Friday, September 20, 2013

Menyambung pelajaran di jepun

jepun

Assalamualaikum wbt..disebabkan ramai yang bertanya tentang cara hendak menyambung pelajaran di jepun, so lebih baik aku simpulkan sahaja dalam satu entry supaya perkara ni boleh dikongsi bersama semua..bagi sesiapa yang ada adik/sedara/kawan yang ingin belajar di jepun, sila baca dengan teliti ye :)

bagi lepasan SPM , terdapat 4 cara utama untuk belajar ke jepun bagi program ijazah.
  1. Japanese Associate Degree - program yang aku ikuti :)
  2. Ambang Asuhan Jepun
  3. Pusat Persediaan Kajian Teknikal ke Jepun
  4. Institut Bahasa Teikyo
yayasan pelajaran mara

Japanese Associate Degree ataupun dikenali dengan JAD merupakan program yang ditaja oleh YPM (Yayasan Pelajaran Mara).Program ni berteraskan 3 tahun di Malaysia dan 2 tahun di jepun..semasa 3 tahun di malaysia, korg akan diajar segala basic mengenai bahasa jepun dan diakhir tahun ketiga nanti korg akan dianugerahkan segulung diploma dari universiti di malaysia..dan selepas itu korg perlu menyambung lagi 2 tahun pengajian di universiti di jepun bagi mendapatkan segulung ijazah.

jabatan perkhidmatan awam

Bagi Ambang Asuhan Jepun atau lebih dikenali sebagai AAJ, program ni ditaja oleh JPA dan ia berteraskan 2 tahun di Malaysia dan 4 tahun di jepun. sama seperti JAD, 2 tahun di malaysia korg akan diajar basic bahasa jepun dan akan belajar beberapa subjek asas dalam bahasa jepun..dan selepas tu korg akan menyambung pengajian di jepun selama 4 tahun bagi mendapatkan ijazah.

Pusat Persediaan Kajian Teknikal ke Jepun ataupun lebih dikenali dengan PPKTJ  ni juga ditaja oleh JPA dan ia berteraskan 2 tahun di malaysia dan 7 tahun di jepun..semasa 2 tahun di malaysia korg akan diajar basic bahasa jepun dan selepas itu korg akan sambung 3 tahun pengajian di 高専(kousen) iaitu kolej teknikal di jepun bagi mendapatkan diploma..selepas itu korg perlu sambung lagi 2 tahun di universiti di jepun bagi mendapatkan ijazah.

institut bahasa teikyou

Institut Bahasa Teikyo atau lebih dikenali dengan IBT sama je formatnya dengan AAJ..cuma ia privately sponsored..so bagi yang berduit boleh la try mohon program ni..

kesimpulan yang aku boleh buat disini ialah :

  1. JAD     - 5 tahun (diploma+ijazah)
  2. AAJ     - 6 tahun (ijazah)
  3. PPKTJ - 7 tahun (diploma+ijazah)
  4. IBT      - 6 tahun (ijazah)
mesti ada antara korg yang tertanya-tanya..

" kenapa AAJ 4 tahun tapi JAD dan PPKTJ 2 tahun je untuk dapatkan ijazah?"

sebenarnya di jepun memerlukan 4 tahun untuk mendapatkan segulung ijazah..so AAJ akan masuk dari tahun pertama dan JAD atau PPKTJ akan masuk dari tahun ketiga (transfer credit).

selain dari program diatas, ada jugak pelajar yang datang atas tajaan PETRONAS dan sebagainya tapi jumlah mereka agak kecil je kalau dibandingkan dengan program diatas.

walaupun korg nampak perkataan "ditaja" tu macam seronok, tapi korg perlu tahu yang korg hanya akan ditaja jika korg berjaya mendapatkan segulung ijazah..kalau korg fail atau repeat year banyak kali, korg akan dikehendakai membayar semula segala kos yang korg dah pakai selama ini..

dan bagi kesemua program di atas, korg akan belajar segala subjek dalam bahasa jepun..tak kiralah dari sebasic-basic subjek seperti fizik sampailah ke subjek engineering macam thermodynamics..dan kalau rasa bahasa jepun tu senang, sila baca dulu sini untuk tahu kepayahan dia :)

kalau lepas baca entry ni korg masih berminat jugak nak ke jepun, rajin-rajinkan diri melawat page di bawah masa bulan 3 ke bulan 5 pada setiap tahun ye untuk memohon :)

  adakah anda masih berminat belajar di jepun??jom kongsikan di bawah ye :)

p/s: mungkin ada info yang dah outdated..sebab aku tulis berdasarkan pengalaman sahaja =P









14 comments:

  1. Saya lepasan spmv.. x ada science stream.boleh x nk mohon ? Atau sambung form 6 ?

    ReplyDelete
  2. hi, im taking sains teknikal. kalau nk study dkt jepun after spm kena dapatkan straight A's ke? Or 6A / 7A pon dah boleh?

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum. klau dri lpsan dip mcmna pla nk smbg ke jepun? tq :D

    ReplyDelete
  4. smua course utk study kat jepun engineering ke?ad tak medic ke,course2 lain ke..

    ReplyDelete
  5. saya betul2 minat. Tp syarat2 nk ambek JAD menghalang. ada cara lain x?

    ReplyDelete
  6. Salam..sy dari institut teknikal jepun malaysia..diplom Kjuruteraan elektronik...so sy bercdg u smbung ke jepun..jd mcm mne ye??

    ReplyDelete
  7. Setakat ni dok tengok yg pergi Jepun course dia lebih kurang sama ja, arkitek, kejuruteraan, kedoktoran dan sbg...
    Tpi x pernah dengar lg yg pergi wat ijazah dlm bidang animasi?
    Kenapa ya, sbb kos hidup yg mahal ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pelajar dip teknologi animasi kt icym,,,jnuh gak nk cari camne nak smbung ke jepun,,,mmg x leh ke??

      Delete
  8. hi tolong saya belikan barang boleh?sy beri upah kalau sudi :)

    ReplyDelete
  9. Assalam...Nk smbung bljr kt jpun lpasan stpm dlm bdg seni @ animasi bole X..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kalau nak amik animasi/seni di IBT(private). Saya sbgai pljr IBT mmg syorkan amik kos tu kat IBT sbb sensei2 mmg sporting dan pembelajaran kat situ best.

      Delete
    2. bdg animasi yg bkn private xbleh ker..hurmm xde duit

      Delete