Showing posts with label washlet. Show all posts
Showing posts with label washlet. Show all posts

Sunday, September 1, 2013

tandas high-tech di jepun

 budaya,jepun,tandas,

tandas di jepun



Assalamualaikum wbt..entry kali ni nampak remeh je iaitu berkaitan tandas tapi sebenarnya antara perkara penting yang korg patut tahu kalau korg datang ke sini nanti.

"Nak guna tandas pun kena ajar ke?"

sebenarnya tandas kat sini memang tak sama dengan di tempat kita..dan korg jangan terkejut ye kalau korg tengok semua tandas di jepun memang bersih macam korg pergi tandas hotel 5 bintang tu haa..

"Jap?!!semua tandas?"

ya memang betul tu !! memang semua tandas..tak kira lah dari kedai picisan sampai la ke tempat-tempat mewah..memang tandas dorg sangat bersih sebab bagi dorg kebersihan tandas ni macam satu servis wajib mereka kepada pelanggan.

budaya,jepun,tandas,

kalau di jepun, tandas biasanya terbahagi kepada 2 jenis iaitu western style dan japanese style..bagi japanese style ni, aku cadangkan korg bawak la botol air sikit untuk dijadikan benda untuk beristinja..dan cara yang betul untuk gunakan tandas jepun ni bukan macam kat bawah tau..

budaya,jepun,tandas,

mesti ramai korg ingat macam ni kan? sebenarnya ni cara yang salah..tapi kalau korg nak buat jugak terpulang la kan =.="

so cara yang betul sebenarnya cmni
budaya,jepun,tandas,

walaupun nampak pelik tapi ketahuilah yang jepun memang negara yang pelik pun..nak tahu pelik tahap mana? kalau nak tahu kena baca entry mandi bogel ni di jepun ni :)

satu lagi tandas yang ada ialah western style yang aku panggil washlet..tandas ni macam agak stylo sebab ada banyk button yang boleh korg tekan sambil melepaskan hajat..

budaya,jepun,tandas,

kalau tandas jenis ni korg tak perlu bawak air pun takpe sebab memang air auto je keluar..macam gambar kat atas sekali tu..dan tandas ni juga ada banyak fungsi lain macam korg boleh adjust kelajuan air, sembur penghilang bau ,tambah muzik (nak cover bunyi) dan macam-macam lagi..

budaya,jepun,tandas,

tapi korg kena ingat, teknologi tak semestinya selamat..baru-baru ni ada kisah pasal tandas meletup di China..dan tak silap aku tandas tu sebijik macam tandas ni..tapi korg paham-paham la kan barang cina, kualiti jangan banding la dengan barang jepun..so iA tandas jepun selamat je..hehee :D

china,tandas,meletup
sumber :myMetro

sebelum entry ditutup, apa pendapat korg pasal tandas ni?sebab bagi aku, tandas malaysia tetap no 1 di hati..sebab ada paip air..hahaha :)

p/s: gambar kartun tu bukan milik aku dan aku prinscreen dari youtube