Assalamualaikum wbt..
entri kali ini kita kembali lagi dengan lecture kesihatan(?) ye..dan kali ini aku ingin bercerita mengenai penyakit otak iaitu alzheimer..ataupun dalam bahasa yang lebih mudah ialah nyanyuk..
pertama sekali apa ye maksud nyanyuk tu?? mungkin ramai yang akan cakap nyanyuk tu apabila seseorang dah tak ingat sangat dah tentang sesuatu perkara..so macam mana kita nak bezakan nyanyuk dengan lupa ??
kalau setakat lupa, aku rasa kita sendiri pun selalu terlupa something kan..terlupa kerja sekolah..terlupa bayar hutang kawan..dan sebagainya..tapi yang membezakan nyanyuk dengan lupa ialah..mereka lupa akan perkara yang dibuat..bukan lupa apa yang mereka buat..
pening tak penerangan aku ?? haha..nak senang paham begini la ye..orang yang normal mereka lupa mereka makan apa pagi tadi..tapi orang nyanyuk ni mereka lupa mereka makan ke tak pagi tadi..so jelas tak sekarang ??
penyakit ni biasanya akan menyerang golongan yang berusia 70 tahun ke atas..dan risiko perempuan kena penyakit ni lebih tinggi dari lelaki tau..dan hingga kini masih tiada rawatan yang mampu untuk menyembuhkan penyakit ni dengan sepenuhnya..kalau ada pun jenis yang tak menyebabkan penyakit ni makin teruk je..dengan bahasa yang lebih mudah..ubat tu cuma dapat mengekang penyakit tu jadi lebih parah je..
tapi ubat ni kena makan selalu dan berjadual..dan masalahnya..kalau orang tu dia sedar dia kena makan ubat..kira dia tak nyanyuk la kan?? so akhirnya walaupun ada ubat tapi still kurang berkesan sebab pesakit asyik lupa untuk makan ubat tu..
dan bagi yang tak tahu, penyakit nyanyuk ni ada stage dia jugak..bermula dari jenis yang lupa dah makan ke belum macam aku sebut kat atas..lepastu mereka akan mula bercakap merepek-repek ( tak tahu mereka cakap mengenai apa )..dan last sekali mereka dah tak dapat nak bezakan aturan masa ( malam ke siang ?? hari apa?? )
mungkin kita lihat orang nyanyuk ni suka buat benda pelik-pelik..macam merayau-rayau waktu malam la dan sebagainya..tapi kita kena tahu..bagi mereka, apa yang mereka buat tu adalah perkara normal..sebagai contoh..apabila dia dah tak dapat beza malam ke siang..dan dia nampak malam kita tu adalah siang dia..so memang normal la siang masa untuk berjalan-jalan kan ??
so apabila kita tegur berkali-kali pun memang dia tak akan ubah..sebab dia rasa tu memang perkara normal..
dan antara sebab penyakit nyanyuk ni ada banyak seperti merokok, kurang bersenam, kurang guna otak sangat, terlebih guna otak (stress) dan sebagainya..so kalau tak nak jadi nyanyuk..nasihat la kawan-kawan yang merokok tu supaya kurangkan..or berhenti terus lagi bagus..tapi kalau ada yang cakap macam ni..
" orang tak merokok pun sakit jugak?? baik merokok je.."
korang biarkan je la orang macam tu..dah tegur tapi keras kepala..malas nak layan dah..lol..
apa pendapat korang ye pasal penyakit ni ?? ada pengalaman tak pasal benda ni ?? kot-kot ada orang terdekat yang menghidap pneyakit ni ke kan..boleh kongsi ilmu :)
p/s: kalau ada budak2 medik rasa info ni salah..boleh datang jepun g sound lecturer aku..aku menyampaikan apa dia ajar je :P
selain merokok yang menyebabkan alzheimer.. Sifat kurang membaca dan melatih otak berfikir juga merupakan faktor terjadinya penyakit ni.. sebab tu orang putih yang tua-tua depa ni suka main chess supaya dapat melatih otak depa untuk berfikir.. Selain bermain chess, boleh juga latih diri untuk membaca dan berfikir tentang bahan bacaan tu.. :-)
ReplyDeletebetul tu kak erin..kalau selalu guna otak boleh kurangkan risiko kena penyakit ni :D
Deletepernah juga tengok orang dikenali kena nyanyuk...
ReplyDeletesaya pun pernah jumpa jugak dulu :)
Deletetak der pengalaman teruk tentang penyakit alzheimer ini tapi ada cara tersendiri untuk menghindari penyakit ini.....
ReplyDeleteboleh la kak sukma kongsikan bersama-sama kan :D
DeleteAMBOI, sampai kene g jepun kalau nak betulkan,haha.nway, thnks for the info
ReplyDeletesaja je ayat hiperbola sikit..hee :D
Deletekkadang2 kesian dengan orang yang sakit alzheimer ni.. xtentu arah. mcm ibu bapa xambik kisah pasal diorang merayau sana sini. tapi sebenarnya. ibu bapa galakkan mereka kuar, hehe kat rumah hana ada jiran cina ni dah tua n nyanyuk. tapi skrang dah mati.. dia nanyuk sampai masuk rumah hana hingga ke dapur. terkejut mak hana tengah masak masa tu.. hahaha
ReplyDeleteamboi..sampai ke dapur?? ganas tu..hahaha :D
Deleteso far belum ada lagi yang kena kat family sy..orang muda pun bole kena penyakit ni kan..minta dijauhkan la..
ReplyDeletemintak dijauhkan sangat2 kan >.<
Deletetakder pengalaman lagi tentang penyakit ni akmal..
ReplyDeletemintak2 tak berpengalaman sampai bila2 la kan kak kathy :D
Deletearwah moyang dulu ade penyakit ni...kesian juga kat arwah nenek menjaganya...Alhamdulillah, arwah nenek penyabar orangnya...mak tak dapat nak jaga sebab masa tu adik-adik kecik lagi dan saya pon masih belajar...apa2pon itu ianya satu pengalaman yang menarik...^_^
ReplyDeleteuntung arwah moyang mama amir sebab ada arwah nenek yg penyabar kan :D
Deletehehe...nenek sally pun dah nyanyuk...sampai cucu pun dia dah tak kenal... nama lain, dia panggil lain...
ReplyDeleteselalu bila dia panggil nama lain kita senyum je la kan :D
DeleteTeringat masa buat assignment & presentation kitorang dulu. Dapat tajuk Alzheimer. And menang juara keseluruhan. Biasanya pesakit macam ni kita kena bagi diorang buat game yg melibatkan pemikiran macam sudoku, word search, scrabbles. Dan diet juga memainkan peranan dalam percantuma neuron2.
ReplyDeletebetul tu teena..kita kena banyakkan aktiviti otak bg kurangkan risiko kena penyakit ni :D
Deletepasal tak membaca dan tak guna otak....pernah jumpa...kasihan.
ReplyDeletekalau selalu membaca iA dapat dijauhkan kan :D
Deletetuhan kalo nak bagi penyakit tu dia bagi. mak saya hari2 baca quran. tp terkena juga penyakit alzheimer nie
DeleteAlzheimer tu bisa sampai lupa segala kan ya?
ReplyDeletepernah dengar kalau mampu menggunakan dua bahasa akan mengurangi risiko penyakit ini :)
betul tu khaira..lagi banyak kita menggunakan otak kita semakin kurang risiko penyakit ni :D
Deletesetakat ni x de . org sekarang buat2 nyanyuk bila bab byr hutang ...
ReplyDeletetu nyanyuk mengada-ngada tu..hahaha :D
Deletememang kesian kalau kena penyakit ni..pernah sorang patient datang klinik kat tempat akak..dia langgar pintu kaca sbb tak perasan..duk 5 minit dia langgar lagi..beberapa laki dia langgar..boleh kata tiap kali jumpa doc dia langgar pintu tu..dah lama pakcik tu tak dtg..:)
DeleteKalau yang buat-buat nyanyuk macam mana? Kena ketuk kepala lah kan.
ReplyDeletedulu masa zaman sekolah rendah, mama abah hantar ika pergi mengaji kat rumah ada sorang nenek ni, sebelum atau selepas mengaji sementara tunggu mama abah ambil tu ika lepak kat rumah jiran nenek yang ajar ika mengaji tu, pun dah berusia juga. Selalu dapat gula-gula laa, makanan macam2 laa, ajak tengok tv laa, teman berborak etc etc, best sangat. Tapi bila ika naik sekolah menengah dapat tahu nenek tu menghidap alzheimer dan terus tinggal dengan anak dia, beberapa tahun lepas tu dia meninggal :')
ReplyDelete