ekonomi di jepun
Assalamualaikum wbt..
Perniagaan iaitu bisness ni kalau dilihat bukanlah satu tajuk yang senang untuk aku bincangkan sebab aku sendiri bukanlah orang yang pakar dalam hal-hal ekonomi dan bisness..so apa yang aku cuba untuk kupas kali ni lebih kepada pendapat peribadi aku sebagai orang yang tinggal di oversea yang dah dapat melihat sendiri perbezaan budaya kita dan masyarakat di luar negara terutamanya di jepun..
baru-baru ni kita dikejutkan dengan sebuah kereta terbaru buatan proton iaitu proton suprima s..dan kalau kita lihat di laman-laman sosial, banyak komen yang agak kurang sedap untuk kita dengar walaupun masih ada juga beberapa golongan yang menyokong kereta ni..
apa yang aku cuba nak ketengahkan di sini bukanlah pasal isu harga kereta ni atau kualiti proton yang memang dari dulu agak kurang memuaskan..cuma sekarang apa yang aku rasa berbezanya rakyat kita dan masyarakat di jepun ialah sokongan rakyat terhadap produk negara mereka sendiri..
jika di jepun, kita sering dengar yang mereka sangat support produk mereka. dan maybe ada antara kita yang akan cakap
"memangla dorg support, kan produk dorg bagus"
tapi bagi aku yang tinggal sendiri dalam kalangan masyarakat ni..apa yang aku nampak orang jepun ni sangat support barang mereka tak kira lah kualiti produk tu lebih tinggi dari produk oversea atau tidak..
sebagai contoh, banyak je aku lihat kawan-kawan jepun aku pakai gadjet ( handphone ) buatan jepun seperti sharp sedangkan kita tahu banyak je lagi produk buatan barat yang kualiti jauh lebih bagus dari produk tu macam apple dan samsung..
![]() |
| sharp aquos |
dan aku tahu je ada jugak orang jepun yang pakai apple bagai tu..tapi dari apa yang aku lihat sendiri..lebih banyak antara mereka yang masih menyokong barang keluaran mereka..
bagi aku, punca kepada perkara ni ialah aku rasa jepun adalah negara yang tertutup kepada dunia luar..maksud aku di sini ialah ekonomi dorg kebanyakannya berputar dalam negara dorg sendiri..dan dorg sangat jaga kualiti barang yang masuk ke dalam negara mereka..so korg tak kan nampak la orang jual bundle kat pasar malam di sini sebab benda tu memang tak wujud pun ..dan korang juga tak perlu hairan kalau semua orang jepun memang pakai baju ori je setiap masa..
kesan daripada perkara ni ialah dorg dapat menikmati barang-barang (ori) dalam negara dorg dengan harga yang jauh lebih murah kalau dibandingkan dengan keadaan di negara lain sebab kurangnya pengaliran duit dorg ke luar negara..macam yang pernah aku cerita kisah ratio harga iphone dan gaji bulanan dalam entry Jepun dan Kerja.
dan kalau korg nak tahu, servis di jepun sangatlah tinggi kualitinya kalau nak bandingkan dengan malaysia..sebagai contoh, korang tak kan jumpa mak cik cashier yang tak nak terima duit korg sebab dia takde duit pecah atau pelayan restoran yang muka masam mencuka bile nak ambil order ni..
![]() |
| pak cik delivery |
dan satu perkara yang paling aku suka, apa-ape barang yang korang beli secara online, korg boleh secepat-cepatnya dapat barang tersebut keesokkan harinya tanpa perlu risau langsung yang korg ditipu oleh seller macam yang sering kita risau bila kita shoping online di malaysia..
tapi ada satu je kelemahan yang aku rase pasal market di jepun ni..iaitu kebanyakan dealer-dealer japanese di sini dorg hanya buat bisness ni cuma untuk dalam negara dorg sahaja..maksudnya dorg tak sediakan khidmat pos barang tu ke luar dari jepun..maybe untuk menjaga ekonomi dorg la kot kan.
so dari sinilah aku dapat idea untuk buat bisness (klik sini) sendiri yang membolehkan aku dapat sikit duit poket, dan korg pon dapat barang ori dengan harga lebih murah dari korg beli kat kedai-kedai di malaysia..
so its a win-win situation la kan..tapi bagi orang yang memang tak kisah ori ke tak..memang aku tak syorkan korg beli la..buat rugi je nanti..
sebelum aku tutup entry ni, jom berkongsi pendapat korg pasal proton suprima s ni nak??perbezaan pendapat bukanlah bermakna kita salah atau betul, cuma ia melatih kita supaya menjadi lebih matang dalam menerima sesuatu :)
p/s: kalau korg ada kenal sesiapa yang berminat nak cari supplier dari jepun bgtau la ye :)



