Tuesday, September 17, 2013

Taufan Man Yi meLanda Jepun

banjir
sumber google


Assalamualaikum wbt..kalau korg tengok berita semalam mesti korg ada terdengar isu taufan man yi yang melanda jepun kan??

blog

terima kasih ye kat kak aiza sebab perihatin dengan keselamatan kami kat sini..untung ada kawan-kawan yang selalu ambil berat kan walau kita hanya kenal di dunia maya :)

instagram

untuk pengetahuan korg, memang semalam ada taufan kuat yang terjah tempat aku ni..dan kalau korg tengok weather forecast untuk kawasan aku, memang angin sangat kuat semalam (tengok bilangan arrow)..dan perkataan sebelah ikon warna hijau tu bermaksud 台風(taifu) iaitu taufan..

dan semalam memang agak kecoh je dengan pengumuman oleh pihak bandar dengan amaran hujan lebat akan melanda tempat aku..sebab tu satu hari terpaksa lepak rumah je..

orang hilang

dan bila aku bukak tv malam tadi, perghh !! ingatkan taufan kali ni biasa-biasa je macam yang selalu datang..tapi rupanya taufan kali ni agak ganas..sebab hampir 200 rumah dinaiki air dan kalau korg tengok kat gambar di atas, ada 2 orang disyaki hilang dibawa air deras..( based on berita semalam la)

kalau korg baca di berita malaysia pulak, lebih 300 000 orang diarah pindah dan kelajuan taufan ni selaju 162 km..so memang patut la tingkap aku bergegar macam nak pecah je kena tiup angin =.="

tetapi Alhamdulillah kawasan tempat tinggal aku agak berbukit so memang air tak kan dapat naik..dan setakat ni takda lagi aku dengar orang kita ada apa-apa masalah..

siapa cakap jepun semua best, ada je benda tak best sebenarnya..huhuhu :D

p/s: ada yang bertanya keadaan hari ini macam mana..so aku jawab dengan gambar kat bawah ye :)

17/09/2013



No comments: