Monday, September 16, 2013

musim panas dan laut

suishouhama
sumber google

Assalamualaikum wbt..entry kali ini masih lagi berkisahkan tempat-tempat perlancongan dan kali ini aku ingin membawa korg melihat salah satu pantai yang femes di kansai.

tempat kali ni dinamakan 水晶浜(suishouhama) dan ia terletak di 福井県(fukuiken). ia merupakan salah satu tempat yang memang agak femes terutamanya ketika musim panas..

"kenapa musim panas je?"

kalau korg pernah terbaca entry empat musim di jepun , aktiviti yang femes ketika musim panas ni ialah mandi laut..so kalau korg tak buat aktiviti ni, kira macam tak lengkap la cuti musim panas korg tu nanti kan.hee

pantai ni sebenarnya dibuka dari July hingga Ogos je..so kalau korg pergi masa tu konfem suasana tempat ni akan jadi macam dalam gambar kat atas..penuh tuu !! dah la nak mandi pun macam sesak je..permandangan pun konfem agak 'kurang enak' nanti kan..

so kami membuat keputusan untuk pergi lepas pantai ni ditutup..dan akhirnya setelah 3 minggu plan tu tertangguh sebab keadaan cuaca yang tak mengizinkan, akhirnya minggu lepas dapat la aku pergi ke tempat ni.

suishouhama

dan hasilnya korg boleh lihat dalam gambar di atas..kosong je tempat ni..nak mandi pun seronok..kalau korg lihat keadaan air tu, perghh!! lawa giler2 kot..bak kata orang putih, crystal clear blue sea gitu haa..

suishouhama

cuma satu je la risiko mandi bila pantai ni dah tutup..obor-obor !! sebab utama pantai ditutup ialah masa ni obor-obor dah mula naik(?) ke pantai ni..so kalau kena sengat tanggung sendiri la ye..dan memang aku rasa macam ada something sengat aku masa mandi tu..tapi nak mandi punya pasal..buat tak tau je la kan..hahaha

dan gambar last ni aku letak gambar aku ye satu..tak suka boleh scroll laju-laju :)

suishouhama

so apa pendapat korg tentang pantai ni? ada gaya cam tioman or redang tak?ke tempat kita lagi lawa?aku tak pernah pergi tempat-tempat exclusive macam tu so memang aku tak tau..jom kongsikan sama-sama ye :)





No comments: