Tuesday, September 10, 2013

Summer nude review

review

Assalamualaikum..entry kali ini aku ingin berkongsi dengan korg antara drama musim panas yang tengah hot di jepun sekarang ni..walaupun ada perkataan ' nude ' dalam tajuk cerita ni, jangan risau sebab cerita ini masih dikategorikan untuk tatapan umum ye ^_^

yamashita tomohisa

Asahi- seorang pemuda luar bandar yang bekerja sebagai photographer. dia ditinggalkan oleh kekasih lamanya tetapi masih setia menanti kepulangan wanita tersebut walaupun sudah tiga tahun berlalu. seorang lelaki yang amat setia dan menganggap hanae tidak lebih daripada 'childhood friend' semata-mata.

toda erika

Hanae- gadis kampung yang menyimpan perasaan terhadap asahi sejak dari kecil lagi. tetapi dia terpaksa memendam perasaan tersebut kerana hati asahi sudah dimiliki wanita lain. walaupun asahi masih setia menanti kepulangan kekasih lamanya, hanae tetap menyokong setiap tindakan asahi dan rela hanya menjadi kawan biasa walaupun hatinya sering terluka dengan perbuatan asahi.

karina

Natsuki- seorang gadis bandar yang bekerja sebagai head chef di sebuah hotel terkemuka. tetapi dia memutuskan untuk berhenti bekerja kerana ingin berkahwin dengan tunangnya. malang tidak berbau, pada hari perkahwinan tersebut pengantin lelaki melarikan diri dan ketika itu bermulanya pertemuan natsuki dan asahi yang kebetulan menjadi wedding photographer pada majlis tersebut.


nagasawa masami

Kasumi - bekas kekasih asahi yang melarikan diri secara tiba-tiba tanpa sebab yang jelas . kedudukannya sekarang masih tidak diketahui. 

"Jaga diri baik-baik" 

kata-kata dari sepucuk surat yang diterimanya daripada asahi membuatkan natsuki kembali tercari-cari arah hidupnya selepas dia ditinggalkan kekasih di hari perkahwinannya. Kedatangannya ke sebuah perkampungan terpencil atas pelawaan asahi supaya menjadi tukang masak sementara di sebuah kedai kecil di tepi pantai menjadi titik tolak kepada sebuah perhubungan yang tidak dijangka oleh mereka semua.

Adakah asahi berjaya melupakan kekasih lamanya walaupun setelah 3 tahun ia setia menanti kepulangan wanita tersebut ?

Adakah hanae cukup berani untuk meluahkan perasaannya kepada asahi yang disimpan bertahun-tahun lamanya?

dan adakah kasumi akan pulang setelah 3 tahun menghilangkan diri tanpa sebab yang pasti?

jom kita tengok ramai-ramai drama ni ye ^_^

btw, drama ni disiarkan setiap hari isnin jam 9 malam..tapi kat tv jepun je la..dan minggu depan adalah episod terakhir..tapi aku rasa dah ada yang bersubtitle untuk episod-episod sebelum ni kalau korg pandai cari kat internet..

bagaimana dan dimana nak cari aku tak boleh nak ajar ye..korg kan pandai bab-bab ni kan..hee :)


POLL TERBARU DAH SIAP ^_^




49 comments:

  1. wahhh macam best cerita nie , di siarkan di mana ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tgh on-going dkt siaran jepun je acik..tp kalau carik kat internet ade je :)

      Delete
  2. huhuhu....lom bole 'masuk' lgi drama jepun...sbb tgh asyik masyuk ngan drama korea...hahaha..

    lgipun kat Msia nie...ada ke stesen yg siar drama jepun..? blom fenomena lgi rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman skrg kak mana layan dah drama dekat tv ni..semua carik dekat internet je..huhuhu :P

      Delete
  3. macam best cter ye...kene cari ny... thanx 4 da info.. =)

    ReplyDelete
  4. macam bes jer...nak kena cari ni...thanks for sharing...hehehe ^_^

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. orang jepun mmg tgh layan cerita ni..kalau ada masa try la cari kak :)

      Delete
  6. Replies
    1. ada masa try la cari..best tau..bg sy la :P

      Delete
  7. ok, mcm menarik pulak cinta bersegi2 ni...hehe...hero heroin, pun..mmm ok...kenal, so nnti tgok mmg tak awkward lah..sbb dah kenal dgn pelakon2nya...setakat ni aku byk layan drama korea ja..nak test gak drama2 jepun.. heee =3

    ReplyDelete
  8. Tajuknye mengejutkan...mungkin sebagai daya tarikan kot, hehe
    Krang minat cite bersiri panjang2 ni...tapi kalau orang rumah...usah cakap le, siap beli koleksi CD lagi!

    ReplyDelete
  9. menarik tu akmal... tapi mama mesti takde masa nak tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe je mama..sy pun tengok semingu sekali je :P

      Delete
  10. macammmm best je..nak tengok jugakkkkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari la nanti dekat internet..mesti ada je :P

      Delete
  11. dah lama xtgk drama jepun.. dulu2 femes mcm drama with love, gto, beach boy.. gila ms tu duk layan.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy skrg pun layan seminggu sekali je..kalau dulu boleh habis satu cerita sehari kot..haha :P

      Delete
  12. ala,,tak de org lain ke jadi hero,tapi,banyak-banyak cite jepun,Bloody Monday palinggggg best! bijak sangat cite dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..bloody monday mmg best..kalau najihah minat genre macam tu try la tgk galileo atau liar game..tu semua cerita bijak2..hee :D

      Delete
  13. citer best atau x best,x pnting,
    yg pnting amoi2 kiut,
    tgk diorg pn dh cukup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wakaka..amoy jepun semua cun2 kot :P

      Delete
  14. Replies
    1. korea sy tgk runningman jek ..hee :P

      Delete
  15. macam best je cerita ni
    nk kena tengok niii
    ad chef tuu . . ooo best bestt . . ekeke
    semngt noe smpai psg lagu ni kat blog . .
    tak sangka laa ang pun tgk cter ni Akmal :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok drama jepun boleh mantapkan bahasa jepun..kehkeh :P

      Delete
  16. aDA KAT JEPUN JE KE? MACAM MANA kAK eRIN NAK TENGOK.. hUHU..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat internet ada je kak erin..hehee :P

      Delete
  17. tq for sharing this yer akmal. lama tak tengok citer jepun. last ceta jepun yg kak tengok 1 litre of tears ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1 litre of tears tu antara cerita feveret sy kot..sedih gile cerita tu >.<

      Delete
  18. Panas je tajuk dia..haha
    lepas ni leh suruh kawan donlod ni (nak donlod sendiri tak tahu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tajuk panas je..memang taktik pengarah nak tarik viewer la tu..haha :P

      Delete
  19. Replies
    1. pelakon jepun semua muka sepesen je kak kathy..hehee :P

      Delete
  20. salam perkenalan ye.....first time masuk blog awak...
    pandai awak review cerita...bg la tips ckit...heehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tips dy kena selalu tgk drama kot..hee:P

      Delete
  21. Menarik la review drama ni, selalu kat jepun citer anime yg popular.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak je drama jepun yang best2 sebenarnya..tp mybe kurang femes kat malaysia je kot :P

      Delete
  22. macam best je...tapi sy lebih suka korea punya drama hehe

    ReplyDelete
  23. msti cter kelakar juga ni =) he3..btw plakon jepun mmg cntik ha3, mmg minat dr dlu lg..kena dwnld ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah jumpa link yg quality bagos jgn lupa pass kat saya jugak.hahah

      Delete
  24. lama giler tak layan jepun romantik cenggini. banyak kdrama la konon kan. haha. kalo saya jadi hanae tu, luah terus je perasaan.huhu

    ReplyDelete