Sunday, October 27, 2013

Italian cuisine di kyoto : Capricciosa

restoran halal di kyoto

Assalamualaikum wbt..

Kali ini aku nak perkenalkan kepada anda semua salah satu restoran yang berada berdekatan kyoto station, dan restoran kali ini dinamakan Capricciosa..kalau tengok pada nama pun dah boleh agak kot yang tempat ni memang bukan restoran jepun kan ??

restoran ni menyediakan berbagai aneka juadah italy yang semestinya sedap-sedap belaka..dan yang penting halal untuk kita makan..restoran ni terletak di bawah tanah tau..atau dalam bahasa sedapnya underground level..macam yang pernah aku cerita di SINI dahulu..berdekatan kyoto stesen ni terdapat sebuah underground shopping mall..dan restoran ni ada di area-area situ la sebenarnya..

restoran halal di kyoto

taste :
bintangbintangbintang

price:
bintangbintangbintang

menu kali ini yang sempat aku rasa ialah " Salmon Cream Sauce Spagetty " dan ia berharga 990 yen..kalau tengok dalam gambar di atas menu ni memang simple je..ada salmon..ada spagetty..dan ada cream sauce..sebijik je macam nama yang diberi kan ??
**100yen bersamaan RM3.50
dan nak dijadikan cerita, masa aku datang kedai ni tadi..ada la beberapa orang malaysian ( tourist ) kot yang beratur sekali dengan kami..dan memang dah jadi kebiasaan kami di sini..sebelum masuk ke mana-mana kedai memang kami akan tanya dulu tuan kedai pasal menu dan bahan-bahan yang digunakan..sebab mesti kita nak makan benda yang halal kan ??

dan disebabkan kami rasa malaysian tourist tu memang tak reti berbahasa jepun (sebab kami nampak mereka cakap english je dengan orang restoran tu)..so kami approach la dengan niat nak tolong bagitau menu mana boleh makan dan yang mana tak boleh..

kami : salam makcik..makcik tau tak menu mana yang boleh makan kat sini ye ??

tourist : makan je la mana-mana..boleh je kan ??

dan lebih kurang macam dialog kat atas ni la yang berlaku apabila kami try approach..dengan ekspresi yang memang tak berapa friendly, kami dilayan nak tak nak je..so lepas tu memang kami buat tak tau je la kat mereka lepas dah tunjuk menu-menu yang halal kat situ..at least kalau tengah melancong tu cuba la ramah sikit dengan orang senagara sendiri..kita dekat negara orang kan ??

dan ayat makcik tu yang aku agak terasa..bagi aku..kalau nak melancong ke apa silakan..tapi makan cuba la jaga..tak kan sebab nak seronok halal haram dilupakan kan ?? macam-macam la kerenah manusia ni..sabar je la :)

ada apa-apa komen berkaitan ??jom kongsi kat bawah ye :)





23 comments:

  1. banyaknya entri makanan... jadi lapar ni belum dinner, hehe

    hisashiburi, Akmal :)

    ReplyDelete
  2. nampak sedap, makan makanan italy pulak tu. kat kyoto mmng banyak restoran halal ke? manalah tau klau sye dtg jepun bolehlah datang kyoto utk cari makanan halal :D

    ReplyDelete
  3. kalau saya la kan, bila jumpa orang senegara di tempat asing, rasa nak melompat keriangan. makcik tu boleh buat dek je ye. even dalam Malaysia sendiri kalau jumpa orang sama negeri pun saya dah heksaited. adoi macik macik. dari planet mana la tu

    ReplyDelete
  4. Ida rasa makanan tu macam terlalu mahal kan?

    ReplyDelete
  5. Sebab Akmal panggil diorang tu makcik kot.. Cuba panggil kakak ke baru diorang friendly.. hehe.. pergi pelancong mesti nak nampak muda.. :-) Hehe, kak Erin gurau je tau..

    ReplyDelete
  6. nmpk sedap...bace entry ni time pepagi plak...mmg la laparr....hehe

    http://thestoryofayna.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. salam....suka nya mkn spageti....hadoi =.=

    ReplyDelete
  8. yang saye perasan, pelancong Malaysia yang jumpe orang Malaysia kat negara orang memang akan menyombong..lebih-lebih lagi golongan makcik-makcik i..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum..
    yang sepatutnya aunty 2 hepi lah kalo jupe orang senegara yang nk tolong die plak 2..ehem..marilah kt husnuzon...mungkin aunty 2 sakit perut masuk angin kot tak sempat nk mesra2 =)

    ReplyDelete
  10. you surely had a great time there right ^^

    ReplyDelete
  11. nak sebut nama restoran pun zaza terbelit hahaha...spagetty xberapa gemar..td tgk hidangannya cantik dan terasa nak menikmati..hehehe :)

    ReplyDelete
  12. Bab mkn halal haram ni pntg
    Tp kn most of italian or french cuisine/food ni if dorang tak letak ba alif ba ya pun maybe dorang letak alkohol ataupun cara sembelihannya. So mmg kna tny betul2 tp x kn nk tny cef deme mcm mn deme srmbelih ayam/daging pulak kn. Hihi so jln mudah mkn ikan atau seafood cukup :p

    ReplyDelete
  13. waa bezz..tp cam nk mahal je nk dekat 1000 yen..dah boleh beli baju winter tuu..HAHAHAHAHA

    ReplyDelete
  14. Spaghetti, favourite italian food ni haha tapi tak macam mahal ke untuk satu dish tu je dah RM31 lebih?
    Em kadang-kadang kesal juga dengan attitude yang macam tu daripada sesetengah orang kita. Kalau ika laa, ika happy jumpa orang malaysia dekat negara luar, at least for me, kalau ika ke mana2 kat oversea, antara yang ika akan observe is layanan orang kita terhadap other malaysian. Tak perlu kut sombong.
    And kalau ditegur pun balas dengan nak tak nak, rasanya agak rude laa orang macam tu. Apa pun, ika juga macam akmal pentingkan halal haram in life, especially pada makanan sebab nanti jadi darah daging kita. Tak boleh ambil remeh.

    ReplyDelete
  15. ayat makcik tu macam poyo jer berlagak di negeri orang....sabar jer ler....tapi menu nampak sedap tu...

    ReplyDelete
  16. hm.. sesama bangsa sendiri tak payah la nk menyombong. huhu

    ReplyDelete
  17. err , saje je na tny , boleh cerita pasal ritsumeikan universiti ta ?? maybe inshaAllah tahun depan , group dri uni kami na melawat uni tu .. so, boleh ceita pasal ritsumeikan sikit? tempat2 menarik sekitar tu ke .. :)

    ReplyDelete
  18. huhuhu.lame tak singgah sini..mmm.. mungkin makcik tu tgah stress dgn makanan yg mahal kt jepun. hekhekhek. atau mungkin makcik tu datang bulan.

    ReplyDelete