Saturday, September 14, 2013

stesen kereta api 15 tingkat

kyoto tower


Assalamualaikum..entry kali ini kita akan kembali kepada topik ryokou (perlancongan) dan kali ini aku ingin bawak korg berjalan-jalan di sekitar kyoto stesen.

kalau korg perasan, kyoto stesen ni selalu aku sebut berulang kali di dalam entry-entry ryokou yang lepas..sebab apa?? ini kerana dari kyoto stesen ni memang mudah untuk korg access ke mana-mana tempat perlancongan yang berada di dalam kansai.

"kansai tu ape ye? " - sila rujuk entry perlabuhan kobe :)

dan untuk pengetahuan korg juga, dari kyoto stesen ni korg boleh naik bullet train untuk pergi ke tokyo..so kalau korg tahu je kyoto stesen ni memang korg akan senang untuk pergi ke mana-mana rasanya nanti..

"macam mana rupa bullet train tu ?" - sila rujuk entry bullet train di kedai sushi :)

sedikit maklumat pasal kyoto stesen ni, bangunan ni setinggi 15 tingkat dan ia siap dibina pada tahun 1997..so kira masih tidak terlampau tua lagi la kan..dan bagi pendapat aku, kyoto stesen ni juga adalah salah satu tempat yang wajib korg pergi kalau ingin melancong kat kansai ni nanti..

"ada apa je stesen kereta api?"

korg jangan pandang rendah ye tarikan tempat ni..walaupun namanya stesen kereta api, di dalam bangunan ni terdapat bermacam-macam perkara yang korg boleh buat seperti :


shopping mall
shopping ( Isetan,Porta underground shopping mall,The Cube shopping mall)

skway
skyway (sumber google)

pasal shopping mall aku rasa tak perlu kot untuk aku cerita panjang..mahal & branded..dua perkataan tu je dah cukup untuk buat korg paham kan..hehe

untuk naik ke skyway ni pulak, korg boleh pilih sama ada untuk naik lift, escalator ataupun tangga untuk sampai ke tingkat atas bangunan ni..

tangga tinggi

dan korg boleh lihat sendiri setinggi mana tangga yang perlu korg naik untuk sampai ke atas bangunan ni..dan kebiasaannya aku suka naik escalator yang ada kat tepi tangga tu je..hee

sebenarnya dekat atas bangunan ni juga terdapat observation deck yang membolehkan korg melihat seluruh bandar kyoto..seriusly lawa la jugak kalau korg datang waktu malam untuk tengok permandangan bandar kyoto dari atas.

kyoto malam kyoto malam

dari skyway tu pula, korg boleh melihat permandangan kyoto tower ( gambar paling atas ) dari ketinggian 45 meter dari centre hall..tapi kalau korg jenis gayat aku tak berapa rekomenkan sangat la untuk korg naik benda ni ye.

skyway
skyway(sumber google)

perkara paling penting kat sini ialah semua yang aku sebutkan di atas tadi free of charge !! dan of course kecuali shopping la kan..kalau shopping pun free memang dah lama tempat ni jadi rumah kedua aku =.=" 

so di Malaysia ada tak stesen kereta api yang superb macam ni? kalau ada aku teringin jugak nak melawat satu hari nanti..sama-sama kita kongsikan ye :)



BISKUT PERCUMA ----->>>






1 comment:

  1. hii org jepun,mcm best je kat sane,mm,,rase teringin nak pegi

    ReplyDelete