Showing posts with label kyoto tourism. Show all posts
Showing posts with label kyoto tourism. Show all posts

Sunday, November 17, 2013

kiyomizudera (清水寺) illumination

sakura
sumber : google

Assalamualaikum wbt...

sekejap je rasanya masa berjalan kan ?? tak sedar pun rupa-rupanya dah hampir separuh musim luruh berlalu meninggalkan kita..dan seperti biasa, musim luruh ni tak sah tau kalau kita tak pergi tengok kouyou (紅葉) atau dalam bahasa yang lebih senang pergi menikmati keindahan musim luruh ni..

tempat kali ni yang sempat aku lawati dinamakan kiyomizudera (清水寺) yang terletak di kyoto. tempat ni merupakan temple Buddhist yang juga merupakan salah satu tempat perlancongan yang wajib terjah kalau melancong area kyoto ni.

anda cuma perlu menaiki bas no 100 ataupun 206 dari kyoto station dan perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 15 minit..dengan tambang sebanyak 220 yen ( bas kyoto memang semua 220 yen je untuk kemana-mana ).

tempat ni dibuka dari 9 pagi sampai 4 petang pada hari-hari biasa dan akan ada special night opening sekali pada setiap musim selama lebih kurang 2 minggu lebih atau bergantung juga kepada musim ..night opening ni pula dibuka dari 6:30 petang sampai 9:30 malam je dan tiket masuk adalah berbeza dari harga biasa.

so kat sini ada sikit-sikit gambar yang sempat aku snap semasa aku terjah tempat ni hari tu ye (>'.')>

illumination

illumination

illumination

illumination

illumination

macam biasa, apa ye pendapat anda semua pasal tempat ni ?? personally aku lebih suka pergi waktu malam sebab view lagi lawa :)




Saturday, September 14, 2013

stesen kereta api 15 tingkat

kyoto tower


Assalamualaikum..entry kali ini kita akan kembali kepada topik ryokou (perlancongan) dan kali ini aku ingin bawak korg berjalan-jalan di sekitar kyoto stesen.

kalau korg perasan, kyoto stesen ni selalu aku sebut berulang kali di dalam entry-entry ryokou yang lepas..sebab apa?? ini kerana dari kyoto stesen ni memang mudah untuk korg access ke mana-mana tempat perlancongan yang berada di dalam kansai.

"kansai tu ape ye? " - sila rujuk entry perlabuhan kobe :)

dan untuk pengetahuan korg juga, dari kyoto stesen ni korg boleh naik bullet train untuk pergi ke tokyo..so kalau korg tahu je kyoto stesen ni memang korg akan senang untuk pergi ke mana-mana rasanya nanti..

"macam mana rupa bullet train tu ?" - sila rujuk entry bullet train di kedai sushi :)

sedikit maklumat pasal kyoto stesen ni, bangunan ni setinggi 15 tingkat dan ia siap dibina pada tahun 1997..so kira masih tidak terlampau tua lagi la kan..dan bagi pendapat aku, kyoto stesen ni juga adalah salah satu tempat yang wajib korg pergi kalau ingin melancong kat kansai ni nanti..

"ada apa je stesen kereta api?"

korg jangan pandang rendah ye tarikan tempat ni..walaupun namanya stesen kereta api, di dalam bangunan ni terdapat bermacam-macam perkara yang korg boleh buat seperti :


shopping mall
shopping ( Isetan,Porta underground shopping mall,The Cube shopping mall)

skway
skyway (sumber google)

pasal shopping mall aku rasa tak perlu kot untuk aku cerita panjang..mahal & branded..dua perkataan tu je dah cukup untuk buat korg paham kan..hehe

untuk naik ke skyway ni pulak, korg boleh pilih sama ada untuk naik lift, escalator ataupun tangga untuk sampai ke tingkat atas bangunan ni..

tangga tinggi

dan korg boleh lihat sendiri setinggi mana tangga yang perlu korg naik untuk sampai ke atas bangunan ni..dan kebiasaannya aku suka naik escalator yang ada kat tepi tangga tu je..hee

sebenarnya dekat atas bangunan ni juga terdapat observation deck yang membolehkan korg melihat seluruh bandar kyoto..seriusly lawa la jugak kalau korg datang waktu malam untuk tengok permandangan bandar kyoto dari atas.

kyoto malam kyoto malam

dari skyway tu pula, korg boleh melihat permandangan kyoto tower ( gambar paling atas ) dari ketinggian 45 meter dari centre hall..tapi kalau korg jenis gayat aku tak berapa rekomenkan sangat la untuk korg naik benda ni ye.

skyway
skyway(sumber google)

perkara paling penting kat sini ialah semua yang aku sebutkan di atas tadi free of charge !! dan of course kecuali shopping la kan..kalau shopping pun free memang dah lama tempat ni jadi rumah kedua aku =.=" 

so di Malaysia ada tak stesen kereta api yang superb macam ni? kalau ada aku teringin jugak nak melawat satu hari nanti..sama-sama kita kongsikan ye :)



BISKUT PERCUMA ----->>>






Saturday, August 31, 2013

Mandi bogel di jepun

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgwkpVcB3PpyXZiErrVCL1D_Nc9timrBrceRjfPK4SPJ1XWesNre5MyDifPKodb_PJH3dTy0cSmUglbRTS0-pZD5LmPOxp62XpMP6sIhBDVcTVTr_uIhQ4QUcn34nuPyityAaLschU3ZJgG/s1600/onsen.jpg

hot spring



Assalamualaikum wbt..entry kali ni nampak macam agak kurang sopan je tajuknya kan??

tapi jangan risau sebab aku takde la bijak sgt nak letak gambar-gambar tak senonoh kat blog aku nih..cuma kali ni aku nak berkongsi dengan korg salah satu budaya masyarakat jepun yang maybe korg rasa agak pelik(?) tapi memang benar-benar berlaku kat sini.

di jepun ni dorg ada satu budaya yang kita jarang buat iaitu budaya berendam dalam air panas(温泉-onsen)..kenapa bukan air sejuk??

kalau air sejuk nanti terketar-ketar la korg dalam tu..aigoo =.="

so berbalik kepada cerita air panas ni, biasanya tujuan dorg berendam ni ialah untuk mencari ketenangan sambil dapat merehatkan badan..tapi sejujurnya aku cakap , kalau aku lah pergi berendam..merehatkan badan tu maybe la boleh..tapi ketenangan tu konfem hilang..kenapa pulak??

ha!! sebab utamanya ialah dorg berendam tanpa seurat benang pun..dan untuk pengetahuan korg lagi, kolam air panas ni biasanya diopen kepada public..

so korg bayang kan korg nak berbogel beramai-ramai..dah la dengan orang asing pulak tu..mana la nak dapat ketenangan camtu kan??

sebelum korg boleh berendam, ada beberapa perkara yang korg kena buat dulu tau..so jom aku cerita sikit-sikit sambil guna printscreen yang aku ambik dari cik youtube :)


masyarakat dan budaya 
letak barang-barang korg dalam almari yang disediakan

masyarakat dan budaya
lepas tu basahkan badan korg dengan air bersih
masyarakat dan budaya
segala aktiviti cuci mencuci korg kena buat dekat tempat yang disediakan

masyarakat dan budaya
last sekali baru korg boleh masuk berendam

korg kena ingat ye..dorg masuk onsen ni bukan untuk bersihkan badan..so korg kena pastikan badan korg dah betul-betul bersih baru boleh masuk dalam onsen ni.

dan ada beberapa pantang larang jugak yang kena korg ikut masa kat onsen ni..benda-benda ni kalau korg buat seriusly pakcik makcik yang ada kat situ akan pandang korg dengan pandangan yang tajam macam nak makan korg

masyarakat dan budaya
jangan pakai walau seurat benang ketika berendam

masyarakat dan budaya
jangan nak mengada-ngada nak lompat2 atau berenang

masyarakat dan budaya
jangan bising-bising macam kat pasar malam

kalau korg rasa boleh ikot segala benda yang aku sebut sebentar tadi, silakan dengan segala hormatnya untuk korg berendam kat onsen nih..

tp aku konfem tak boleh ikot part kena bogel tu..so memang sampai sekarang aku sekali pun tak penah masuk onsen ni walau pernah beberapa kali member ajak..

jap?! gay ke ajak mandi sama??

OH tidak!! dorg bukan gay okey..lol

sebenarnya memang budaya ni dah ditanam dalam kepala dorg sejak dorg kecik lagi..so dorg anggap mandi bogel ramai-ramai ni benda normal je.

dan jangan terkejut kalau dorg pulak yang rasa pelik bile korg cakap korg segan nak mandi bogel ni..last-last korg pulak yang kena cop manusia pelik =.="

sebelum entry ditutup, sape ada pengalaman mandi kolam air panas?? jom share kot-kot ada tempat menarik yang kita still tak tahu lagi.

sharing is caring..hee :)

p/s : korg perasan tak aku mention "pakcik dan makcik"?? walaupun tak banyak, sebenarnya ada je onsen yang campur laki perempuan..tapi jangan nak otak kuning sangat haa (ノ-_-)ノ~┻━┻










Wednesday, August 28, 2013

Japanese Restaurant : Rose Cafe

rose cafe

rose cafe



Assalamualaikum wbt..

entry kali ni akan membuka tirai baru bagi blog aku yang asyik mempromote tempat pelancongan je selama ni..kali ni aku akan cuba untuk review restoran-restoran japanese yang ada di sini yang inshaAllah boleh korg jadikan panduan ketika korg berpeluang melawat jepun nanti.

kalau sebut je japanese restaurant, konfem dalam kepala korg akan terbayang segala japanese dish seperti sushi tempura udon dan sebagainye kan??

tapi entry " Japanese Restaurant" ni sebenarnya akan cuba untuk bawa korg ke tempat-tempat best yang ada menu-menu halal di negara matahari terbit ni dan tak terbatas kepada makanan jepun semata-mata.

tempat kali ni dinamakan Rose Cafe yg terletak di bandar kyoto. tempat ni sebenarnya dekat je dengan masjid kyoto so kalau korg berpeluang singgah masjid kyoto nanti , cubalah korg singgah ke cafe ni jugak..komfem tak menyesal :)

perkara terpenting yang korg nak tahu mestilah restoran ni halal ke tak kan??

rose cafe

jangan risau ye..terang-terang tertulis logo halal di pintu masuk kedai ni dan juga terdapat sijil halal di dalam kedai. so korg boleh lah order apa sahaja tanpa ragu-ragu ye.

berkaitan menu di sini pula, sebenarnya banyak sangat benda yang nampak sedap dan awesome !! tapi tak kan la aku dapat order semua kan..so aku dah cuba research serba sedikit pasal menu dan harga seperti di bawah .

rose cafe
cake(400yen)

rose cafe
chicken kebab plate set (850yen)

rose cafe
beef burger(400yen)

rose cafe
chicken kebab wrap (600yen)
untuk senangkan korg convert nilai matawang, anggap je 100yen = RM 3.50 ye

menu yang sempat aku try ialah " chicken kebab plate set " dan seperti yang tertulis kat atas ni set ni berharga 850yen..so bagi aku set ni masih dikira murah sebab kebiasaannya satu set akan lebih 1000yen.

rose cafe

aku tak pandai sangat nak review rasa makanan ni..tapi kalau korg tengok sendiri gambar kat atas ni, mesti korg akan faham kan sesedap mana menu ni..heee :)

kalau korg nak pergi kedai ni, tunjuk je alamat di bawah kepada tour guide korg nanti ye.
〒602-0853 京都市上京区河原町通荒神口上る宮垣町 88-3

sebelum entry ditutup, korg ada nak share tak apa-apa kedai yang menu lebih kurang mcm ni?? sharing is caring kan :)





Tuesday, August 27, 2013

cerita ryokou : びわ湖バレイ

 musim bunga di jepun

biwako valley



Assalamualaikum wbt.. 

旅行(ryo-kou) bermaksud melancong dalam bahasa jepun dan entry kali ni jom aku perkenalkan kat korg salah satu tempat pelancongan yang best yang ada di sini.

tempat kali ni dinamakan びわ湖バレイ(biwako-barei) iaitu biwako valley yang terletak di puncak bukit berhampiran biwako. Buat pengetahuan korg, biwako ni adalah nama sebuah tasik di dalam shiga (滋賀) prefecture yang merupakan tasik terbesar di jepun..tapi cerita pasal tasik ni aku akan detailkan dalam entry yang lain ye :)

biwako valley ni dibuka hampir sepanjang tahun (tapi ada je masa ditutup untuk maintenance) sebab ada je aktiviti yang boleh korg lakukan tak kiralah musim bunga panas mahupun musim sejuk. dan fyi tempat ni juga antara tempat ski yang best yang ada di dalam shiga juga tau.

untuk datang ke tempat ni, korg perlu ambil tren dari kyoto ke 志賀(shiga) station, dan dari situ korg kena naik bas selama 10 minit untuk tiba ke tempat ni.

so bila sampai je kat tempat ni, first sekali tentulah korg kena beli tiket untuk naik ropeway yang akan bawa korg untuk sampai ke puncak bukit. harga ropeway ni 1800yen (RM63) untuk pergi dan balik tapi kalau korg beli satu hala je harga dia 1000yen (RM35).

gambar ropeway tu korg boleh tengok macam yang kat atas sekali tu.

lepas korg sampai je kat atas puncak bukit ni, korg boleh la jalan-jalan menikmati keindahan alam sebab bunga-bunga yang ditanam kat tempat ni memang awesome kot !!

musim bunga di jepun

musim bunga di jepun

musim bunga di jepun

kalau korg tengok kat gambar 1st tu, korg akan nampak chairlift yang pernah aku cerita dalam entry snowboard  dulu kan..untuk naik chairlift ni pun korg kena bayar tiket jugak..tak silap aku 1000yen (RM35) untuk membolehkan korg naik benda tu tanpa had..tp aku rasa better jalan je

selain taman bunga ni, aktiviti lain yg korg boleh buat ialah zipline..or maybe korg panggil flying fox kot..or maybe flying fox tu benda lain?? hahaha..tak kisahlah korg panggil aktiviti ni ape pun..tapi yang penting aktiviti ni memang best !!  btw kos zipline ni sebanyak 3000yen (RM105) tau.

musim bunga di jepun, zipline

pedulikan muka aku yang semangat terlebih tu =.="

so smpai di sini je kot entry untuk kali ni..sape-sape yang pernah try flying fox tu, korg ce try tgk gambar kat atas ni..same ke zipline tu dengan flying fox?? aku pun dah keliru..hahaha :D



Monday, August 12, 2013

cerita ryokou : 梅宮大社

umenomiya shrine


旅行(ryo-kou) bermaksud melancong dalam bahasa jepun dan kali ni aku nak perkenalkan dekat korg salah satu tempat pelancongan yang best di kyoto.

tempat ni dinamakan 梅宮大社(u-me-no-mi-ya-tai-sya) yang bermaksud umenomiya shine dan kalau korg nak tahu, kyoto amat terkenal di kalangan pelancong2 asing dengan temple2 dorg yang bersepah2 dalam bandar kyoto ni.

antara tempat2 yang femes di kyoto ialah 金閣寺( kin-ka-ku-ji) yang bermaksud golden temple tapi cerita pasal temple tu aku dah ceritakan dekat entry the golden temple.

umenomiya temple ni maybe agak kurang terkenal dan aku sendiri pon langsung xtahu kewujudan tempat ni sampailah kawan jepun aku yang introduce tempat ni masa kitorg keluar jalan2.

keistimewaan temple ni maybe bukan pada binaannya macam temple2 yang lain tapi keistimewaannya adalah pada hiasan bunga2 di sekitar temple ni.

so kalau korg nak pergi tempat ni, sebaik2 nya pergilah masa musim bunga agar korg dapat tengok keindahan sebenar temple yang xberapa nak femes ni..hehe

btw ni ada beberapa gambar kenangan masa aku melawat tempat ni ^^