Friday, August 16, 2013

Jepun dan Kerja

kerja,jepun,shushoku,peluang kerja,bekerja di jepun,

bekerja di jepun


Salam jumaat kepada korg semua..hari ni aku nk bercerita tentang macam mana korg boleh bekerja di jepun dan pro and cons bekerja kat sini.

Entry kali ni aku cerita berdasarkan general knowledge aku sendiri sebab honestly said aku sendiri kurang pengalaman dalam job hunting kat sini sebab aku still planning untuk sambung ke master lepas habis degree ni..so maybe ada kekurangan di mana-mana bagi mereka yang pernah merasa sendiri pengalaman job hunting di jepun dan jangan malu-malu nak betolkan apa yang aku tersilap ye^^

就活(shu-katsu) atau dikenali sebagai job hunting biasanya akan bermula dalam bulan dicember setahun sebelum korg menamatkan pengajian..sebagai contoh, if jurusan aku mengambil masa 4 tahun untuk habis so bulan dicember tahun ke-3 tu aku dah boleh mula untuk buat job hunting ni..bagi pelajar disini, kitorg perlu decide samaada nak kerja or nak sambung master sebelum kitorg masuk tahun terakhir lagi..btw untuk makluman korg, sesi  persekolahan ( peruniversitian??) di jepun bermula dari bulan april tau setiap tahun..

so biasanya shukatsu ni mengambil lebih kurang 4 bulan jugak untuk habis dan maybe lebih lama kalau syarikat-syarikat yang korg minta tu reject permohonan korg..tapi kebiasaannya orang jepun akan dapat kerja setahun sebelum dorg grad..

first sekali apa yang perlu korg buat bila sesi job hunting ni dibuka, korg perlulah dah decide awal-awal dan study siap-siap syarikat mana yang korg target untuk pergi..sebab syarikat-syarikat kat sini terlampau banyak..so kalau bulan 12 tu baru korang nak decide, maybe korg akan agak kelam kabut nak buat preparation untuk apply syarikat tu..

kenapa aku cakap korg kena study pasal syarikat tu??

ni disebabkan benda pertama sekali korg kena buat ialah korg kena hantar entry sheet ke syarikat yang korg berminat..dekat entry sheet tu lah korg kena appeal diri korg sehabis-habisnya dan kalau korg dah study pasal syarikat tu, korg akan tahu apa kriteria yang syarikat tu nak dan lebih mudah untuk korg appeal dalam entry sheet tu..

ujian, kertas ujian, kertas kerja,
**entry sheet sample

bagi syarikat-syarikat besar dan ternama, entry sheet ni adalah saringan yang paling susah untuk korg lepas sebab kebiasaannya mereka akan terus reject je application korg jika korg datang dari university yang kurg ternama ( x femes )..dan kalau korg nak tahu, jepun adalah negara yang memandang nama university lebih dari result dan personaliti seseorang dan segala-galanya..bagi syarikat biasa maybe dorg agak tak kisah tapi bagi syarikat besar nama univeristy memainkan peranan besar untuk korg terpilih..

career,fair,japan,japan career,job,job hunting
**career fair

biasanya korg dapat entry sheet ni semasa career fair (説明会) dan hantar melalui email or isi dalam laman web syarikat tu or korg bawak sendiri entry sheet tu semasa interview peringkat pertama sesebuah syarikat..kalau entry sheet korg terpilih, korg akan dipanggil untuk pergi ke pusingan pertama interview..dan korg jugak kena ambil SPI test..SPI test ni bukan ujian nak tengok kepandaian korg, tetapi lebih kepada kecekapan korg mnyelesaikan masalah dalam tempoh masa yang singkat..

spi,book,spi book,latihan spi,spi training
**buku latihan SPI test 

if korg lulus SPI test ni ( kadang-kadang tak lulus pon ok je ) dan korg menyerlah dalam interview pertama, korg akan dipanggil untuk pergi ke interview pusingan ke-2..biasanya makin naik pusingan interview, makin tinggi pangkat orang yang interview kita tu..dan kalau korg lepas segala pusingan tu dan sampai ke pusingan terakhir (最終面接) yang orang paggil (sai-shuu-men-se-tsu)..biasanya orang cakap pusingan last tu sebenarnya sebelah kaki korang dah masuk dalam syarikat tu dah..just macam nak konfemkan betul-betul yang korg berminat or tak untuk masuk syarikat tu..

bagi engineer ( aku kurang tahu pasal bidang lain ye ) gaji permulaan ialah dalam 20万 iaitu 200k yen dan kalau convert dalam rm ialah lebih kurang rm6.5k lebih..so korang akan paham la kan kenapa banyak graduan yang grad kat sini jarang balik terus ke malaysia lepas dorg grad..

tapi walaupun korg maybe nampak gaji tu tinggi, sebenarnya korg kena tahu jugak kos hidup ni jepun adalah 3x ganda dari malaysia..so kalau korg bahagi 3 gaji tadi, tetap akan jadi lebih kurang gaji basic untuk fresh grad engineer di malaysia..

tapi bila aku cakap nampak sama kadar gaji dan kos hidup, ketahuilah ekonomi malaysia agak teruk kalau nak dibandingkan dengan di sini..sebagai contoh yang paling senang..iphone di sini dijual dalam 50k yen so bermakna dalam satu per empat je dari gaji sebulan..tapi kalau di malaysia,,iphone rm 2k so gaji sebulan korg akan habis macam tu je..tu yang aku maksudkan ekonomi malaysia agak teruk..

tapi jangan risau, sebab biasanya jarang aku jumpa orang malaysia yang kerja kat sini lama-lama..kebiasaanya dorg tetap akan balik lepas kerja 2 ke 3 tahun kat sini..punca utamanya ialah stress sebab orang jepun ni kerja tak henti-henti..so korg akan bekerja macam robot dari pagi sampai petang..dan serius aku cakap macam ROBOT bermakna takde masa korg nak lepak-lepak or sembang-sembang masa korg bekerja..

so benarlah peribahasa melayu yang mengatakan hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri =)

sebelum aku off, aku kurang tahu sikit macam mane flow nak cari kerja kat malaysia..so korg yang hebat-hebat ni jangan la malu-malu untuk share pengalaman korg ber job hunting ye kat bawah ni..yoroshiku^^



p/s : gambar-gambar ni semua bukan hak milik aku sebab aku takde ambil-ambil gambar mase shukatsu ni..gilo ke apo nak ambil gambar mase tengah serius tu >.<





19 comments:

  1. huhu.. kat malaysia kalu rasa nak ke sektor kerajaan, just isi SPA jer lah erk.. huhu, boleh la kirim belikan iphone. murah kan.. ahaks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. murah kalau bandingkan dgn pndapatn kat sini je..kalau convert rm still 2k jgk..hehe >.<

      Delete
  2. thanks share :) xpena tau pasal nie hehe

    ReplyDelete
  3. kalau na share pengalaman pasal job hunting ni Ieka tak pasti sangat sebab Ieka baru lepasan SPM .. Diploma pun ta lepas na pegang apa lagi job hunting ni hahaha .. Akmal jadi pemborong iphone dkat jepun so senang sikit nak beli .. Bole ?

    blog Akmal , Ieka dah senaraikan ke bloglist senang nak baca

    http://dunia-iekafarhana.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. thx ye senaraikan ke bloglist Ieka^^

      sebenarnya iphone susah sikit nak lepas dkt kastam..so xboleh nak jual dari sini>.<

      Delete
  4. assalamualaikum
    * habiskan degree dlu baru pk nak keje or sambung master(pesanan ddiri sendiri)

    cakap nekerja di jepun.saya adalah bekas student kolej kemahiran tinggi MARA.so lepas abes diploma MARA akan sediakan kursus bahasa jepun untuk pelajar MARA bekerja di Jepun.kalau lulus baru korang akan dihantar ke jepun lepas tu kene tunggu company yang korang nak tu ade kekosongan.sa ada apply program tutapi malangnya MARA hanya hantar lelaki shaja untk bkerja di Jepun.kawan lelaki saya da 4 org br dihantar ke Jepun sebelum puasa hari tu.kalau korang nak apply kena check laman web MARA atau kol MARA atau kol KKTM branang.sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. thx ye for da tips =)

      fyi untuk student2 yg study di jepun, kitorg memang akan disuruh untuk decide samaada nk smbung master or nk kerja sebelum masuk tahun last lg..sbb kalau dh grad baru nk mencari mmg biasanye xkan dapat^^

      Delete
  5. tips untuk yg lain.yang x dpt blaja ke jepun.hihihihi.

    ReplyDelete
  6. good sharing untuk mereka yg berkaitan...senang citer utk smua la sbb bukan smua org tau kan lagi2 yg tak penah pegi jepun ni huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. entry kali ni agak khusus skit kan..xpe2..lain kali sy cerita entry yg umum sikit kay =)

      Delete
  7. memang betul orang Jepun kerja rajin tu sebab ekonomi mereka super

    ReplyDelete
  8. Program ape lgi eh yg boleh hntr belajar d jepun.nampk Akmal (tuan tanah) seronok je.hihi. teringin juga nk rasa negara org. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebanyakan program yg sy tahu adalah untuk lepasan spm..mat boleh try google AAJ..tu salah satu program yg hantar pelajar ke jepun di bwh JPA :)

      Delete
  9. Ade care x fresh graduate Malaysia khususnya bidang social sciences nak dapatkan kerja di Jepun? Sangat berminat utk kerja dan tgl di Jepun

    ReplyDelete
  10. Ade care x fresh graduate Malaysia khususnya bidang social sciences nak dapatkan kerja di Jepun? Sangat berminat utk kerja dan tgl di Jepun

    ReplyDelete