Sunday, September 8, 2013

nanba osaka

shopping
*sumber google

Assalamualaikum wbt..entry ryokou kali ni kita kita kembali semula ke jepun setelah penat seharian kita melancong di bukit tinggi semalam kan..so kali ni aku akan bawak korg berjalan-jalan di salah satu tempat yang terkenal di osaka.

tempat kali ni dinamakan なんば(nan-ba). bagi yang pernah tengok drama hanakimi mesti korg tengah terbayang muka nanba senpai kan sekarang??

pelakon
*sumber google

sebenarnya nanba ni salah satu tempat shopping di osaka dan tempat ni memang femes di kalangan kaki shopping ni..cara untuk korg datang ke sini agak banyak sebab ada beberapa subway stesen berdekatan tempat ni..dan masa aku datang hari tu kitorg ambik subway dari osaka stesen hingga ke nankai nanba stesen..dan dari situ berjalan kaki ke tempat shopping ni.

tren stesen

kalau korg datang sini untuk shopping, korg bawaklah duit seguni ye sebab walaupun tempat ni dikategorikan antara tempat yang murah sebab banyak kedai-kedai yang tak berapa nak mahal, tapi korg masih kena ingat tak mahal bagi orang jepun tak sama dengan tak mahal bagi orang kita ye :)

di nanba ni, korg boleh lihat kedai-kedai berderet je tersusun dalam satu pathway..nak terang ia bersusun macam mana ni aku macam kurang hebat..risau nanti korg pening, so lebih baik korg tengok je gambar kat bawah ni.

shopping
*sumber google

tarikan yang mesti korang tengok kalau korg datang ke nanba ni ialah glico man..glico man ni memang dah jadi trademark nanba ni sejak ia dibina pada tahun 1935..so setiap tourist yang datang sini memang tak kan lepaskan peluang untuk bergambar berlatar belakangkan glico man ni..

glico man

sebenarnya aku datang sini haritu memang betul-betul lepas aku pergi ke universal studios japan..alang-alang dah sampai osaka lebih baik terus pergi je tempat ni kan. so kalau korg tengok baju aku sama je dengan baju kat usj tu jangan la pulak korg cakap aku ada satu baju je ye =.="

budak tokyo

so apa pendapat korg tentang tempat ni? kalau diberi peluang korg nak ke shopping kat sini?jom kita berkongsi pendapat ye :)


JANGAN LUPA ISI POLL TERBARU^_^



46 comments:

  1. ambuiii layan hanakimi jugak ?
    hehe best best :)
    nice sharing .
    seriously dah boleh guide orang pergi melancong dah ni . hihi .
    singgah sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. fatin pun layan gak ke drama ni..satu geng la kita nih..haha :P

      Delete
  2. hohoh.. bestnya akmal, doa mama biar lah anak mama belajar kat sini, dia sebuk nak ke jepun.... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun doakan anak mama dpt blja kat sini..aminn :)

      Delete
  3. Nak bukan kaki shopping sgt tp kalau nk melawat tu boleh la kalau pegi sana satu hari nnty :)

    ReplyDelete
  4. waaaa.. banyak giler entri pasal Jepun ni.. bestnya kalu dapat merasa dok jepunn

    ReplyDelete
  5. ape keistimewaan glico man? gmbar mcm org brlari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. glico man ni ads untuk satu syarikat ape ntah..cume bnde ni dah macam jadi trademark nanba je :)

      Delete
  6. kalo dah kata mahal tu memang tak la kot... cuci mata sudahhh dan yang penting snap pic ^_^

    ReplyDelete
  7. bestnye asyik jln2 je . .
    jeles weyhh jeles . .
    Kalau shopping tuu rasa nye xlaa kot . .
    Baik window shopping je . .
    Mana nak amek duit BERGUNI-GUNI . .
    Akmal alang2 pergi jln2 tu beli laa brg sket tuk followers ang . .
    Pastu bagi kat kami . . bru syokkk . .
    miahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. cadangan yang bernas..nanti sy fikir2 kan ye ain :P

      Delete
  8. wahhh best nie , but mesti harga mahal., nak shopping pon tak dapatlah hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita window shopping je dh la acik kan ..haha :P

      Delete
  9. Kalau abg pergi vacation duit dalam poket kena "gebu-gebu" sikit akmal...baru puas shopping. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu abg eq..kalau poket kosong memang jadi window shopping je la kan..huhu

      Delete
  10. Saya tak minat drama Jepun, huhu... tak kenal pun. Memang ketinggalan lah saya ni kan.

    Sudah pastilah, siapa yang tak minat nak ke jepun kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada rezeki nanti cikgu datang la sini..boleh dapat idea untuk penulisan cikgu nanti :)

      Delete
  11. glico man? nama tarian ka ni? aisehhh kena google ni..mana tau lawak..haha! (inilah akibat bila baca entry main imbas ja...nak komen apa pun tatau..adooii...*maafkan kami..teng terrereng! teng teng teng!*

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni nama syarikat buat gula-gula kot..based on google la..wakaka :P

      Delete
  12. bertuahnya korang dapat duk tempat orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. iA sy akan cuba share sebanyak mana pengalaman yg sy dapat kat sini kepada semua ye mama :)

      Delete
  13. best nye....bilerlah nak sampai kat sane??bile lah nak bergambar kat sane??bile lah ko nak blanje haku neh!!kuang!!kuang!!kuang!!!!heheheh....

    ReplyDelete
  14. Replies
    1. tempat ni spot lawa kalau sapa2 pandai main teknik kamera :)

      Delete
  15. menarik tapi mesti perlu banyak duit nak shopping kat sini kan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..tp kalau setakat nak jalan2 ok je lagi kot cik itah..hee :P

      Delete
  16. Tepat sekali! langsung terbayang muka Mizushima Hiro :D
    Nice place!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya first time dengar tempt ni pun terbayang muke pelakon tu jgk..haha :P

      Delete
  17. rasanyer kalu g kt cni mmg x cukup duit,
    xleh bawa duit kt tmpat cmni..
    bawa kad kredit ler jawabnyer.
    heh.

    ReplyDelete
  18. kena kumpul duit byk2 la nak datang sini..

    ReplyDelete
  19. kalau ada peluang memang nak pergi...hubby akak dah pergi...

    ReplyDelete
  20. tempat yang menarik tapi kena kumpul duit banyak-banyak..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..tp kalau nak jalan2 je pun boleh je :)

      Delete
  21. seronoknyer jalan2...

    ReplyDelete
  22. tepat sekali..bile saye dok search pasal Namba ni memang teringat Namba Minami..
    lagi satu, pasal Tennoj..
    Nak tanye, Namba dengan Tennoj ni dekat ke tempat di?station yang paling dekat dengan namba ni ade under JR tak?

    ReplyDelete