salji di jepun
旅行(ryo-kou) bermaksud melancong dalam bahasa jepun dan kali ni aku nak perkenalkan kat korg salah satu tempat pelancongan yang best yang ada kat sini
dalam entry yang lepas ( klik sini ) aku ada bercerita serba sedikit tentang pengalaman aku ber snowboarding semasa musim sejuk dan entry kali ni aku nak bercerita secara detail tentang pengalaman tu
kalau bercerita mengenai snowboarding, rata-rata orang akan cakap tempat best untuk bersnowboard adalah di nagano tapi tempat tu agak jauh dari tempat aku tinggal..so aku terpaksa pergi resort yang berdekatan dengan tempat aku je..kalau lain kali aku berpeluang ke nagano, entry lain akan menyusul ye =)
tempat kali ni namanya 箱館山(ha-ko-da-te-ya-ma) dan korg boleh search sendiri kat google hakodateyama ski resort if korg berkesempatan untuk pergi kat sini nanti..
tempat ni berdekatan 近江今津 (ou-mi-i-ma-du) station dan mengambil masa lebih kurang 50 minit dari kyoto station..dari situ korg perlu mengambil bas untuk pergi ke ski resort ni dan tambang lebih kurg 200円lebih kot kalau tak silap..
tempat ni dibuka sepanjang musim sejuk bermakna dari awal bulan december sampai mingu pertama bulan march..tapi aku tak galakkan korg pergi awal or lambat sangat sebab salji maybe tak tebal sangat masa tu
kenapa perlu salji tebal??
sebab kalau salji tak tebal, percayalah korg akan jatuh berkali-kali if korg memang first timer dan salji yang tebal tu la yang dapat kurangkan kesakitan korg jatuh..
untuk masuk ke tempat ni, korg perlu bayar 4800円 untuk tiket yang membolehkan korg naik lift dan chairlift sepanjang sehari..
**lift untuk angkut korg ke puncak bukit
lepas korg dah sampai ke puncak, korg kena bayar 4500円 pulak untuk sewa snowboard set selama sehari..
biasanya dorg akan sediakan dua set iaitu snowboard set dan ski set..so korg boleh pilih nak main yang mana satu dan harga aku rase sama je untuk dua-dua set tu..
btw harga ni aku bagi harga untuk adult , so korg boleh assume kalau untuk budak-budak akan dapat harga lebih murah la kan..
teknik- teknik untuk main snowboard ada banyk dan aku sendiri pun takdela pro pun, so pasal tu korg cari la sendiri kat youtube or google ye..hehe
lastly kat sini aku letak sikit-sikit gamba kenangan masa aku pergi tahun lepas..jya ^^
**chairlift
**adik aku baru nak belajar
** restoran kat sini
** tempat persalinan
Tempat ni macam dalam cerita card captor sakura. hehe. restoran tu pun. ^^ nice sharing.
ReplyDeletethx hydranges ^^
Deletemenariknya
ReplyDeleteseronok baca cerita org yg merantau ni
:)
thx sbb sudi baca ye
DeleteWahhh, seronoknya. Nampak putihh jer, lawa.
ReplyDeleteSaya pun pernah main salji jugak. Main dalam game. Haha
main dalam game xdikira la..hehe
Deletewah bestnya >.< nak pergi ah mcm seronok jeww .. Akma jadi tour guide boleh ? haha
ReplyDeleteboleh ja..mai la =)
DeleteWahh, syoknya.. mu blajar di Jepun ke?? gila best.. :)
ReplyDeleteaah..tgh tahun last degree lg =)
Deletedone follow ^^
ReplyDeletewah best2.. belajar kat jepun kan? sepupu deno tahun depan ke jepun.. apa yg dia tulis semua bahasa jepun, tengok citer jepun pun x pyh subtitle dah..
ReplyDeletemesti akmal pun expert gila2 bahasa jepun mcm my cousin tu.. betul tak?
btw, selamat hari raya!!! :)
sy takde lah expert sgt pun..just setakat boleh la hidup di negara org ni..btw selamat hari raya jgk ^^
DeleteBalas kunjungan. Dan Follow =D
ReplyDeleteseronoknya... btw, nak tanya, mata wang jepun dgn malaysia, mana satu lagi tinggi?
ReplyDeletejepun lagi tinggi..3x ganda dari malaysia >.<
Deletebest nyerrrr
ReplyDeleteseronok nye, sedap mata memndang.
ReplyDeleteputih je...=)