Monday, September 9, 2013

Tokyo 2020

tokyo 2020


Assalamualaikum wbt..entry kali ni aku ingin bercerita mengenai tokyo 2020 yang memang menjadi isu hangat di jepun baru-baru ini.

"tokyo 2020 vs wawasan 2020"

wah?!! nampak macam ada kaitan di situ kan? adakah Tun M kita terlibat dalam isu ni? actually langsung takde kaitan pun sebenarnya la =.="

baru-baru ni, tokyo telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi menganjurkan sukan olimpik pada tahun 2020 nanti [1]..so tu yang jadi tokyo 2020 tu..ada faham?hee 

"Hmm..sukan olimpik tu ape sebenarnya eh?"

buat korg yang masih pening-pening lalat pasal hal ni, sukan olimpik ni merupakan sukan international yang disertai lebih dari 200 negara di dunia..dan buat pengetahuan korg lagi, sukan ni diadakan setiap 4 tahun sekali je..tapi kalau korg gabungkan summer games dan winter games maknanya akan jadi 2 tahun sekali la tau..[2]

tokyo 2020

dengan terpilihnya jepun untuk menjadi tuan rumah, maka jepun dengan rasminya menjadi antara negara yang dapat menganjurkan sukan olimpik ni lebih daripada sekali..dan kalau korg nak tahu, jepun sekarang antara negara yang paaaling banyak berhutang..

so sebab tu dorg beria-beria sangat nak jadi tuan rumah untuk menganjurkan olimpik ni..

" dah tu kalau banyak hutang buat ape nak anjur macam-macam pulak?"

buat pengetahuan korg lagi, apabila dapat menjadi tuan rumah kepada sukan macam ni, negara tu akan diberi bajet untuk menyediakan facility dan kali ni jepun bid dalam 5 ke 6 billion dollar untuk sukan ni..dan dijangka dorg boleh mengaut semula economic benefit sebanyak 30 billion dollar nanti [3]..so faham dah kenapa dorg semangat nak jadi tuan rumah?
malaysia

 "Malaysia pun pernah jadi tuan rumah kan??yang maskot orang utan tu??"

NOPE..salah tu pengetahuan am korg..yang malaysia pernah anjurkan pada tahun 1998 tu adalah sukan komanwel..bukan olimpik..sukan komanwel ni 4 tahun sekali juga tapi hanya negara-negara komanwel (pernah dijajah british) je yang boleh sertai [4]..

aku teringin jugak ni pergi tengok sukan ni..mesti gempak lagi-lagi kalau jepun yang buat..kan orang jepun ni semangat dorg memang terlebih-lebih je setiap masa =.="

tapi 2020 tu macam lambat sangat je..entah aku ada lagi ke tak kat jepun pun aku tak tau..doa-doa je la aku ada lagi kat sini kan :)

sebelum entry ditutup, dengan tidak menggoogle dan sebagainya..korg rasa tokyo 2020 ni akan jadi sukan olimpik ke berapa? cepat teka..jangan mengelat ye..hehee :)



POLL TERBARU DAH SIAP ^_^






58 comments:

  1. hihihi...akak faham jugak pasal sukan olimpik nie...tahun 2020 kat jepun ya...

    ReplyDelete
  2. entahl;a yg keberapa,smalam tgk dkat berita,diorang kemain suka lagi olimpik tu buat kat jepun,ouhh..baru tahu kenapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. jepun ni kalau pasal duit memang dia suka je :P

      Delete
  3. kalau 2020 sempat lagi kumpul duit fly away ke jepun sbb na tgok suka olimpik ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena beli tiket awal2 la kan..konfem harga flight melambung masa tu nanti >.<

      Delete
  4. oouhhh..baru paham pasal sukan olimpik ni...

    p/s soalan tu...jawapan sy...entahlah sy pun tak tahu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. jawapan dy ialah yg ke 32..tp sy pun curi tgk kt google gak..hee :P

      Delete
    2. apa+ pun memang google la menjadi pilihan haha :D

      Delete
  5. owh, 32 jawapan dia.. hehe.. dengan peruntuka yang mereka dapat tu boleh la dibuat pelaburan.. bijak betul mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dorg mmg bijak je pasal duit2 ni..hee :P

      Delete
  6. Teringin nak tahu wawasan tokyo 2020.. dari segi kecanggihan teknologi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wawasan tokyo 2020? kalau ada mesti hebat tu :P

      Delete
  7. komanwel tu pun betahun juga nak siapkan...inikan pulak kalau nak buat olimpik...
    7 thun lgi...sempat2 pgi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..sempat je rasenya dorg nak buat..siap leh buat grand2 lagi sy rasa :)

      Delete
  8. Sukan olimpik, sukan terbesar di dunia...pasti memberi pulangan yg berlipat ganda. Tapi kenapa di beri pada negara yang sudah pernah menganjurkannya...kenapa tidak di beri peluang kpd negara pemohon yg masih belum merasa menganjurkannya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..ada je sy dgr pendapat macam ni..sy pun xtahu nak ulas macam mana..sebab sy pun xdetail sgt apa kriteria2 untuk terpilih supaya dpt jadi tuan rumah >.<

      Delete
  9. Tokyo 2020 dgn Wawasan 2020..heheheh..itu jugak yg terlintas ms dgr psl ni..by d way..Jepun adalah negara luar yg sgt Tun M adore..x caya cuba baca buk Dr in d house..

    Salam ziarah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..kalau tnya org jpun pun ramai antara mereka yg kenal dgn Tun M..tp tun M je la..org lain depa xknal..haha :P

      Delete
  10. tahun lepas saya missed yang kat london..sebab sampai sini, event baru habis..hopefully akmal ada chance tgk yang kat sana lak ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak..hopefully sy dapat stay kat sini smpai 2020 kan..lamanyaaa >.<

      Delete
  11. Replies
    1. sy minat tengok keputusan je..hahaha :P

      Delete
  12. orang jepun kalau semua benda memang melebih2 diorang ni .

    ehemmm.. hahahahah betul ke idakkkk???!!! :P

    ReplyDelete
  13. Malaysia pun boleh jadi penganjur sukan ni jugak ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa macam layak je..tapi peluang nak dapat macam tipis sebab rasanya ada banyak kriteria2 yang perlu dipenuhi untuk jadi tuan rumah :)

      Delete
  14. Yes, setiap penganjuran acara tertentu di sesebuah negara dapat menigkatkan ekonomi sebab demand terhadap duit negara tersebut. Sebab tu la banyak negara bersedia habis-habis nak bida semua acara espc sukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..sebab tu setiap negara nak sangat jadi tuan rumah benda2 macam ni :)

      Delete
  15. zara kurang minat sukan ..hehehe..sowie..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun minat tgk keputusan je ..haha :P

      Delete
  16. orang Jepun memang sentiasa bersemangat
    sebab tuu negara dia orang maju
    pasal sukan-sukan ni tak pernah amik tau
    kalau ad dpn mata tgk je
    hehehehe . .
    soalan awak tuu memang tak dpt jwb

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun cari google je jawapan soalan tu..hahaha :P

      Delete
  17. tak boleh nak teka sebab xminat sangat sukan ni ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun cari jwpn kat google je..hee :P

      Delete
  18. hu3..kalau xgoogle mmg xpasti jwapannya =) myb 53 kot..tp 2020 tu lmbat lg..ntah hidup @ x..mgkin tokyo pn akan bina stadium bru..beruntung mereka..nnti ekonomi dr segi pelancongan pn naik..jepun smstinya sbuah ngra yg pelik ha3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 tu dah betul dah..tp jwpn sebenarnya 32..huhu :P

      Delete
  19. macam x nak balik malaysia jer gayanya...hakhakhak!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepak lu selama yg boleh bro..hahaha

      Delete
  20. hah! 32 la sebab jawapan dah bocor! huhuhu. saya suka tengok sukan gimnastik ngan sukan air je. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy suke tgu keputusan last je..pastu sokong mane yg menang..hahaha :P

      Delete
  21. pandai jepun kalau soal duitkan :) tapi sukan olimpik ini memang sukan paling termasyur di seluruh dunia ...

    ReplyDelete
  22. Jemput join :)

    http://csmaryam.blogspot.com/2013/09/segmen-pertama-che-yam.html

    ReplyDelete
  23. beza tu kita dengan dorang punye wawasan hehe jwpn da banyak dekat atas nie sukan olimpik ke berapa hehe

    ReplyDelete
  24. Ohhh jepun tuan rumah olimpik akn dtg...hahaha! aku baru tau....pffttt... =..="

    ReplyDelete
    Replies
    1. akan akan datang..yg akan dtg ni (2016) bukan kat tokyo lagi :P

      Delete
  25. dengaq cita acara skuasy takde tu yg nicol frust nonggeng tu...mampukah realisasi Tun M mencapai negera 2020? haaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada dpt la bangga sikit malaysia ada satu pingat emas nanti kan :P

      Delete