Wednesday, August 28, 2013

Japanese Restaurant : Rose Cafe

rose cafe

rose cafe



Assalamualaikum wbt..

entry kali ni akan membuka tirai baru bagi blog aku yang asyik mempromote tempat pelancongan je selama ni..kali ni aku akan cuba untuk review restoran-restoran japanese yang ada di sini yang inshaAllah boleh korg jadikan panduan ketika korg berpeluang melawat jepun nanti.

kalau sebut je japanese restaurant, konfem dalam kepala korg akan terbayang segala japanese dish seperti sushi tempura udon dan sebagainye kan??

tapi entry " Japanese Restaurant" ni sebenarnya akan cuba untuk bawa korg ke tempat-tempat best yang ada menu-menu halal di negara matahari terbit ni dan tak terbatas kepada makanan jepun semata-mata.

tempat kali ni dinamakan Rose Cafe yg terletak di bandar kyoto. tempat ni sebenarnya dekat je dengan masjid kyoto so kalau korg berpeluang singgah masjid kyoto nanti , cubalah korg singgah ke cafe ni jugak..komfem tak menyesal :)

perkara terpenting yang korg nak tahu mestilah restoran ni halal ke tak kan??

rose cafe

jangan risau ye..terang-terang tertulis logo halal di pintu masuk kedai ni dan juga terdapat sijil halal di dalam kedai. so korg boleh lah order apa sahaja tanpa ragu-ragu ye.

berkaitan menu di sini pula, sebenarnya banyak sangat benda yang nampak sedap dan awesome !! tapi tak kan la aku dapat order semua kan..so aku dah cuba research serba sedikit pasal menu dan harga seperti di bawah .

rose cafe
cake(400yen)

rose cafe
chicken kebab plate set (850yen)

rose cafe
beef burger(400yen)

rose cafe
chicken kebab wrap (600yen)
untuk senangkan korg convert nilai matawang, anggap je 100yen = RM 3.50 ye

menu yang sempat aku try ialah " chicken kebab plate set " dan seperti yang tertulis kat atas ni set ni berharga 850yen..so bagi aku set ni masih dikira murah sebab kebiasaannya satu set akan lebih 1000yen.

rose cafe

aku tak pandai sangat nak review rasa makanan ni..tapi kalau korg tengok sendiri gambar kat atas ni, mesti korg akan faham kan sesedap mana menu ni..heee :)

kalau korg nak pergi kedai ni, tunjuk je alamat di bawah kepada tour guide korg nanti ye.
〒602-0853 京都市上京区河原町通荒神口上る宮垣町 88-3

sebelum entry ditutup, korg ada nak share tak apa-apa kedai yang menu lebih kurang mcm ni?? sharing is caring kan :)





58 comments:

  1. tengok gambo pun dah terliur dibueknyo hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap sgt kan even tgk gmba je :P

      Delete
  2. Sedap semuanya akmal..Chicken kebab wrap tu sama aje chicken fold-over Mc Donald, favorite kita. Nway set menu dia macam nasi makan dengam daging masak merah..Thanks for info nway..senang nanti nak gi Japan..

    ReplyDelete
  3. kenapa sume org buat entry pasal mknn ni..p#eonix pn sama..kurus la puasa cmnii T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. bbuke nanti g la kdai2 cmni..hee :D

      Delete
  4. Tengok gambar pun da bole tau sedap ke tak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3x..xperlu cerita pon kan..huhu:P

      Delete
  5. mak ai mcm menu malaysia je hehe
    bagus boleh jd nk g jepun skrg gak ni heee

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. kan?? sy pon cm teringin nak mkn lg >.<

      Delete
  7. Mahal jugak kalau duit yen ditukarkan kepada RM kan.. Patut ada kawan mama kak Erin cakap telur ayam sebiji pun mahal? betul ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. telur 10 biji dalam 4 ringit lebih..so sebijik 40 sen je..tp sy xtau pulak hrge telur kat malaysia berapa >.<

      Delete
  8. nampak sedap tapi harga mahal kemain noh ._. sye tgk kt rasa halal antarabangsa jepun dia kte secawan kopi je dah berharga RM31? biar betul mahalnyeee >< dahlah sye teringin nk pegi jepun ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la tu..lagi2 kalau kedai yang high class >.<

      Delete
  9. Terliur tengok kek sebab mood nak makan kek. Haha. Mahal2~

    ReplyDelete
    Replies
    1. kene menabung skit2 ni kan..hehe :P

      Delete
  10. bagus panduan ni.. mudah untuk rujukan sesiapa yang nak ke jepun dan ingin mencari restoren makanan halal..

    ReplyDelete
  11. sedapnya mama tengok dan terima kasih atas panduan, entah tahun bila mama nak menjejakkan kaki ke sini, .. hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ye mama sudi singgah :)

      Delete
  12. Replies
    1. ambik bau pon dh knyg ye..huhu :D

      Delete
  13. nak terbang ke jepun sekarang jugek ! hehe : )tempting nyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy yg tgk gmbar je pon jd lapar balik :P

      Delete
  14. Replies
    1. kalau boleh dah lama aku buat..haha :P

      Delete
  15. kene bookmark blog neh kalau nak melawat jepon...hakhakhak!!!sedap gak menu dye...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap gile kot..terliur aku tgk gmba2 ni balik :P

      Delete
  16. Owh rupanya ada jugak makanan begini di Jepun, sebab sy hanya tahu sushi jer. Kalau sy makan sushi jer confirm tan akan kenyang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada je makanan selain sushi..cume ssh je la sikit nak jumpe..huhu>.<

      Delete
  17. chicken kebab wrap nampak sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan..aku teringin gk nak try lain kali :P

      Delete
  18. Replies
    1. sy pon terliur gk tgk gamba2 tu :P

      Delete
  19. semua sedap2 n semua feveret ceq ! tp skunk ase nak mkn kek tu ... nyum3

    ReplyDelete
    Replies
    1. kek tu nampak sedap sgt kan..teringin nak try >.<

      Delete
  20. Alhamdulillah..beruntungnya kalau dpt pergi ke Jepun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi singgah sini ye ain :)

      Delete
  21. eh kebetulan semalam tgok tv tmpt2 menarik kat jepun pastu berangan2 ngan mak nak gi jepun huhu. nampak sedap...tapi tak masuk ngan selera tekak lak.. kat sana ada restoran orang melayu tak? nak brekpes nasi lemak lunch rendang dinner tom yam haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada satu restoran yg masak masakan melayu di osaka..nanti bile2 sy buat review pasal restoran tu ye nana :)

      Delete
  22. pic kek tu memang sempurnakan hariku..

    hehehe..~

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalaulah dpt makan..komfem tak nak kua kedai dah..hehee :D

      Delete
  23. perhhhh ini memang ohsem Akmal.
    aaaaaaaaaaaa lapaqqqqqq T_____T

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar sabarrr..sy pon lapaq gak tgk nii >.<

      Delete
  24. kalau begini hari2...gemuklah semua pelajar2 malaysia yg ada dekat jepun tu...tahniah...tahniah...btw, cantik gambar2 ni...snap guna kamera apa?

    ReplyDelete
  25. Berkualiti sungguh gambar yang akmal ambil. Patutlah nampak sedap makanan tu.

    ReplyDelete
  26. wow nampak sedap semua tuu . . kek macam secret recipe punya pulak . . hehehe . . berpatutan laa kot harga dengan makanan tu . . Makanan tuu dah nampak mewah mestilah harga pun nak kena mahal . . hehehe

    ReplyDelete
  27. salam. nak tanya, kyoto rose cafe ni how near to kyoto mosque ek? dia satu jalan ke? appreciate kalau u tau.. thankss

    ReplyDelete