hot spring
Assalamualaikum wbt..entry kali ni nampak macam agak kurang sopan je tajuknya kan??
tapi jangan risau sebab aku takde la bijak sgt nak letak gambar-gambar tak senonoh kat blog aku nih..cuma kali ni aku nak berkongsi dengan korg salah satu budaya masyarakat jepun yang maybe korg rasa agak pelik(?) tapi memang benar-benar berlaku kat sini.
di jepun ni dorg ada satu budaya yang kita jarang buat iaitu budaya berendam dalam air panas(温泉-onsen)..kenapa bukan air sejuk??
kalau air sejuk nanti terketar-ketar la korg dalam tu..aigoo =.="
so berbalik kepada cerita air panas ni, biasanya tujuan dorg berendam ni ialah untuk mencari ketenangan sambil dapat merehatkan badan..tapi sejujurnya aku cakap , kalau aku lah pergi berendam..merehatkan badan tu maybe la boleh..tapi ketenangan tu konfem hilang..kenapa pulak??
ha!! sebab utamanya ialah dorg berendam tanpa seurat benang pun..dan untuk pengetahuan korg lagi, kolam air panas ni biasanya diopen kepada public..
so korg bayang kan korg nak berbogel beramai-ramai..dah la dengan orang asing pulak tu..mana la nak dapat ketenangan camtu kan??
sebelum korg boleh berendam, ada beberapa perkara yang korg kena buat dulu tau..so jom aku cerita sikit-sikit sambil guna printscreen yang aku ambik dari cik youtube :)
letak barang-barang korg dalam almari yang disediakan
lepas tu basahkan badan korg dengan air bersih
segala aktiviti cuci mencuci korg kena buat dekat tempat yang disediakan
last sekali baru korg boleh masuk berendam
korg kena ingat ye..dorg masuk onsen ni bukan untuk bersihkan badan..so korg kena pastikan badan korg dah betul-betul bersih baru boleh masuk dalam onsen ni.
dan ada beberapa pantang larang jugak yang kena korg ikut masa kat onsen ni..benda-benda ni kalau korg buat seriusly pakcik makcik yang ada kat situ akan pandang korg dengan pandangan yang tajam macam nak makan korg
jangan pakai walau seurat benang ketika berendam
jangan nak mengada-ngada nak lompat2 atau berenang
jangan bising-bising macam kat pasar malam
kalau korg rasa boleh ikot segala benda yang aku sebut sebentar tadi, silakan dengan segala hormatnya untuk korg berendam kat onsen nih..
tp aku konfem tak boleh ikot part kena bogel tu..so memang sampai sekarang aku sekali pun tak penah masuk onsen ni walau pernah beberapa kali member ajak..
jap?! gay ke ajak mandi sama??
OH tidak!! dorg bukan gay okey..lol
sebenarnya memang budaya ni dah ditanam dalam kepala dorg sejak dorg kecik lagi..so dorg anggap mandi bogel ramai-ramai ni benda normal je.
dan jangan terkejut kalau dorg pulak yang rasa pelik bile korg cakap korg segan nak mandi bogel ni..last-last korg pulak yang kena cop manusia pelik =.="
sebelum entry ditutup, sape ada pengalaman mandi kolam air panas?? jom share kot-kot ada tempat menarik yang kita still tak tahu lagi.
sharing is caring..hee :)
p/s : korg perasan tak aku mention "pakcik dan makcik"?? walaupun tak banyak, sebenarnya ada je onsen yang campur laki perempuan..tapi jangan nak otak kuning sangat haa (ノ-_-)ノ~┻━┻







