ekonomi di jepun
Assalamualaikum wbt..
Perniagaan iaitu bisness ni kalau dilihat bukanlah satu tajuk yang senang untuk aku bincangkan sebab aku sendiri bukanlah orang yang pakar dalam hal-hal ekonomi dan bisness..so apa yang aku cuba untuk kupas kali ni lebih kepada pendapat peribadi aku sebagai orang yang tinggal di oversea yang dah dapat melihat sendiri perbezaan budaya kita dan masyarakat di luar negara terutamanya di jepun..
baru-baru ni kita dikejutkan dengan sebuah kereta terbaru buatan proton iaitu proton suprima s..dan kalau kita lihat di laman-laman sosial, banyak komen yang agak kurang sedap untuk kita dengar walaupun masih ada juga beberapa golongan yang menyokong kereta ni..
apa yang aku cuba nak ketengahkan di sini bukanlah pasal isu harga kereta ni atau kualiti proton yang memang dari dulu agak kurang memuaskan..cuma sekarang apa yang aku rasa berbezanya rakyat kita dan masyarakat di jepun ialah sokongan rakyat terhadap produk negara mereka sendiri..
jika di jepun, kita sering dengar yang mereka sangat support produk mereka. dan maybe ada antara kita yang akan cakap
"memangla dorg support, kan produk dorg bagus"
tapi bagi aku yang tinggal sendiri dalam kalangan masyarakat ni..apa yang aku nampak orang jepun ni sangat support barang mereka tak kira lah kualiti produk tu lebih tinggi dari produk oversea atau tidak..
sebagai contoh, banyak je aku lihat kawan-kawan jepun aku pakai gadjet ( handphone ) buatan jepun seperti sharp sedangkan kita tahu banyak je lagi produk buatan barat yang kualiti jauh lebih bagus dari produk tu macam apple dan samsung..
sharp aquos |
dan aku tahu je ada jugak orang jepun yang pakai apple bagai tu..tapi dari apa yang aku lihat sendiri..lebih banyak antara mereka yang masih menyokong barang keluaran mereka..
bagi aku, punca kepada perkara ni ialah aku rasa jepun adalah negara yang tertutup kepada dunia luar..maksud aku di sini ialah ekonomi dorg kebanyakannya berputar dalam negara dorg sendiri..dan dorg sangat jaga kualiti barang yang masuk ke dalam negara mereka..so korg tak kan nampak la orang jual bundle kat pasar malam di sini sebab benda tu memang tak wujud pun ..dan korang juga tak perlu hairan kalau semua orang jepun memang pakai baju ori je setiap masa..
kesan daripada perkara ni ialah dorg dapat menikmati barang-barang (ori) dalam negara dorg dengan harga yang jauh lebih murah kalau dibandingkan dengan keadaan di negara lain sebab kurangnya pengaliran duit dorg ke luar negara..macam yang pernah aku cerita kisah ratio harga iphone dan gaji bulanan dalam entry Jepun dan Kerja.
dan kalau korg nak tahu, servis di jepun sangatlah tinggi kualitinya kalau nak bandingkan dengan malaysia..sebagai contoh, korang tak kan jumpa mak cik cashier yang tak nak terima duit korg sebab dia takde duit pecah atau pelayan restoran yang muka masam mencuka bile nak ambil order ni..
pak cik delivery |
dan satu perkara yang paling aku suka, apa-ape barang yang korang beli secara online, korg boleh secepat-cepatnya dapat barang tersebut keesokkan harinya tanpa perlu risau langsung yang korg ditipu oleh seller macam yang sering kita risau bila kita shoping online di malaysia..
tapi ada satu je kelemahan yang aku rase pasal market di jepun ni..iaitu kebanyakan dealer-dealer japanese di sini dorg hanya buat bisness ni cuma untuk dalam negara dorg sahaja..maksudnya dorg tak sediakan khidmat pos barang tu ke luar dari jepun..maybe untuk menjaga ekonomi dorg la kot kan.
so dari sinilah aku dapat idea untuk buat bisness (klik sini) sendiri yang membolehkan aku dapat sikit duit poket, dan korg pon dapat barang ori dengan harga lebih murah dari korg beli kat kedai-kedai di malaysia..
so its a win-win situation la kan..tapi bagi orang yang memang tak kisah ori ke tak..memang aku tak syorkan korg beli la..buat rugi je nanti..
sebelum aku tutup entry ni, jom berkongsi pendapat korg pasal proton suprima s ni nak??perbezaan pendapat bukanlah bermakna kita salah atau betul, cuma ia melatih kita supaya menjadi lebih matang dalam menerima sesuatu :)
p/s: kalau korg ada kenal sesiapa yang berminat nak cari supplier dari jepun bgtau la ye :)
kat jepun ke sekarang..:)
ReplyDeleteya Normi..sy masih belajar di sini :)
Deletecourse mechanical engineering :)
Deleteentry kali nie menarik minat Nad.
ReplyDeleteNad suka design proton suprima s :)
sy pon minat jugak..nampak exclusive je :)
Deletebrgn lptop ad x?sbb abg dyh cri brg tuk perbaiki lptop :)
ReplyDeletecube try pm kat whataps or fb sy name barang tu dan anggaran harge..sy boleh try carikan
Deleteproton skrg sy pakai pon baru beli dh tunjuk2 tnda kurg kualiti..bukan apa byr bulan2 senak kot grrr ;p
ReplyDeletekalau dorg up kan lagi kualiti mesti ramai yang sokong kan :)
Deleteentri ni sgt bagus, boleh bukak mata orang ramai pasal produk malaysia dan luar negara.. baru tau lps bce entri ni,, trima kasih,, truskan berkarya :)
ReplyDeleteterima kasih atas sokongan syahidah :)
Deletetertutup dgn dunia lua dan sgt support brngn buatan sendiri itu sy sokong! :)
ReplyDeletekalau kita praktikkan bende ni xmustahil ekonomi kita akan jadi lebih maju :)
DeleteGood Job (Y) :)
ReplyDeletethx atikah :)
Deleteorg jepun betul2 dididik dgn tatatertib kan. semalam, ad tetamu dri jepun dtg ke rumh sy. dan memng sy kagum betul lah dgn diorang. sangat2 sopan n diorang sgt menghormati tuan rumah. dan mereka juga spotting. hehe
ReplyDeletehehe..kadang2 kita sendiri sampai jadi segan tengok dorg sopan sangat dpn kite kan:)
DeleteBetul, org jepun mmg sgt utamekan brg2 dr negara diorg sendiri & mrk sgt workaholic & jg tatatertib. best nye bace mcm2 lg psl diorg n keadaan kt sane ni :) anyways bagus idea business tu, tp kalau boleh nk tau jugk cth brgn yg ade tu..pe2 pun all the best! :)
ReplyDeletethx ye sbb qeela sudi singgah^^
Deletebisness ni sebenarnya bnyk bergantung kepada apa yang orang demand je..xkisah ape2 brg pon..
tp biasanya brg yg paling selalu org demand rasanya jam la kot..macam g-shock, baby g etc :)
owh mcm tu eh jepun..sgt jaga ekonomi ngra sendiri.bagusnya
ReplyDeletejom kita pon jaga ekonomi kita nk?hehe :)
Deleteaku berbangga dgn rakyat malaysia punya idea seperti proton suprima.. ada turbo tu.. tapi, ada turbo pun, boleh bawak 110 je.. AES merata bro.. tu yang kecewa.. kat jepun ada AES tak?
ReplyDeletekat jepun pon ade je mcm AES bagai tu..tp dorg kat sini jarang jenis yg langgar peraturan..so dorg xkisah sangat pon hal ni :P
DeleteJapanese mempunyai smgt patriotik and discipline yang amat tinggi..that's why dia orang boleh berjaya. Yang pasal quality tu memang salute coz they know what they want and really work for that..and cheating tu no issue to them kan..kalau semua Malaysian macam ni, kan bagus..economy kita sure booming punya..and about suprima tu design dia memang class, tapi tulah maslah quality still tak jaga betul-betul even dah almost 30 years...
ReplyDeletesy setuju dengan pendapat kak Raudzah..kalau kita boleh berubah ke arah lebih baik iA ekonomi kita pon akan naik kan :)
Deleteproton suprima tuh chantek.. ekeke.. owh.. cengitu ek dijepun.. bgus tol dieorg.. mmg patriotisme sgt.. :)
ReplyDeletekalaulah sy berduit dah lama sy angkt suprima ni..huhu :P
Deletethx for ur visit zam :)
ReplyDeleteSalam..good entry.
ReplyDeleteHari2 singgah pun tak kisah :)
Pd pendapat saya, ada satu lagi isu kat Malaysia, nilai duit kita kecil, kita juga banyak beli barang luar sbb nakkan kualiti. Hasilnya, ringgit kita banyak mengalir keluar, sekaligus menyebabkan nilai ringgit makin jatuh. Faktanya, ringgit dah lama tak naik2 sejak 15 tahun ni :)
wsalam buttercakemama..terima kasih sudi singgah lagi ^^
Deletesangat setuju pandangan anda..kalau duit kita semakin jatuh akhirnya kita sendiri yang akan terhimpit dengan desakan ekonomi suatu hari nanti kan :)
menarik entry ni! sy teringat masa belajar sejarah Jepun dulu, dorang memang amalkan dasar tutup pintu sejak dulu lagi ( x galakkan sngt pelaburan dari luar) Sbb tu negara dorang maju, so sokonglah Buatan Malaysia .HEHE :)
ReplyDeletesokong pendapat cik nurani..jom sokong produk kita^^/
Deletebelilah Barangan Buatan Malaysia. Kempen ini perlu disemarakkan semula.
ReplyDeletesangat setuju pendapat cikgu ^^
Deletependapat mengenai proton suprima s: entah...tak pernah lagi naik kereta baru ni..eihh brader...kena naik bru boleh komen (kalau akulah)...skrg ayah guna proton exora, jadi..komen beta..ya well ok,, syukur ada kereta dri tak ada...enn?
ReplyDeleteperasan jugak dlm movie2 japan..kebanyakan brg yg diaorang guna, adalah hasil dari negara mereka sendiri...kita? (not very the "kita"..adalah sesetengah) tsk3 tepuk dada tanya selera masing2..luar negara/dalam negara?
pemikiran rakyat malaysia masih lagi dijajah.
ReplyDeleteJika anda mempunyai masalah kewangan, maka sudah tiba masanya untuk anda tersenyum. Anda hanya perlu menghubungi Encik Benjamin dengan jumlah yang anda ingin pinjam dan tempoh pembayaran yang sesuai dengan anda dan anda akan mempunyai pinjaman anda dalam tempoh tiga hari bekerja. Saya hanya mendapat manfaat untuk keenam kali pinjaman sebanyak 700 ribu dolar untuk tempoh 180 bulan dengan kemungkinan membayar sebelum tarikh tamat tempoh. Encik Benjamin telah membantu saya dengan pinjaman.Membuat hubungan dengannya dan anda akan melihat bahawa dia adalah seorang yang sangat jujur dengan hati yang baik. E-melnya adalah lfdsloans@lemeridianfds.com dan nombor telefon WhatAppnya ialah + 1-989-394- 3740
ReplyDelete