekak i makan benda mentah ni.."
mesti perkara ni yang terbayang-bayang dalam fikiran anda semua kan..?? sebenarnya aku pun berfikiran macam ni jugak sebelum aku sampai di negara matahari terbit ni..
tapi percaya atau tidak, sebenarnya makanan mentah di sini memang berbeza rasanya dengan di tempat kita..dan punca utamanya ialah di sini barangan mentah mereka sangat fresh..dan jugak tak hanyir..
dan nak dijadikan cerita aku sempat mencuba kaisendon ni tau..sejurus selepas aku mandi laut haritu..
taste :
price :
kaisendon kat atas ni terdiri dari nasi dan juga beberapa jenis makanan laut yang mentah seperti salmon, buri ( sejenis ikan ), udang, ootoro ( sejenis tuna ) dan salmon flakes..dan diselaputi dengan cheese yang dibakar perlahan(?).
rasa kaisendon ni memang terbaik dari ladang(?) sebab kedai aku pergi ni terletak berhampiran laut..so rasa fresh tu memang gilang gemilang la..tiada langsung rasa hanyir dan serius dapat rasa kemanisan dia..
dari segi harga mungkin agak mahal..untuk satu bowl seperti gambar di atas sudah berharga 1700 yen (100yen bersamaan RM 3.50)..tapi memang adat dunia la kan..barang yang baik pasti akan datang dengan harga yang " baik" jugak..hehe
so apa pendapat anda pasal kaisendon ni ?? mesti ramai yang geli tekak kan sekarang..hehehe :)
--CHATBOX--
No comments: